16 May 2021

#terimakasihcikgu: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru

 


Mood melayan ucapan Hari Guru pula hari ini. Bedesup desup mesej dari family, kawan kawan baik, kawan kawan dalam group telegram dan whatsapp,rakan rakan sekerja .

Big event dalam seminggu iaitu Hari Raya dan Hari Guru

Saya menganjurkan pertandingan ucapan selamat Hari Guru bagi menyahut Gerakan Masa: Terima Kasih Cikgu yang dilancarkan April lalu. Video yang paling kreatif dihantar untuk pertandingan ke peringkat negeri dan selebihnya ini adalah pemenang peringkat sekolah.

Jadi hari ini saya kongsikan antara ucapan ucapan Hari Guru yang dilaksanakan oleh murid dalam group telegram guru guru SMK Cheras bagi memeriahkan suasana Hari Guru yang secara rasminya disambut 16 Mei setiap tahun. Namun tahun ini, seperti tahun lepas ditangguh ditangguhkan sambutannya hingga ke satu tarikh yang sesuai. 

Terima kasih buat semua yang sudi wish saya. 
Tahun ke 21 perkhidmatan dalam perguruan, semoga motivasi semakin meningkat untuk membina kemenjadian murid . 

Salam Syawal ke 4 
Puasa Sunat...on












 

Telegram Channel