Salam Sabtu!
Hari ini saya selaku ahli Majlis Guru Cemerlang KL berkerjasama dengan pejabat pendidikan daerah sentul menjalankan webinar mengenai boost up kehadiran murid dalam tempoh PdPR.
Mengetengahkan peranan guru bimbingan kaunseling sebagai sistem sokongan bagi guru -guru menarik murid untuk masuk ke kelas.
Saya kongsikan antara amalan terbaik kami di sekolah bagi meningkatkan boost up kehadiran murid daei Mei ke Jun dengan peningkatan mendadak dengan sokongan dari perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kpd pengurusan akademik sekolah.
Saya sharekan link perkongsian saya difacebook PPD Sentul.
http://www.facebook.com/ppwskl
Tengah syok bercakap rupanya dah lag...dah 9 slaid saya bercakap tapi tengok kat hp kenapa moderator yang keluar huhuhu rupanya dah terkeluar saya dari streamyard kerana line yg tak stabil.
Dari bilik tingkat atas, berlari ke dapur tempat yang paling kuat line internet ..konon kononlah. Mau 5 minit gak gap masa saya lag jenuh moderator masuk cover line.
Pengalaman satu perkara yg saya tak berapa suka live waktu petang..
Yang dibawah merupakan aktiviti kami untuk mengesan keciciran murid dengan program SOLIDARITI Cherasian.
Digerakkan awal Jun apabila kehadiran PdPR Mei yg tidak memuaskan. Peratus kehadiran tertinggi 5 Farabi hanya 87 peratus manakala murid 3 Intiaz di tempat kedua jauh jaraknya dgn 75 perstus sahaja.
Saya memohon agar semua guru subjek post nama murid yang tidak hadir atau hadir (yg mana paling sikit) untuk di up dalam group whatsappp induk kelas.Ia bukanlah sesuatu yg rahsia untuk group kelas tersebut krn rakan rakan yg lain sudah maklum setiap kali online. Setiap guru subjek mempunyai channel tele atau whatsapp masing masing. Saya mohon agar update nama di group induk. Bukan sekadar bilangan semata - mata. Ia menunjukkan solidariti iaitu murid tahu setiap guru subjek tau patern kehadiran murid kelas tersebut. Oh ye kami guru kaunseling berada dalam semua whatsapp group. saya in charge group ting 5 2020 dan group ting 5/2021 sebanyak 18 buah kelas. Rozi berada di 18 buah kelas ting 4 dan ting 3. Azlina berada dalam group whatsapp kelas ting 2 dan ting 1. Jadi kami boleh nampak pattern budak masuk keluar dan crosscheck murid murid yg langsung tak muncul, yang jarang -jarang muncul atau murid kejap ada kejap takda. kami akan memulakan intervensi sebelah petang pukul 5 ptg hingga ke malam iaitu waktu murd murid aktif online dan ibu bapa juga dah berehat bagi yg bekerja tu.
Aktiviti SOLIDaRITI ini boost up kehadiran kerana peningkatan peratus kehadiran murid dlm PdPR berbanding Mei 2021. Guru guru subjek up nama dan UBK sbg sistem sokongan akan buat crosscheck dan menjalankan intervensi sesi bimbingan bermula petang.
Saya akan memberikan penghargaan bagi murid yg hadir . Murid yg telah dihubungi akan sentiasa diingatkn tentang kontrak diri mereka. Saya akan forward nama yg tak hadir kpd murid murid yg akan menjalani sesi intervensi pada hari tersebut dan memulakan sesi bimbingan.
Murud murid semakin alert kerana antara tindakan yg akan dijalankan dgn memasukan ibu bapa dlm group whatsapp kelas dgn pemantauan maksimum dari ibu bapa.
Aktiviti ini menyebabkan murid diperhatikan oleh semua guru. Oh ye kami tidak mengenakan hukuman kpd murid tetapi ingin membantu murid.
Antara punca yg kami dapat kesan iaitu murid tiada gajet , maka kami sedang berusaha tebar surat permohonan ke sana ke mari memohon bantuan tab atau telefon bimbit. Buat masa ini , 4 tab sudah diperolehi..kami menunggu result permohonan kami dari pelbagai agensi utk mendapatkan 25 tab lagi dan 5 laptop terutama utk murid menengah atas.
bagi muird yg tiada line internet, kami bantu dengan tabung top up internet untuk murid. Maklumlah gerobok rezeki kami tutup dahulu memandangkan beras, tepung dan makanan rosak jika lama asyik PKP, PKPD, PKPP ke ..Lne internet berbentuk unlimited untuk sebulan. Hasilnya tadaaa mmg meningkat kehadiran murid murid ini
Bagi yang bermasalah sikap tidak minat tu, kami menjalankan sesi bimbingan dgn murid atau konsultasi dgn ibu bapa. Hasilnya dari jarang jarang kadang kadang...bolehla masuk balik dlm kelas dlm kuantiti yg byk sikit. Saya masih lagi betjalan dari group whatsapp ke group whatsapp yg seterusnya. Alhamdulillah yg mana kami dah singgah ada perubahan yg positif. Caiyok caiyook guru kaunseling semua...tak dapat semua..dapat yg kita tariik ke kelas dlm minggu itu dah dapat perubahan positif.
Bagi yg tiada gajet kita cuba usahakan, ada masalah kesihatan seperti sakit kronik dan sakit yg lain kita reserve tepi dan murid yg ada gajet dan internet yg tu kita zoom. Andaikata intervensi murid dah, intervensi ibu bapa dah...murid masih tak masuk kelas...cikgu dah buat yg terbaik.
Jangan lupa up kehadiran ye setiap bulan sama ada dlm bentuk poster atau video. Samaada penghargaan utk setiap tingkatan atau keseluruhan. Kami buat untuk setiap ting dan keseluruhan. Ganjaran utk kelas terbaik PdPR dan tiada hukuman utk yg rendah. Kunci kata raikan yg hadir..pujuk yg tidak selagi terdaya. Ambil tau...Dah buat intervensi touch masalah baru lah rasa lega tak tercari cari lagi knp mengapa. Yang tak dapat dihubungi pun ada..tapi nanti bila dah habis PKP..PKPD ni..kita buat intervensi cari punca.Saya kongsi mengenai pengisian UBK dengan slot tetap kami pula untuk murid murid sering dijentik emosi mereka untuk tetap mengikuti PdPR online.
Isnin : Program PEER offline yotube mengenai ekspresi emosi murid dan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling untuk menanaganinya. Ada google form juga disediakan untuk murid memberi respon dan ditagging sebagai program dalam e-rekod kaunseling
Selasa: Infografik ditebarkan bersama google form untuk murid memberi respon mengenai cara mereka menangani topik dalam infografik tersebut.
Rabu : Slot CARE online pukul 2.00 -2.45 petang secara google meet rotate setiap tingkatan. Satu tngkatan satu minggu untuk dibincangkan berkenaan dengan topik psikososial dan kesihatan mental dalam bulan Jun - Julai. Akan disambung pula dengan pemantapan sahsiah pada bulan Julai dan Ogos. Penilaian dan maklumbalas google form juga diberikan sebagai rujukan guru mencari klien.
Khamis : Soft skill google meet bersama pemimpin sekolah tajuk mengenai kepimpinan dan pembangunan sahsiah.
Jumaat : Perkongsian PEER murid -murid mengenai satu topik yang diberi oleh guru kaunseling mengenai cara murid menangani survival masing-masing dalam topik yang dilontar oleh guru kaunseling. Maklum balas dari google form yang diberi pada hari Isnin program PEER dan guru kaunseling akan membuat sesi bimbingan pada hari Khamis untuk menjalankan sesi bersama murid untuk mengetahui cara mereka survive dan seterusnya mencari pemenang slot PEER minggu ini. Hari Jumaat perkongsian murid akan di up semula ke dalam semua group whatsapp kelas sbg panduan kpd murid murid lain utk melihat panduan dari rakan sebaya sendiri survive di musim pembelajaran secara PdPR ini.
Ini slot tetap kami bagi sentiasa mengingatkan murid mengenai kepentingan penjagaan diri dan psikososial kesihatan mental.
Semoga terus istiqomah
Selamat hari lahir Johan..semoga berjaya dalam akademik dan kerjaya:)