13 November 2021

Webinar Ke Arah Menggengam Guru Cemerlang




Webinar hari ini adalah jemputan dari SK Saujana Impian 2 Selangor dgn kerjasama Majlis Guru Cemerlang Selangor. 

Kami bertiga panel yg memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman menyediakan dokumen dan dipantau dalam sesi kaunseling . 

Manakala ketua nazir memberikan panduan dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai pemohon guru cemerlang dalam kalangan guru guru sekolah rendah. Buat masa ini mmg tiada guru cemerlang utk gred 52 dan ke atas dan ketua nazir memaklumkan bahawa usaha untuk mendapatkan gred tersebut telah dikemukakan di bahagian yg terlibat untuk menawarkan GC dlm gred tersebut utk sek rendah. 
Sama sama kita berdoa agar guru guru sekolah rendah ini dapat memohon GC ke gred yg lebih tinggi. 

Saya tak letak slaid yg dikongsi kerana ia adlah sama dgn slaid slaid yg sy sering kongsikan dlm blog sy jika anda klik pada label guru cemerlang. 

Bergandingan dgn dua panel dalam bidang akademik di sek rendah yg berkongsi kreativiti dan inovasi dalam menghasilknn bahan bantu mengajar  .


Tahniah Nadia dan pasangan
Selamat pengantin baru
Thanks for invitation


 

Telegram Channel