5 March 2022

Editor Buku PERKAMA : Refarm Kampar

3 hingga 5 Mac 2021 kami barisan editor PERKAMA tahun 2021/ 2022 menjalankan edit peringkat akhir untuk koleksi penulisan intervensi mengenai isu isu kaunseling dan psikoterapi norma baharu. 

Kami hanya 4 org yg terdiri dari ketua editor Dr Mazli Sham yg bertugas di BPSK KPM, tiga org editor yg terdiri dari pensyarah cemerlang Tn Hj Saiful dari IPG Temenggung Ibrahim Johor , Dr Tan guru cemerlang bimbingan dan kaunseling dari Pahang dan saya dari KL. 
Team saya bertanggungjawab menghasilkan buku dari penulis dalam kalangan guru atau pensyarah matriks, IPG atau KPM mengenai intervensi atau teori. Sebagai editor buku buku sebegini, kami mula mengiklankan mencari penulis. 

Penulis mula menulis sepanjang Oktober lepas dateline yg kami  beri.Kami juga sudah berjumpa 5 kali secara google meet sesama kami dgn barisan editor. Malahan oleh kerana ini merupakan peringkat akhir, maka editing dijalankan dengan penyeliaan AJK  PERKAMA iaitu Prof Madya Dr Jazimin dan Prof Madya Dr Aslina. 

Ada banyak perkara baru saya pelajari dalam suasana yg cukup ilmiah. 
Semoga impian menerbitkan buku ini dapat terlaksana dalam tempoh masa terdekat 

Berkampung di Refarm Kampar saya tidak tahu di sini ada juga tempat sebegini yg begitu teraputik dgn suasana hutan hijau, terdapat haiwan haiwan ternakan yg dipamerkan. Di belakang villa saya menginap adalah swimming pool yg private juga  untuk penghuni villa. Jalan jalan di dalam Refarm ada byk aktiviti berbot, berbasikal, berjogging , berkhemah dengan toilet yg sangat sangat bersih . 
Swimming pool untuk pelawat Refarm pun ada, yg berbumbung dan yg terbuka juga ada dan hotel penginapan untuk ditempah. 

Home sweet home
Bagan Serai, Perak

 

Telegram Channel