13 March 2022

Jadual Waktu Guru Bimbingan Dan Kaunseling 2022

Jadual Waktu Guru Bimbingan Dan Kaunseling perlu akur merujuk kepada KPM-600-14/1/60 Jilid 5 bertarikh 8 Mac 2017 Pelaksanaan Dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah, KPM tahun 2017.

Perkara yang wajib ada dalam pengurusan jadual waktu guru kaunseling:

Sesi Kaunseling Individu (5 waktu), Sesi Kaunseling Kelompok (1 waktu), Pelaksanaan Kelas Ganti (8 waktu maksimum seminggu)( Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ), Pelaksanaan dan Pentadbiran Empat Fokus Bidang (8 masa)

Jumlah waktu seminggu =32

Bergantung kepada sekolah masing - masing masa perkhidmatan anda. Yang penting cadangan 32 masa dipatuhi


Dalam jadual saya di atas, saya set kan 10 masa untuk kaunseling individu. Maklumlah sekolah saya 1 masa bersamaan dengan 30 minit. 

Sesi kaunseling kelompok pula 3 masa

Kelas bimbingan 8 masa untuk diberikan relief atau aktiviti bimbingan di kelas.

8 masa lagi adalah 

Intervensi Zoom In Motivasi Kehadiran so jika tallykan dengan perancangan strategik UBK 2022-2024 sekolah saya, ada label ini untuk menangani murid murid yang berisiko keciciran sekolah.


Manakala Intervensi TOPAZ pula untuk murid -murid yang lewat hadir ke sekolah, 

Kelab kerjaya pula sememangnya mengikut kepada aktiviti kokurikulum sekolah 

Manakala intervensi psikososial pula mengenai murid -murid berkaitan dengan ujian PHQ dan mendapat skor yang kurang memuaskan

PEER.fm adalah slot saya bersama PRS di konti radio FM.

Gerobok Rezeki ialah pengurusan Gerobok Rezeki ialah pengurusan menyediakan makanan untuk dikongsi dgn anak anak yg terpilih setiap minggu. 

Semoga dimudahkan urusan kami tidak terlalu lama dengan aktiviti PdPR.


Terima kasih Cu for your kindness







2 comments

Kak haiza...boleh tak Yan nak contoh jadual pdpr tu...tq kak
jasminenur@gmail.com

 

Telegram Channel