24 February 2022

Mohon Restu Menghadapi Peperiksaan SPM 2021

Majlis Mohon Restu saya aturkan dari kelas ke kelas. Pentadbir bergerak dari kelas kelas ting 5 . 
Pengetua menyampaikan amanat kepada murid murid dengan pelbagai panduan untuk murid murid sepanjang SPM. 
Slot guru kaunseling bersama ting 5 telah diatur minggu lepas lagi bersama taklimat peperiksaan SPM so hari ni fokus kpd amanat pentadbir sahaja. 

Maka hari ini lebih kpd amanat pengetua dan penolong penolong kanan iaitu Cik Lee selaku penolong kanan pentadbiran dan Pn Rohazlina selaku PK Kokurikulum. 
Selesai amanat amanat pentadbir, wakil ketua kelas mengambil cenderamata  set alat tulis yg diuruskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Cenderamata diedarkan kpd semua murid dan saya meminta wakil kelas melaungkan kata kata semangat
Saya mampu lulus dengan cemerlang dalam SPM 😊. 
Sebagai guru..kita doakan yg terbaik untuk mereka. 

Terima kasih Sunway Kolej atas tajaan set alat tulis kepada semua murid ting 5. 


Terima kasih Zal
Esok Last day ROS 
 

Telegram Channel