1.0 PENGENALAN
Murid –murid tingkatan lima adalah kumpulan murid
yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan. Dalam tempoh pandemik
COVID 19 dan murid menjalani PdPR dalam norma baharu menyebabkan cara belajar
dan rutin mengulangkaji pelajaran adalah berbeza dari aspek pembelajaran
bersemuka. Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran
ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk konsisten hadir ke sekolah dan
menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta amalan baik . Program pembugaran
emosi kerap dijalankan dan saringan minda sihat juga dijalankan untuk mengenal
pasti tahap kesejahteraan minda semua murid tingkatan lima. Oleh itu program
yang dijalankan ini memberikan input berdasarkan senarai semak keperluan murid
terhadap sekolah untuk pihak sekolah merangka intervensi yang sesuai dalam
meningkatkan motivasi dan sahsiah murid.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan motivasi dan sahsiah murid untuk
meningkatkan kehadiran ke sekolah dan segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum
sekolah dalam keadaan minda dan emosi
yang sejahtera.
.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 3 Jun 2022 di
Sanggar Bijaksana
4.0 SASARAN
Semua murid tingkatan 5 SMK Seri
Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
1) Mengenal pasti
keperluan murid melalui senarai semak keperluan murid dalam meningkatkan
motivasi dan sahsiah murid.
2) Murid
diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan sahsiah dan kematangan
kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas tamat persekolahan
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Murid mengetahui mengenai potensi
masing – masing dalam peningkatan
sahsiah dan kemenjadian murid. |
Outcome |
Murid dapat
meningkatkan motivasi dalam kehadiran ke sekolah, mengamalkan budi pekerti
yang mulia dan komited dalam menyertai aktiviti peningkatan sahsiah yang
dirancang untuk murid. |
7.0 PERUNTUKAN
KEWANGAN
Sumber
Kewangan
Kokurikulum (Motivasi
Sahsiah) : =
RM 450.00
Perbelanjaan
Penceramah
untuk 2 slot = RM 450.00
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Aziah Binti Amir (Pengetua)
Naib Pengerusi :
Pn Salina Binti Abdul Manaf
Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
Setiausaha :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
Penyelaras Ting 5 :
Puan Noor Faridah Binti Ismail
SENARAI TUGAS AJK KERJA
AJK Dokumentasi |
Puan Nurhaiza Binti Che Mat |
Menyediakan
dokumentasi program |
AJK Jurugambar |
Puan Loh Chin Ying
|
Mengambil
gambar sepanjang program |
AJK Penilaian |
Puan Norfaizah Bt Mohamed |
Menyediakan
borang penilaian program dan membuat analisa penilaian |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Kelab
Bimbingan Dan Kerjaya
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN
3
Jun 2022
Slot
1
8.05 pagi – 9.50 pagi ; kelas 5M,5K,5J DAN 5G
Slot 2
10.45 pagi – 12.30 tengah hari ; 5A, 5B, 5C dan 5D
10.0 PENGURUSAN
RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kelewatan |
Disiplin murid |
Memanjangkan
slot sebagai masa untuk pergerakan murid |
Puan
Nurhaiza |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan
untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda
yang lebih baik
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh : |
(SEOW CHENG PING) Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh: |