24 July 2022

Mesyuarat Aktiviti KLCA tahun 2022


Program NGO mesyuarat mengenai aktiviti KLCA kami adakan di Rebung Chef Ismail. Ada kemudhan bilik yang teraputik untuk membincangkan agenda sambil makan makan santai breakfast. Kami mula berbincang seawal pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Antara topik ialah

Santunan Kasih 2.0

              Pegawai yang bertanggunjawab: Puan Katinah dan En Chandra

1)      Bermula September selama sebulan sekali bersiaran.Sebagai promosi dimulakan dengan pelancaran dan slot daripada pengurusan tertinggi JPWPKL.

2)      Setiap bulan ada pengisian dan pegawai yang akan memberikan sesi ceramah. Puan Katinah akan menyusun tentatif tarikh.

3)      AJK Teknikal ialah Encik Che Mohamad Padali, Encik Wan Amin dan Encik Hazim. AJK Publisiti ialah Puan Norwani dan Encik Hong. Moderator dalam kalangan AJK KLCA.

 

4.1.2     Kunjung Hormat Pengarah JPWPKL

              Pegawai yang mengurus: Puan Noorlia dan Encik Rofii

1) Cadangan dari En Rofii untuk berjumpa dengan pengarah mengenai KLCA. Kunjungan hormat akan dibuat oleh Puan Noorlia, Encik Mohd Subhi, Encik Rofii  dan setiausaha. Antara pengisiannya ialah membentangkan aktiviti KLCA dan jemputan untuk slot pengarah dalam Santunan Kasih 2.0

 

4.1.3     Majlis Apresiasi Anjuran KLCA

Pegawai yang mengurus: Puan Nurol Huda Dan Puan Fazilah

1)  KLCA akan menjalankan majlis ini untuk guru -guru kaunseling atau    

     pegawai yang telah bersara pada tahun 2021 dan 2022.

2) Cadangan bergabung dengan AJK MGKKL pada bulan November

3) Puan Nurul Huda akan meminta bantuan setiap zon untuk mengumpulkan senarai nama yang bersara. Antaranya Puan He, Puan Yip, Dr Hanif, Encik Radzaki, Puan Josephine dan Puan Liew.

 

4.1.4     Program Sukarelawan Bersama Murid 

              1) Program ini melibatkan kerjasama Majlis Guru Cemerlang WPKL dan

    KLCA. Melibatkan 5 orang ahli KLCA iaitu Puan Nurhaiza, Puan Fazilah,

    Encik Hazim, Puan Nadiatul Farhana dan Puan Loh.

2) Program melibatkan motivasi di SK Tanah Rata untuk 100 murid. Satu slot untuk 30 guru one off dari PPD Cameron Highland akan dijalankan juga mengenai kemahiran gaya daya tindak terhadap burn out dan stress.

3) AJK meluluskan bajet sebanyak RM 1,000 kepada program sukarelawan ini.

 

4.1.4     Simposium Pembentangan Penyelidikan Psikologi Dan Kaunseling oleh Pengamal Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Pegawai yang mengurus:  Encik Hazim dan Puan Nurhaiza Binti Che Mat dan 

1)      Dijalankan pada Februari /Mac 2023 berbentuk pembentangan penyelidikan

2)      Video Promosi Simposium untuk diadakan pada Feb 2023 perlu disiapkan dan diedar seawall Oktober 2022 lagi.

 

 

5.0         Hal -Hal lain

1)      AJK Faizul untuk tambahan AJK dalam Sektor Psikologi Kaunseling. Dilantik sebagai pegawai yang mengetuai Santunan Kasih dan bekerjasama dengn Puan Katinah dan Encik Chandra.


2)      Puan Noorlia mencadangkan pemakaian baju korporat untuk AJK KLCA yang ditanggung oleh KLCA.

3)      Encik Hazim perlu memantau Tarikh luput pembelian steamyard berbayar

5)      Promosi untuk KLCA akan diligatkan









Thanks KLCA
Ukhwah antara kami

 

Telegram Channel