Karnival Semarak Kerjaya STEM adalah idea dari PK Tadbir Kurikulum saya yg meminta saya membuat sesuatu untuk meningkatkan penglibatan murid dalam STEM. Beliau ingin meningkatkn bilangan murid memilih aliran STEM.
Menyahut KPI sekolah, saya mohon projek ini dinamakan dan bertema pameran kerjaya STEM memandangkan sy yg akan bertindak selaku penyelaras di peringkat sekolah anjuran UBK dgn PIBG sbg penaja utama dan penyelaras bersama. saya merancang pelan aktiviti perkembangan kerjaya dan menyusun pelbagai aktiviti untuk UBK. Kemuncaknya adalah karnival STEM ini usahasama anjuran team UBK dan PIBG. Terima kasih kpd semua AJK PIBG dan guru guru yg membantu. Mesyuarat dan AJK PIBG yg berkampung bermesy dan membuat kerja di bilik kaunseling Dari tidak mengenali AJK terus kenal dgm geng AJK Ibu Bapa PIBG di sini kerana kami kerap mesy bersama yg rasmi dan tidak rasmi huhu. Pn Emma Naib YDP yg byk bersama dgn saya dari draf awal hingga dilaksanakan. YDP En Asmadi yg menyokong dan melulus,
Bersama sama dgn penyelaras AJK PIBG En Asnor pergi ke sekolah sekolah berhampiran untuk berjumpa pengetua dan Guru Besar mengajak anak anak murid mereka bersama sama hadir memeriahkan karnival ini.
Gambar gambar di sini saya ambil dari pelbagai sumber termasuk dari fb Akademi Binaan dan dari guru guru.
Cabaran buat karnival sebaik sahaja naik cuti adalah cuti sendiri dipendekkan huhu..datang sekolah sehari awal untuk persiapan tempat dan 20hb ketika cuti peristiwa tapi datang bekerja untuk menguruskan dokumen dan persiapan akhir . Yg penting lega karnival direalisasikan juga. Trima kasih kpd semua AJK PIBG Guru yg membantu dan AJK guru guru secara langsung dan tidak lamgsung.
Yang nak kertas kerja boleh minta pm atau messenger di fb 🙂
Alhamdulillah semakin kebah
yeah dah tamat program . bersama pengetua dan Naib YDP PIBG
Bergambar bersama dgn pempamer
Pertandingan STEM oleh guru guru STEM