22 March 2023

Kertas Kerja Penetapan Target Dan Motivasi Ting 5

 





Saya share kertas kerja dan borang penetapan taget SPM. Semoga dimudahkan urusan perjalanan anak anak Ting 5 mencapai cita -cita


 

PENETAPAN TARGET SPM

SUBJEK

UJIAN AKHIR TAHUN

T4

PERCUBAAN

SPM

TARGET SPM

BM

 

 

 

SEJARAH

 

 

 

BAHASA INGGERIS

 

 

 

MATEMATIK

 

 

 

PENDIDIKAN ISLAM/ MORAL

 

 

 

SAINS

 

 

 

BIOLOGI/ GKT/SK

 

 

 

FIZIK

 

 

 

KIMIA

 

 

 

MATEMATIK TAMBAHAN

 

 

 

PRINSIP AKAUN

 

 

 

EKONOMI ASAS

 

 

 

PERNIAGAAN

 

 

 

SENI

 

 

 

 




KURSUS PILIHAN SELEPAS SPM _________________________________ 

Bahawa saya , _______________________________________________________________ dari tingkatan ________________________ berjanji dan berusaha untuk mencapai target SPM saya

 

Dengan cara

1.

2.

3.

 

 

Yang benar,                                                                                                                          

 

_________________________

(                                                        )                                                               





1.0      PENGENALAN

 

Murid –murid tingkatan lima adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan 2024. Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk konsisten hadir ke sekolah dan menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pada minggu pertama persekolahan sesi 2023 ini, program motivasi dan penetapan target akan dijalankan supaya murid-murid tingkatan 5 lebih bersedia melangkah ke tingkatan 5. Dengan persediaan seawal minggu pertama persekolahan, maka murid-murid dibimbing untuk menetapkan taget SPM berdasarkan meritokrasi IPTA, matrikulasi dan tingkatan 6.  Diharapkan murid-murid dapat mengenal pasti keupayaan dan potensi diri setiap kali ujian untuk menetapkan sasaran SPM masing-masing untuk menceburi kursus selepas SPM. 

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi dan sahsiah murid untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah dan segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah dalam keadaan minda  dan emosi yang sejahtera.

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 25  Mac  2023 di Sanggar Bijaksana

 

4.0        SASARAN

Semua murid tingkatan 5 SMK Seri Bintang Selatan

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Mengenal pasti keperluan murid melalui senarai semak keperluan murid dalam meningkatkan motivasi dan sahsiah murid.

2)        Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan sahsiah dan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas tamat persekolahan

 

 

 

 

 

 

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

 

Output

Murid mengetahui mengenai potensi masing – masing dalam  pencapaian akademik murid

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam kehadiran ke sekolah, mengamalkan budi pekerti yang mulia dan komited dalam menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang untuk murid.

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

         

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi                : Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)

           Naib Pengerusi       : Pn Sabidara Binti Mahmud

                                              Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras Ting 5    : Puan Noor Faridah Binti Ismail

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

 

AJK Dokumentasi Dan Penilaian

Puan Loh Chin Ying

 

Menyediakan dokumentasi program

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

AJK Makanan

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan makanan kepada peserta program

 

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     22 Mac 2023 (Rabu)

                    

                     Slot 1

                     7.30 pagi  - 8.10 pagi         : Penetapan Matlamat SPM

8.10 pagi – 10.10 pagi       : Ceramah Ting 5M,5K,5J DAN 5G

 

Slot 2

                     10.10 pagi – 10.50 pagi     : Penetapan Matlamat SPM

                     10.50 pagi – 11.10 pagi     : Rehat

11.10 pagi – 1.10 t/hari      : Ceramah Ting 5A,5B,5C DAN 5D

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

LCD tidak berfungsi

Masalah teknikal

Menggunakan dua jenis LCD untuk persediaan awal

Puan Nurhaiza

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 


 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan HEM,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:


Salam kemaafan andai ada yang terguris hati atas kata kata dan perbuatan saya

Salam Menyambut Ramadhan esok


 

Telegram Channel