23 July 2023

Kertas Kerja Laman Minda Sihat






Laman Minda Sihat ini dicadangkan oleh pengetua baru yang masuk ke SBS pada Jan 2023. saranan ini disuarakan kepada saya pada sekitar April 2023 dan sempat kami melawat tapak dan melihat tempat yang ingin dibangunkan menjadi Laman Minda Sihat. Dah setahun saya di sini, saya cuba memenuhi saranan puan pengetua saya yg baru ini

Idea bagaimana ingin merubah tempat ini dibincangkan bersama ketika sama -sama meronda dan melawat tempat ini. Berkongsi impiannya membangunkan sekolah, orait saya akan menyahutnya. Berbulan juga nak jadikan kertas konsep ini kepada perlaksanaanya. Pelan pelan kayuh maklumlah bajet lagi dan masa untuk duduk mengecat dan memberus bersama anak anak PRS adalah masa yang mengeratkan silaturahim kami. 

Petang Jumaat lepas kami mencabut rumput dan menyapu sebagai persediaan untuk mengecat seharian pada hari Sabtu. Hujan dan mendung menyebabkan aktiviti mengecat sentiasa tertangguh. 


1.0          PENDAHULUAN

Persekitaran sekolah yang ceria dan bangunan sekolah yang menarik akan memberikan aura positif dan ketenangan kepada setiap warga sekolah. Keceriaan bangunan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan. Mempunyai saujana mata memandang, ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran  sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar yang melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek

 

2.0     Matlamat

 

          Mewujudkan persekitaran yang cantik dan memberikan kesejahteraan minda

 

untuk warga sekolah menggunakannya

 

           

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

          15 Julai – 20 Ogos 2023

 

4.0      SASARAN   

 Semua Warga SMK Seri Bintang Selatan

 

5.0       OBJEKTIF

1            Mencantikkan kawasan sekolah untuk kesejahteraan emosi

2        Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif untuk aktiviti sekolah dijalankan.

6.0       KPI

 

Output

Persekitaran sekolah yang lebih bermakna dalam memotivasikan murid dan meransang suasana pembelajaran yang teraputik

Outcome

Keceriaan sekolah kekal dalam suasana kondusif yang meransang pencapaian murid sama ada dalam bentuk emosi dan jasmani

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

          Banner          : RM 150.00  x 2      = RM 300.00

 Cat epoxy

Cat minyak

Berus dan peralatan mengecat

Kerusi batu 2

Batu batu refleksologi

8.0       JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi                              : Puan Norlela Binti A. Wahid

Timbalan Pengerusi             : Puan Sabidara Binti Mahmud

Setiausaha                            : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

AJK                                         : Puan Loh Chin Ying

                                                : Puan Norfaizah Binti Mohamad

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

             Landskap taman

           

9.1       URUS SETIA

           

          Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

9.2     TENTATIF

          Mengecat mural

          Menyediakan landskap

 

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Vandalism

Murid melakukan kerosakan

Membuat hebahan mengenai proses penghasilan mural kepada warga sekolah

UBK

 

          

11.0          PENUTUP

Adalah diharapkan agar usaha pihak sekolah untuk melaksanakan Laman Minda Sihat   ini  dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan lebih selesa semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru dan murid juga diharap agar memberikan kerjasama yang jitu dalam melaksanakan program-program yang dirancang serta menjaga keceriaan dan suasana dengan baik bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria serta harmonis.







 

Telegram Channel