21 January 2024

Ceramah Jenayah Seksual Kanak Kanak

Menerima jemputan dari SM Teknik KL untuk menyampaikan ceramah gangguan seksual kepada murid murid ting 4. 

Jadual saya mmg agak ketat namun menolak pelawaan sekolah ini memang agak sukar saya kena adjust sana sini program saya. Namun this is win win bertukar kepakaran. 

Saya menjemput GBK Puan Aishah dari sekolah teknik ini menyampaikan ceramah kemasukan ke sek teknik masa bulan Oktober lalu dan saya ke sini menyampaikan ceramah gangguan seksual. 

Guna formula win win ni in sha Allah saya boleh ke sekolah tersebut. 

Anak anak sini sangat responsif dengan pelbagai pertanyaan seperti couple tu gangguan seksual kah. 
Bagaimana kes ganguan seksual yg melibatkan org yang ada autoriti boleh dilaporkan? Bagaimana orang yg mengalami LGBT boleh terlibat dgn perkara perkara ini? Apakah beza liwat dan sodomi? Bagaimana kes jika perempuan yg merogol lelaki siapa yg dipersalahkan? Adakah kes ditutup jika pelaku gangguan seksual itu melarikan diri? 

Terima kasih pentadbiran SM Teknik KL unit kaunseling dan asrama yang menjemput saya. 





 

Telegram Channel