11 January 2024

Kertas Kerja Program Pengantarabangsaan Yunior High SMP Al Falah, Indonesia

 


1.0          PENGENALAN

Program pengantarabangsaan adalah program yang membantu dalam komunikasi murid dengan murid lain dari luar negara. Bagi pembuka tirai tahun 2024, sekolah mengalu-alukan kehadiran murid -murid dan guru-guru dari Yunior High School Al Falah, Jawa Timur. Aktiviti jaringan dengan institusi pendidikan dari luar negara membantu perkongsian pintar bukan sahaja dalam bidang pendidikan malahan dalam bidang kebudayaan, sukan dan pelbagai lagi. Aktiviti yang dirangka seperti kebudayaan dengan mempersembahkan tarian, nyanyian, silat selamat datang dan choral speaking akan membantu murid-murid dari Indonesia ini menonton secara langsung. Aktiviti pendidikan juga dipamerkan seperti showcase STEM dari murid-murid yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk dipertontonkan dan diberikan penerangan kepada pelawat. Aktiviti sukan seperti badminton yang merupakan kebitaraan sekolah akan dijalankan untuk permainan persahabatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sambil berkomunikasi dalam suasana yang santai.

 


2.0      MATLAMAT

Meningkatkan jaringan dengan sekolah di luar Malaysia untuk saling berkongsi mengenai pendidikan yang diamalkan di negara masing – masing

 


3.0      TARIKH/ MASA/ TEMPAT

          15 Januari 2024/Isnin/8.00 pagi – 1.00 tengah hari

 

4.0      SASARAN

·       45 murid dan 3 guru dari Yunior High School Al Falah East Java Province Surabaya

·       130 peserta murid SMK Seri Bintang Selatan dan 40 murid fasilitator SMK Seri Bintang Selatan

 





5.0      OBJEKTIF

1)       Menjalinkan jaringan persahabatan antara murid sekolah dengan murid di luar negara

2)       Menjalinkan jaringan antara pentadbir sekolah dengan pentadbir institusi pendidikan di luar negara.

3)       Menjalinkan jaringan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun dan berkongsi mengenai pendidikan di negara masing – masing.

.

          6.0      KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

Lawatan penandaaras untuk berkongsi amalan pendidikan di negara masing - masing

Outcome

Mengamalkan amalan yang baik dan sesuai untuk diadaptasikan di sekolah

 


7.0     IMPLIKASI KEWANGAN

 



 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Puan Norlela Binti A.Wahid

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi       : Puan Hamimah Binti Shamsuddin

                                            Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

                                         : Puan Sabidara Binti Mahmud

                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

                                         : Encik Zamzam Bin Abdul Aziz

                                           Penolong Kanan Kokurikulum

          Setiausaha                :Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 

JAWATANKUASA KERJA

 

AJK Kerja

 

Nama personalia

Skop Tugasan

Penyelaras

En Zullzailah Bin Zakaria

Memastikan program berjalan lancar

 

AJK Sambutan

 

Puan Sabidara Binti Mahmud

 

Puan Hamimah Binti Shamsuddin

 

Menyambut kehadiran tetamu

AJK Pengacara Majlis

 

Puan Norhawida Azihan Binti Hamzah

 

 

Mengacarakan majlis sepanjang program

AJK Persiapan Tempat

En Sararudin Bin Hj Othman

 

En Saharuddin Bin Dollah

 

En Muhammad Hafiz Bin Mohamed Din

 

En Francis Wa Wee Lee

 

En Muhammad Nazrin Bin Rosnan

Menyediakan kerusi meja untuk  aktiviti dewan

AJK Persiapan Pentas

 

Puan Norfaizah Binti Mohamad

 

Cik Syafiqah

 

Asiah Binti Musa

 

Nurul Husna Binti Che Soh

 

En Luqman Hazim Bin Mohd Hilmi

 

 

AJK Teknikal & PA Sistem

 

Encik S’aleh Bin Osman

 

En Khairol Nizam Bin Anuar

 

Menyediakan PA Sistem di dewan

 

Menjaga paparan skrin sepanjang program dan menayangkan multimedia

Lagu Negaraku

Lagu WPKL

Lagu Indonesia

 

AJK Multimedia Slide Show

 

En Mohd Ade Irwan Bin Apandi

 

 

Menyediakan slaid show mengenai sekolah

 

 

 

AJK Jurufoto

 

Puan Rozalawati Binti Ramli

 

Mengambil gambar sepanjang program dan sesi bergambar beramai-ramai

AJK Persembahan Silat

Puan Normala Binti Omar

 

Puan Nor Hanani Binti Haron

Menyediakan dan melatih murid untuk persembahan silat

AJK Persembahan Tarian

 

 

Pn Madiha Binti Osman

 

Pn Fatin Nabilah Binti Mohmad Sukry

 

Menyediakan kompang dan bungga pahar untuk sambutan

 

Menyediakan persembahan tarian semasa majlis penutup

AJK Poem

Puan Arsalini

En Arief Danial Bin Nasirudeen

Menyedia dan melatih murid dalam kalangan murid untuk mempersembahkan poem semasa majlis penutup

 

AJK Nyanyian

En Khairul Husaini Bin Khidri

 

Menyedia dan melatih murid untuk aktiviti nyanyian semasa majlis penutup

 

AJK Sukan & Permainan

Dan Hadiah Pertandingan

 

 

En Zam Zam Bin Abd Aziz

 

Dr Chun Cheng Chuan

Puan Noor Faridah Binti Ismail

Cik Sandra Chee Siew Fung

 

Menyediakan aktiviti permainan dan sukan antara murid dari kedua buah negara

 

AJK Galery Walk STEM

Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh (K)

 

Puan Nurul Asyiqin Binti Baharudin

Menyediakan 10 kaunter pameran STEM di Galeri untuk lawatan murid dari Indonesia

AJK Jamuan VIP Dan Murid Indonesia meja VIP

Puan Norhayati Binti Mat Zain

Aimi Athirah Binti Muhammad Amin

 

 

Berurusan dengan pihak katering menyediakan menu  pagi dan makan tengah hari untuk 48 ahli rombongan .

 

Persiapan dan aktiviti jamuan makan di kantin sekolah

 

 

AJK Jamuan Murid SMK SBS

 

Siti Nur Fatin Binti Jaafar

 

Syifaa’ Binti Mohd Razif

 

Berurusan dengan pihak katering menyediakan menu  pagi dan makan tengah hari untuk 48 ahli rombongan

AJK Banner Dan Buku Program

 

Puan Loh Chin Ying

 

Menyediakan buku program dan banner untuk lawatan

AJK Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

Menyediakan 3 salinan dokumentasi untuk lawatan pengantarabangsaan ke sekolah dan membuat kolaj selepas program

 

9.0     STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1     URUS SETIA

 

          AJK Lawatan Pengantarabangsaan

         

 

 


 

 

 

9.2     JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

 

          8.00 pagi       : Dijangka hadir

                               : Sambutan dengan iringan bunga pahar dan kompan           

           8.15 pagi      : Delegasi mengambil tempat duduk dalam dewan

                               : Persembahan silat

                               : Nyanyian Lagu Negaraku dan Wilayah Persekutuan KL

                               : Nyanyian Lagu Rasmi Indonesia

                               : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

                               : Bacaan Doa

                               : Ucapan Puan Pengetua Puan Norlela Bt A Wahid

                               : Ucapan Wakil Delegasi Indonesia

          9.00 pagi       : Jamuan minum pagi

          9.30 pagi       : Pertandingan Badminton

                               : Pertandingan Congkak

          11.00 pagi     : Pameran Showcase STEM

          11.30 pagi     : Lawatan Sekitar Sekolah

          12.10 t/hari   : Sesi Fotografi

          12.30 t/h       : Majlis Penutup

: Persembahan Poem

                               : Persembahan Nyanyian Dawai

                               : Persembahan Silat Yunior High School Al Falah

                               : Persembahan Tarian Yunior High School Al Falah

                               : Penyampaian hadiah pertandingan sukan /permainan

                               : Menandatangani Sijil Jalinan

                               : Penyampaian Cenderamata

          1.15 t/h         : Makan Tengah hari

          2.00 petang   : Bersurai

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

PA Sistem mengalami masalah

 

Masalah teknikal

Mendapatkan PA Sistem kedua untuk sokongan

Guru PA Sistem

 


 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

 

          a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

 

                    1) Pemerhatian

 

          b) Pemantauan Pencapaian Outcome

 

1)    Melalui Soal Selidik Keberkesanan

 

12.0    PENUTUP

Semoga program pengantarabangsaan antara warga SMK Seri Bintang Selatan dan pihak Yunior High School Al Falah, Jawa Timur ini berjalan dengan lancar dan memberikan manfaat kepada kedua -dua belah pihak.

 

 

         

 


 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh:

 

 Terima kasih buat semua yg membantu🙂



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Telegram Channel