1.0 PENGENALAN
/Program STAR Sahsiah Terpuji Amalan Reflektif diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada sesi persekolahan 2023/2024. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Murid yang hadir penuh akan diberikan ganjaran lawatan.
2.0 MATLAMAT
Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah sesi persekolahan 2024/2025
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
7 Feb 2024 (Rabu)
4.0 SASARAN
· 40 orang murid kehadiran penuh sesi persekolahan tahun 2023/2024
5.0 OBJEKTIF
Melalui ganjaran dalam program Zoom In :
1) Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.
2) Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk kehadiran penuh
3) Murid dapat dianugerahkan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.
6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
Output |
100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran |
Outcome |
Peratus kehadiran murid hadir penuh ke sekolah 2024/2025 meningkat |
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Norlela Binti A.Wahid
Pengetua
Naib Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha :Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Pendaftaran : Puan Loh Chin Ying
AJK Makanan : Puan Norfaizah Binti Mohamad
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
7 Februari 2024 (Rabu)
7.30 pagi : Sarapan pagi dan Pendaftaran
8.00 pagi : Bergerak ke Zoo Negara dari SMK Seri Bintang Selatan, KL
8.40 pagi : Tiba di Zoo Negara
: Meneroka pameran dan aktiviti
12.00 t/hari : Bertolak dari Zoo Negara ke SMK Seri Bintang Selatan,KL
12.40 t/hari : Tiba di SMK Seri Bintang Selatan, KL
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kemalangan |
Kecuaian
|
Membawa murid mendapatkan rawatan |
Guru pengiring |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
.40
a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian Peserta
2) Borang Maklum Balas AJK
b) Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Melalui APDM: Peratus kehadiran murid
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ganjaran Zoom In ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.