1.0    
Pengenalan
Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid  merupakan projek yang melibatkan intervensi
unit bimbingan dan kaunseling. Bertemakan “Minda Sihat Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera” bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid
tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi selain
untuk membugarkan kembali emosi positif apabila murid kembali ke sekolah. Kempen
ini juga meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan
kesihatan mental.  Unit Bimbingan Kaunseling
sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif
menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek
pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom
yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan
emosi yang terjejas. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan
mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi. Seterusnya program berbentuk
pertandingan poster, kuiz dan video juga dirangka untuk melibatkan penyertaan
murid agar bahan -bahan yang dihasilkan dalam pertandingan dapat digunakan
untuk intervensi rakan bantu rakan. Semoga aktiviti yang disusun dapat
menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.
2.0    
Matlamat
Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang kepentingan
penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi selain untuk membugarkan kembali
emosi positif apabila murid kembali ke sekolah
3.0    
Tarikh/ Masa/ Tempat  :
 
                                                                           
                          11-22
Mac : Aktiviti Kempen Kesedaran 
                             25
-29 Mac: Pameran 
                             
4.0      
Sasaran
 
Semua murid SMK Seri Bintang Selatan
5.0      
Objektif
 
1)    Murid - murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan
mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh
mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.
2)    Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong
kesejahteraan diri masing -  masing
6.0      
KPI
 
| Output | Warga sekolah dapat mengenal
  pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi
  tekanan tersebut. | 
| Outcome | Warga sekolah dapat
  mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu
  orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi. | 
7.0    
ANGGARAN PERBELANJAAN
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi    
             :  Puan
Norlela Binti A Wahid
Timbalan Pengerusi  :  Puan
Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)
Naib Pengerusi   
1   :  Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK Pentadbiran) 
Naib Pengerusi     2   :
Encik Zam Zam Bin Abdul Aziz (PK Kokurikulum)
Penyelaras                :  Puan
Nurhaiza Binti Che Mat
Jawatankuasa Kerja  
| AJK Kempen Melalui Video
  PRS  
 | Puan Nurhaiza Bt Che Mat |  Membimbing murid -murid PRS Ting 1 dan 4 menyediakan
  5 video pendek mengenai punca gangguan emosi dan cara menanganinya | 
| AJK Poster  | Puan Loh Chin Ying | Menganjurkan pertandingan
  poster pemugaran emosi Minda Sihat dan mempamerkan semua poster tersebut | 
| AJK Pameran  | Puan Norfaizah Binti
  Mohamad | Menyediakan bahan pameran
  Minda Sihat oleh PRS Ting 2 
 | 
9.0      
STRATEGI PERLAKSANAAN
           
9.1      
URUS SETIA
           
           
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
 
9.2 TENTATIF PROGRAM
Pemugaran Emosi 
| Aktiviti 
 | Tarikh | 
| Bicara Guru Kaunseling :
  Berbudi Bahasa 
 | 12 Mac 2024: 7.40 – 7.45
  pagi | 
| Aktiviti Mentor Mantee:
  Sayangi Diri Luahkan Emosi  
 | 13 Mac 2024 :12.40 t/h –
  1.20 t/h | 
| Slot Kempen Kesedaran
  Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid Anjuran PRS  | 15 Mac 2024 : 7.45 pagi –
  8.20 pagi | 
| Promosi Poster Digital Pemugaran
  Emosi Di Skrin LED Perhimpunan 
 | 18 – 20 Mac 2024 : 7.00
  pagi – 7.20 pagi | 
| Pameran Lukisan Poster Kesihatan
  Mental Dan Bahan -Bahan Aktiviti Empower Rakan Untuk Pemugaran Emosi Di Laman
  Bestari  | 24 -28 Mac 2024 : 10.10 pagi – 1.30 t/hari | 
 
10.0     PENGURUSAN
RISIKO
 
| Risiko | Punca | Penyelesaian   | Tanggungjawab | 
| Vandalism Poster | Murid merosakkan poster yang
  ditampal | Mengingatkan murid vandalism
  oleh guru bertugas dan guru disiplin | Guru bertugas  | 
 
 
11.0    
PENUTUP
 
            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.
 
| Disediakan
  oleh: | Disemak
  oleh: | 
| 
 
 
 | 
 | 
| (NURHAIZA
  BINTI CHE MAT) Guru
  Bimbingan & Kaunseling, SMK
  Seri Bintang Selatan. Tarikh
  : | (SABIDARA
  BINTI MAHMUD) Penolong
  Kanan Hal Ehwal Murid SMK
  Seri Bintang Selatan. Tarikh: |