3 March 2024

Panduan Kenaikan Guru Cemerlang Kaunseling GC54

Salam buat semua pembaca,
Perjalanan utk sy mendapat jawatan guru cemerlang GC 54 ini agak byk plot twist hingga menjejaskan juga keinginan untuk meneruskan atau tidak permohonan ini. 

Saya layak memohon jawatan ini pada tahun 2022. Maka semua eviden telah sy kumpul tinggal isi borang je yg biasanya keluar pada bulan Mac. Tetiba dlm bulan Mac 2022 mendapat surat kena gerak ke sekolah lain. Agak down ketika itu kerana tarikh surat pertukaran hanyalah beberapa hari pada musim pkp .Tiada murid untuk say good bye dan majlis perpisahan tertutup guru guru sahaja dan diraikan bersama 5 guru yg sama sama dah mencapai perkhidmatan 18 hingga 20 tahun yg direshuffle ke sek lain. 

Maka bermulalah perjalanan kerjaya di SMK Seri Bintang Selatan pula. Saya berbolak balik untuk memohon guru cemerlang 54 ini kerana baru masuk sekolah ini pada bulan Mac dan segan untuk berbincang dgn pentadbir hasrat saya. Namun di sinilah magicnya apabila tahun 2022 , tiba tiba dlm tahun ini iklan dibuka agak lewat sekitar mungkin Julai 2022 yg mana saya dah empat bulan berada di sini dan mula yakin semula untuk memohon. Masih lagi menggunakan history saya di sek lama utk tempoh 2019 hingga 2022. Mengumpul pencapaian dan impak di sekolah baru untuk baru 4 bulan di sini memang tak mungkin . Saya menggunakan sepenuhnya kekuatan potensi di sek lama dan resume. Pada ketika ni juga,  sekolah saya tiada pengetua kerana naik pangkat ke PPD, maka saya byk berurusan dgn PK Pentadbiran. 

Sambil menunggu nazir datang memantau dari bulan ke bulan saya menjalankan tugas seperti biasa hinggalah impak demi impak untuk kelab, unit dibina dan diperolehi hingga akhir Dis 2022. Sabar menunggu hingga Jan 2023 saya angkat tangan yakin yang saya tidak dapat utk dinilai kerana 2023 adalah time based saya juga. Gred 54 ni tak beza dgn TBBK dari segi tempoh masa tetapi 54 utk GC perlu dipangku terlebih dahulu. Bab teknikal pengiraan tahun 52 ke 54 yg lebih memihak ke 54 TBBK menyebabkan ada kawan kawan yg tidak berminat memohon. Namun bagi yg dah lama berada dlm laluan kecemerlangan ini, akan cuba setia disini kerana faedah jangka panjang. 

Tup tup magic Feb 2023 sy mendapat call untuk dinilai . Rupanya pemantauan pemohon guru cemerlang utk tahun 2022 berakhir hinga Feb 2023. Sempat lagi saya bertanya adakah pemantauan ini untuk cukup syarat sahaja kerana saya layak untuk dipantau tetapi tidak dinilai sebab saya dah masuk TBBK 54? Jika betul saya tidak mahu dinilai dan ingin menarik diri. Jawapan nazir memberikan semangat kembali apabila nazir mengatakan bahawa saya sudah lama berada dalam laluan kecemerlangan dari gred 48 dan 52. Nazir mendapati saya layak dinilai untuk laluan kecemerlangan 54 pula berdasarkan permohonan saya. Apabila dinilai nanti dan jika berjaya atau tidak, saya boleh buat pilihan memilih TBBK atau GC. 

Saya diberi masa hampir dua minggu untuk persediaan satu tempoh yg cukup untuk saya bersedia kembali menyusun power point saya untuk pembentangan tugas saya di sekolah baru dan kebetulan Feb pelbagai anugerah yg sy perolehi peringkat kebangsaan dan negeri. Itulah magicnya pada tahun saya digerakkan, iklan lewat keluar dan pemantauan juga lewat dijalankan mengambil peluang hampir setahun juga di sek baru untuk sy dan team baru  membina kemenjadian murid berimpak UBK. 

Sewaktu pemantauan, hampir semua barisan pentadbir adalah org baru malahan PK Pentadbiran yg menyokong permohonan saya juga telah berpencen. Pengetua, PK HEM  adalah pentadbir yg baru berkhidmat di sini seperti dua bulan . Pihak nazir bertanya siapakah yg paling senior antara pentadbir yg berkhidmat dan mengenali saya dgn lebih baik tentang kerja buat saya.  saya mencadangkan PK Koko yg berkhidmat ketika saya masuk ke sini dan seorang GKMP Sc Math yg mengenali saya sejak di Cheras dan sama sama bergerak ke SMK SBS ini.  Sesi temu bual dijalankan di bilik pengetua antara nazir dgn beberapa org yg dipanggil mungkin antaranya pentadbir atau guru. 

Kemudian sesi pembentangan slaid sepwrti yg saya share di bawah. Saya lakukan di bilik kaunseling sahaja. 10 slaid sahaja jangan lebih ye. Guna kreativiti manfaatkn masa yg diperuntukkan sahaja. Kemudian sesi soal jawab sikit. 

Kemudian menjalankan sesi kaunseling kelompok. Saya mengadakan kaunseling kerjaya murid ting 5 seramai 5 org. 

Hampir 4 jam juga sesi pemantauan nazir yg datang berdua. Setelah tu ....jeng jeng tungu je result  

Manisnya perkhabaran saya mendapat GC 54 ni melalui mesej sewaktu saya di bumi Madinah sekitar Nov 2023..namun suratnya baru diperolehi pada 29 Feb 2024 dgn backdated lantikan pemangkuan Nov 2023. Alhamdulillah


Saya juga dengan rendah hati berkongsi resume saya agar guru kaunseling dapat melihat corak pemilihan untuk saringan pertama iaitu menerima kunjungan nazir ke sekolah untuk memantau kita dari pelbagai aspek. Jika permohonan anda melalui resume berdasarkan templete yg diberi mendapat respon positif dengan panggilan telefon dari nazir yg mengatakan mereka akan memantau anda
untuk menilai layakkah anda diberi title guru cemerlang maka sebelah kaki anda sudah masuk ke bakul guru cemerlang tinggal pemantauan sebenar shj.






Saya menginspirasikan ramai guru kaunseling untuk memohon perjawatan ini asalkan kita percaya kita sudah melakukan yg terbaik untuk kemenjadian murid di bawah KPI keberhasilan kaunseling berfokus masing masing.


Saya share slaid pembentangan saya sewaktu saya memohon guru cemerlang DG54 agar dapar dijadikan panduan permohonan kpd guru kaunseling yg lain.  
Short voca 
Genting Highland  - Temerloh
 

Telegram Channel