Saya share teks pengacara majlis dan slaid presentation , talking point pengetua. Semoga menjadi panduan dan bermanfaat
Fadhlin |
MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
Assalamualaikum dan Selamat
Sejahtera,
Yang Berbahagia, Puan Norlela bt A.Wahid, Pengetua Smk Seri Bintang Selatan
Yang Dihormati, Puan Hamimah bt Shamsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha, Puan Sabidara bt Mahmud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dikasihi, Encik Zam Zam bin Abdul Aziz, Penolong kanan kokurikulum
Guru-guru kaunseling, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.
DARI RAUB KE PONTIAN TERUS PULA KE KUALA PERLIS HARAP SEMUA BERI PERHATIAN MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS
Selamat datang ke MAJLIS
PERASMIAN PROGRAM ADAB CAKNA TINGKAH LAKU SMART bagi tahun 2024.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis yang diadakan pada pagi ini.
SARUNG KETUPAT BERISI INTI DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI MOGA MAJLIS MENDAPAT SERI
|
Melltrisya |
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi menambahkan lagi keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh saudara YABAHALIF
BIN ROSLI. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada saudara Yabahalif atas
bacaan doa itu tadi.
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA, SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH; MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA, DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH
Seterusnya majlis akan dimulakan dengan menerangkan ACT SMART
SMART mempunyai maksud yang tersendiri iaitu:
S -SENYUM M - MENYAPA A - AKUR PERATURAN R - RESPONSIF T - TELADAN
Projek SMART ialah SMART dari aspek penampilan yang
selalu mendapat aduan dari guru yang bermaksud
S - seluar seragam sekolah, seluar
pendidikan jasmani dan stoking
M - muka tanpa make up bagi
perempuan, misai tidak bole bagi lelaki
A - anak tudung wajib dipakai oleh
murid yang bertudung dan berwarna putih
R - rambut yang kemas
T - tali leher dipakai setiap hari
dan tag nama sentiasa dipakai
Bagi objektif pula, ia adalah untuk memupuk sikap murid
mementingkan adab dan penampilan diri yang kemas.
Kedua, ia adalah untuk menjalankan intervensi terhadap murid
yang tidak akur dengan adab yang baik dan tidak mengikut peraturan berpakaian
dan penampilan diri.
|
Fadhlin |
: ini adalah contoh murid lelaki yang bercirikan konsep SMART iaitu,
-memakai seluar dan baju sekolah yang seragam beserta stoking
-misai dan janggut tidak disimpan
-rambut yang tidak panjang
-tali leher dan tag nama sentiasa dipakai
|
Melltrisya |
Laila: bagi perempuan bertudung pula, anak tudung haruslah dipakai dan berwarna
putih. Tudung mestilah menutup dada dan tidak terlalu pendek.
Jazz: Bagi perempuan yang tidak bertudung, rambut mestilah diikat
kemas dan memakai sepit supaya kelihatan lebih kemas. |
Fadhlin |
Hue sum: untuk murid yang memakai pinafore, baju haruslah berada dibawah
paras lutut.
Ammar dan Kessh: bagi lelaki yang memakai baju pendidikan jasmani pula, ia
perlulah dituck in dan memakai seluar trek sekolah
Bagi perempuan pula, baju mestilah dipakai di bawah paras
punggung.
Terima kasih kepada murid yang telah menjadi contoh kepada murid
murid lain.
TERBANG DIAWAN BURUNG JENTAYU KERANA PENAT GUGUR KE BUMI TAMPILAH TUAN KAMI MERAYU BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara MOHD
DANIAL HFIY BIN MOHD TENGKU SOFFIAN ISMAIL untuk bacaan ikrar.
Murid murid dan guru guru diminta berdiri.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara DANIAL HFIY atas
bacaan ikrar itu tadi.
|
Melltrisya |
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA, TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA; TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA, TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA
Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Puan Norlela bt A.Wahid
pengetua smk seri bintang selatan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norlela atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi. Diminta Puan Norlela untuk kekal berada di atas
pentas bagi merasmikan pelancaran program ini. Dijemput Ketua Pengawas ................., di jemput Ketua PSS ........dijemput Pengerusi PRS menerima gimik cermin sbg simbolik untuk diletakkan di sekitar tempat strategik untuk memudahkan murid menjaga penampilan diri dgn kemas.
|
Fadhlin |
BUNGA SEROJA DI ATAS PARA, JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN; ANDAI KATA TERSILAP BICARA, KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN
DARI KEDAH KE PEKAN SARI, BELI SUASA DI KOTA TINGGI; SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI, DI LAIN MASA BERSUA LAGI
Hadirin yang dikasihi sekalian, dengan sempurnanya gimik pelancaran
itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
|
Melltrisya dan fadhlin |
Sekian wabilahitaufikwalhidayah assalamualaikum wbt. |
Talking Point Pengetua
Program ACT SMART iaitu
Adab Cakna Tingkah Laku Dalam Penampilan Diri Dan Sahsiah Diri untuk
1. Memupuk
sikap murid mementingkan adab dan penampilan diri yang kemas
2. Menjalankan
intervensi terhadap murid yang tidak akur dengan adab yang baik dan tidak mengikut
peraturan berpakaian dan penampilan diri.
Pihak
sekolah akan sentiasa menggalakkan murid -murid mengamalkan SMART pada adab
adab berikut
S –
senyum
M
–menyapa (memberi salam)
A –
akur peraturan
R -
responsif
T –
teladan
Dan
SMART Penampilan
S –
Seluar Seragam Sekolah, Seluar Pendidikan Jasmani dan Stokin,
M –
Muka tanpa mekap bagi perempuan, misai tidak boleh bagi lelaki
A –
Anak Tudung wajib dipakai oleh murid yg bertudung dan berwarna putih.
R-
Rambut yg kemas
T-Tali
Leher dan Tag Nama sentiasa dipakai.
Harapan pihak sekolah
SIFAR atau sekurang-kurangnya penurunan rekod disiplin SSDM mengenai ketidakatkuran adab dan penampilan murid yang
tidak mematuhi etika berpakaian dan
tidak beradab.
Dengan ini saya mengumumkan bahawa pihak sekolah
memperkenalkan anugerah IKON
ACT SMART PENGGAL PERTAMA DAN KEDUA untuk murid -murid yang terpilih yang
berketrampilan dari aspek sahsiah dan penampilan diri.
Akhir
kata serangkap pantun dari saya
Elok anak
kerana dikandang
Dikandang
dengan budi senonoh
Elok
akhlak nama terpandang
Sepanjang
zaman menjadi contoh
Dengan
ini saya melancarkan program ACT SMART SMK Seri Bintang Selatan bagi tahun
2024.
Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-MU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih.