4 July 2024

Kertas Kerja Public Service Announcement Hentikan Buli Dan Gangguan Seksual




Hari ini UBK mengadakan aktiviti lakonan untuk aktiviti 1 minit dengan format PSA untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap hindari buli dan gangguan seksual. Maka kertas kerja ini boleh dirujuk untuk aktiviti di sekolah. Program dalam masa dua jam dan dikendalikan oleh ahli PRS dan Kelab Kerjaya. 

 

1.0          PENGENALAN

 

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah aspek utama membantu pengurusan murid di sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai sekolah sejahtera dengan murid merasa selamat dan sihat dari aspek seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan  perancangan. Salah satu daripadanya ialah elemen selamat dari dibuli sama ada secara fizikal, lisan atau gangguan seksual dan sejahtera emosi dari membuli orang lain. Kesedaran terhadap karamah insaniah yang baik dapat memupuk murid untuk peka dengan adab dan nilai murni masing masing untuk kesejahteraan hidup.

         

2.0          MATLAMAT

Mempromosikan aktiviti henti buli dan gangguan seksual agar murid –murid merasa selamat dan Sejahtera melalui aktiviti PSA Public Service Announcement

 

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 4 Julai 2024

 

4.0        SASARAN

Semua murid tingkatan 2

         

5.0      OBJEKTIF

 

1)             Mempromosikan aktiviti – aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dalam aktiviti membenteras gangguan seksual dan menghentikan aktiviti buli. 

 

2)             Menjalankan intervensi peningkatan kesedaran hentikan buli dan gangguan seksual dan kempen berterusan untuk warga sekolah prihatin dengan isu tersebut

 

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Semua murid tingkatan dua mendapatkan maklumat melalui aktiviti kesedaran henti buli dan gangguan seksual

Outcome

Murid -murid berani tampil membuat aduan jika dapat mengenal pasti kes buli mahu pun gangguan seksual yang berlaku di sekolah atau di asrama

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

 

          Sumber Kewangan:

 

            PCG Kaunseling                                                         =        RM 400.00

 

       

 

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                : Puan Norlela Binti A Wahid 

                                          Pengetua

          Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud

          Naib Pengerusi        :Puan Hamimah Bt Shamsuddin

                                            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

                                         : Encik Zam Zam Bin Abdul Aziz

                                           Penolong Kanan Kokurikulum

          Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

          

 

 

 

 

          SENARAI TUGAS AJK KERJA

 

AJK PSA

 

 

Nurhaiza Binti Che Mat

Menyampaikan taklimat bengkel kepada fasilitator PRS yang akan mengendalikan slot

AJK Stiker Whats App

Loh Chin Ying 

Menyediakan aktiviti  stiker whats app buli dan gangguan seksual kepada PRS Ting 2

AJK Dokumentasi

Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan dokumentasi

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                        

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

 

Tarikh

Intervensi

Sasaran

4 Julai 2024

Penyediaan Whats App Stiker Hentikan Gangguan Seksual

PRS Tingkatan 2

4 Julai 2024

Aktiviti PSA penyediaan video Hentikan Buli Dan Gangguan Seksual

Ting 2A/2B/2C/2D

9.20 pagi : Taklimat aktiviti

9.30 pagi : Tayangan video simulasi PSA oleh PRS

9.40 pagi : Pembahagian kumpulan

9.50 pagi : Bengkel PSA bersama fasilitator

10.30 pagi : Pembentangan kumpulan

11.10 pagi : Penyampaian hadiah

11.20 pagi : Bersurai


Ting 2G/2J/2K/2M

11.20 pagi : Taklimat aktiviti

11.30 pagi : Tayangan video simulasi PSA oleh PRS

11.40 pagi : Pembahagian kumpulan

11.50 pagi : Bengkel PSA bersama fasilitator

12.30 t/h : Pembentangan kumpulan

1.10 t/h: Penyampaian hadiah

1.20 t/h : Bersurai

Semua murid Ting 2

 

 

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal sewaktu tayangan video

Masalah teknikal

 

Menyediakan LCD satu lagi

Setiausaha Program

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

          Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai henti buli dan hindari gangguan seksual kepada warga sekolah khususnya murid sekolah untuk mencapai KPI tiada kes buli dan gangguan seksual berlaku sama ada di sekolah mahu pun di asrama.

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 



(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh:













 

Telegram Channel