Program Minggu Kerjaya SYEMpathy dijalankan awal Ogos berfokus lebih kpd murid ting 1 untuk celik kewangan, disusuli dgn pelbagai jenis pertandingan kerjaya. Untuk ting 4 dan 5 ialah pameran kerjaya dan ceramah kerjaya kuantiti surveyor utk ahli kelab kerjaya. Kertas kerja ini disediakan oleh partner saya Pn Loh
1.0
PENGENALAN
Program Pendidikan Kaunseling Kerjaya merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid mengenal pelbagai bidang kerjaya di negara kita. Melalui tema Revolusi 4.0 Penerokaan Kerjaya Ke Arah Era Digital diharapkan agar murid didedahkan kepelbagaian jenis bidang kerjaya ke arah era digital tersebut. Diharapkan murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai spesifikasi, jenis, suasana, dan maklumat pekerjaan yang boleh diterokai oleh murid-murid untuk disesuaikan kerjaya dengan diri mereka. Dengan ini, para pelajar sudah boleh menyiapkan diri mereka sejak di bangku sekolah lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing yang boleh diketahui melalui psikometrik murid. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah, murid akan dibimbing untuk penerokaan perkembangan kerjaya murid.
2.0 MATLAMAT
Mengenal pasti dan meneroka kerjaya murid dan memperkemalkan kerjaya ke arah era digital.
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
Tarikh : 4 & 5 Julai 2024 (Khamis & Jumaat)
Masa : Sepanjang Hari
Tempat : Sanggar Bijaksana, Medan Diskusi dan Galeri Wawasan
4.0 SASARAN
Semua murid Tingkatan 1 SMK Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
Di
akhir program,
1. Murid–murid mengetahui mengenai minat kerjaya masing-masing.
2. Murid–murid mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang kerjaya melalui IPTA dan IPTS.
3. Murid-murid dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maklumat dalam bidang sesuatu kerjaya.
4. Murid diberikan bimbingan kerjaya untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam memilih kerjaya yang bersesuaian.
6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output |
Murid mempunyai matlamat setelah mengetahui personaliti dan minat kerjaya masing-masing |
Outcome |
Murid memilih aliran yang sesuai untuk pencapaian dan minat selepas SPM |
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
PERUNTUKAN KEWANGAN
BIL |
PERKARA |
PERBELANJAAN |
JUMLAH (RM) |
|
|||
1
|
Makanan Fasilitator Murid
|
Sarapan Pagi : RM4 X 25
Makan Tengahari : RM8 X 25 |
RM100
RM200
|
JUMLAH |
|
RM 300.00 |
SUMBER KEWANGAN:
BIL |
SUMBER KEWANGAN / CATATAN |
JUMLAH (RM) |
1
|
PCG KAUNSELING
|
RM300.00
|
|
Jumlah |
RM300.00 |
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn. Norlela binti A Wahid
Timbalan Pengerusi : Pn. Sabidara binti Mahmud
Naib Pengerusi : Pn. Hamimah binti Shamsuddin
En. Zam Zam bin Abdul Aziz
Setiausaha : Pn. Loh Chin Ying
1 |
AJK Buku Aturcara & AJK Penilaian
Pn. Loh Chin Ying |
· 1. Menyediakan buku atur cara program. 2. Menilai program yang telah dijalankan |
2 |
AJK Penyediaan Hadiah
Puan Norfaizah Binti Mohamad AJK Kelab Kerjaya Ting 3 |
1. 1. Mengadakan persembahan oleh ahli 2. Kelab Kerjaya 2. Menyediakan hadiah untuk pemenang |
3 |
AJK Persembahan Dan Ceramah
|
1.Menyediakan peserta untuk persembahan pelancaran Minggu Kerjaya 2. Menguruskan ceramah kerjaya
|
4 |
AJK Pertandingan & Dokumentasi
Puan Nurhaiza Binti Che Mat Pembimbing Rakan Sebaya Ting 5 |
1. Mengadakan pertandingan kerjaya dan mengatur jadual pertandingan 2. Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan 2. 3. Menyediakan dokumentasi |
|
|
|
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
HARI |
SESI PAGI |
KHAMIS 4/7/2024 |
PROGRAM JA FINANCIAL SECURITY AND CAREER EXPLORATION (FSCE)
|
JUMAAT 5/7/2024 |
PERTANDINGAN KERJAYA -YOUNG MOTIVATOR -REKA BENTUK GRAFIK KERJAYA -VIDEO KREATIF -POSTER KERJAYA
|
Pameran IPT ting 4 dan 5,pada 29 Julai 2024
Ceramah Kerjaya Quantity Surveyor utk ahli Kelab pada 1Ogos 2024
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Jika berlaku masalah teknikal |
PA Sistem tidak berfungsi dengan baik |
Penggunaan lokasi lain atau menukarkan kepada portable PA Sistem |
Guru bertugas |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan murid untuk meneroka ke arah era kerjaya digital.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(LOH CHIN YING) Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan |