7 February 2025

Pengesahan Pakar Modul Kerjaya YES !Counsellor


Di Hotel Royal 5-7 Feb bersama team penyelidik dari UPSI, team dari TalentCorp Organisation dan team akademik iaitu Dr Shahril kaunselor cemerlang MARA, Tn Hj Ismail dari SM Agama yg juga YDP MGKK , saya Guru Cemerlang sekolah menengah harian biasa, Dr Mazita pensyarah kaunseling dari UPSI  

Manakala team agensi dan industri antaranya dari KWSP dan agensi yg menjalankan coaching atau yg biasa bertindak selaku panel penemuduga. 

Ini pertama kali saya menjadi panel kesahan pakar menggunakan teknik 
MNGT nominal group technique. Menggunakan skala skala nilai untuk diundi.  Cara yg cepat dalam kesahan berbanding membaca dan membuat penilaian di kertas dan menghantar semula kertas dan penilai tidak pasti bagaimana penetimaan pengesahan pakar yg lain. Namun cara MNGT ni cepat, kaya maklumat dan komunikasi byk hàla. Saya dapat belajar sesuatu juga dari feedback secara langsung untuk dibahaskan. 


Saya belajar tentang pandangan industri, apa yg diingini oleh bakal majikan, soalan soalan do and dont dlm temuduga, penulisan resume berimpak.  Ilmu untuk dikongsi dgn student di sekolah  

Semoga memberi manfaat




 

Telegram Channel