14 May 2026

Bengkel Careers Insight CICF FINCO Kebangsaan

Program 2 hari bengkel di KL peringkat kebangsaan anjuran FINCO. FINCO anjurkan CICF untuk sekolah sekolah terpilih di mana KL melibatkan 3 sekolah iaitu SMK Seri Bintang Selatan, SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Permaisuri. 

Team kami sentiasa bersama dengan team Johor 

Antara tugasan yg perlu kami buat ialah anjurkan pameran dan saya bercadang mengadakannya 
di peringkat negeri pada 24 Jun 2026 bergabung dengan projek Karnival STEMpathy . 

Kebanyakan masa kami membuat kertas kerja dan berunding dengan mentor tentang list majikan industri yang akan di bawa e sekolah. 

Kami berpeluang bersama CEO industri berkongsi pendapat dan berkongsi pengalaman mereka bagaimana membangunkan anak anak murid dalam pilihan dan ketrampilan mereka sewaktu menghadiri temuduga. 


Kami mengatur jadual jadual juga untuk karnival kami nanti. Beat untuk dana kewangan semoga dipermudahkan..


Team KL dengan mentor Illi



Antara CEO penting yang dibawakan kepada kami
 

Telegram Channel