30 July 2025

Intervensi Psikometrik T3 Dan Profiling

Intervensi Psikometrik T3 Dan Profiling

Intervensi murid ting 3 dimulai dgn aktiviti cita cita saya menggunakan laman web Schola dan diikuti taklimat sekolah khusus. Kemudian membina profiling kerjaya untuk melihat hubungan antara cita cita, minat kerjaya IMK dgn personaliti (ITP) untuk pemilihan aliran ting 4 dan seterusnya mencapai kerjaya idaman. Motivasi gaya belajar diselitkan.

Ativiti mengenai taklimat kemasukan ke sekolah khusus. Yang mana tahun ini bermula permohanan setempat atau secara berpusat ke sekolah khusus . Maka murid perlu memilih satu yg terbaik yg ingin disertainya  
Kemudian saya menjalankan aktiviti mengenai laman web Scholar iaitu induksi mengenai cita cita saya dan mengapa anda menyukai cita cita tersebut? Apakah persekitaran kerja impian anda dan pakaia


n yg dipakai oleh pekerja dalam bidanh pekerjaan berikut. Bagaimana dgn gaji dan permintaan pasaran pada masa akan datang. Kemudian taklimat sekolah khusus. 

Minggu hadapannya intervensi psikometrik mengenai profilinh kerjaya. Memberikan maklumat mengenai gaya belajar masing masing. Minat kerjaya
 dan personaliti yg bersesuaian bagi mencapai cita cita tersebut  





28 July 2025

Panel Penilai Kesahan Kandungan  Modul Pendidikan Kerjaya STEM Kebangsaan

Panel Penilai Kesahan Kandungan Modul Pendidikan Kerjaya STEM Kebangsaan

Selesai pengesahan pakar untuk kandungan modul intervensi pendidikan STEM peringkat kebangsaan. 
Ambil masa 5 jam juga untuk membentang sebagai wakil pembina modul dan buka sesi soal jawab untuk penilai memberikan pendapat mereka  

Terima kasih kepada 
Prof Madya Dr Sahlan dari UKM

, Dr Tan dari team guru cemerlang, 

dan tiga wakil industri iaitu
Name: Dato Kamarul A Muhamed
Designation: Founder & Group CEO
Company: Aerodyne Group

Name: Mohd Parid Bin Sulaiman
Designation: Engineering Director
Company: Intel Technology Sdn Bhd

Lega dah selesai satu fasa barulah kita boleh buat TOT pada Jurulatih Utama Negeri pula  


17 July 2025

Profiling Kerjaya

Profiling Kerjaya



Ini antara aktiviti profiling kerjaya di mana 
satu one page profiling yg saya sediakan diedarkn kpd murid murud iaitu 19 jun utk ting 1 manakala 10 julai utk semua murid ting 2. 

Murid dibekalkan data IMK dan IKP serta gaya belajar masing masing utk direkodkan. Murid perlu mengisi data tambahan ttg cita cita, softskill, result sains dan math,  target aliran ting 4 dan berminat atau tidak utk mengambil aliran STEM. Data data dalam one sheet membantu intervensi psikometrik.




15 July 2025

Konsultasi Keibubapaan: Intervensi Psikometrik

Konsultasi Keibubapaan: Intervensi Psikometrik

Hari Dialog Kemenjadian Murid ialah hari ibu bapa datang untuk berbincang dgn ibu bapa mengenai prigress akadedemik anak. 

Maka kami team unit bimbingan dan kaunseling menjalankan aktiviti konsultasi. Buka kaunter di dataran perhimpunan . Berbincang result psikometrik anak dan
 profiling kerjaya anak. 
Non  stop direct ckp dan ckp ...

Menyantuni ibu bapa dgn eviden psikometrik memandu kita untuk berbincang sesuatu yg sahih untuk membantu ibu bapa menyokong anak , mendorong anak


KERTAS KERJA PERTANDINGAN KERJAYA STEMPATHY  PERINGKAT SEKOLAH 2025

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KERJAYA STEMPATHY PERINGKAT SEKOLAH 2025

 Saya ada pelancaran mingu kerjaya stempathy pada mei dan kini adalah majkis penyampaian hadiah sekepas hampir sebulan memberi masa. Dengan adanya aktiviti ini murid dapat mengasah bakat mereka  dan persiapan pertandingan peringkat daerah disaring dgn lebih mudah


1.0            PENGENALAN

Program Pendidikan Kaunseling Kerjaya merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid mengenal pelbagai bidang kerjaya di negara kita. Melalui tema Revolusi 4.0 Penerokaan Kerjaya Ke Arah Era Digital diharapkan agar murid didedahkan kepelbagaian jenis bidang kerjaya ke arah era digital tersebut. Diharapkan murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai spesifikasi, jenis, suasana, dan maklumat pekerjaan yang boleh diterokai oleh murid-murid untuk disesuaikan kerjaya dengan diri mereka.  Dengan ini, para pelajar sudah boleh menyiapkan diri mereka sejak di bangku sekolah lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing yang boleh diketahui melalui psikometrik murid. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah, murid akan dibimbing untuk penerokaan perkembangan kerjaya murid.



2.0       MATLAMAT           

Mengenal pasti dan meneroka kerjaya murid dan memperkemalkan kerjaya ke arah era digital.

           

           3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT        

   

Tarikh              : 24-28 Mac 2025 (Isnin-Jumaat)

Masa               : Sepanjang Hari

Tempat            : Dataran Bestari, Galeri Gemilang dan Galeri Wawasan

          

           4.0       SASARAN                                     

 Semua murid SMK Seri Bintang Selatan

5.0       OBJEKTIF

          

Di akhir program,

1.    Murid–murid mengetahui mengenai minat kerjaya masing-masing.

2.    Murid–murid mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang kerjaya melalui IPTA dan IPTS.

3.    Murid-murid dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maklumat dalam bidang sesuatu kerjaya.

4.    Murid diberikan bimbingan kerjaya untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam memilih kerjaya yang bersesuaian.


 6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Murid mempunyai matlamat setelah mengetahui personaliti dan minat kerjaya masing-masing

Outcome

Murid memilih aliran yang sesuai untuk pencapaian dan minat selepas SPM

                                            

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

PERUNTUKAN KEWANGAN

Tidak melibatkan kewangan

SUMBER KEWANGAN:

Tidak melibatkan kewangan

 8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

            AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                   :           Pn. Norlela binti A Wahid

Timbalan Pengerusi    :           Pn. Sabidara binti Mahmud

Naib Pengerusi           :           Pn. Mardiana binti Md Nor

                                                En. Zam Zam bin Abdul Aziz

           Setiausaha                  :           Pn. Loh Chin Ying

1

AJK Buku Aturcara & AJK Penilaian

Pn. Loh Chin Ying

·     

       1. Menyediakan buku atur cara program.

       2. Menilai program yang telah dijalankan.

2

AJK Penyediaan Hadiah

Puan Norfaizah Binti Mohamad

AJK Kelab Kerjaya Ting 3

1.         1. Mengadakan persembahan oleh ahli

2.                Kelab Kerjaya

 2. Menyediakan hadiah untuk pemenang

3

AJK Persembahan Dan Ceramah

Puan Nurhaiza binti Che Mat

1.Menyediakan peserta untuk persembahan pelancaran Minggu Kerjaya

2. Menguruskan ceramah kerjaya

4

AJK Pertandingan & Dokumentasi

Puan Loh Chin Ying

Pembimbing Rakan Sebaya Ting 5

1.    Mengadakan pertandingan kerjaya dan mengatur jadual pertandingan

2.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

2.     3.    Menyediakan dokumentasi

             

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

           

HARI

SESI PAGI

ISNIN

24/3/2025

INTERVENSI IMK TINGKATAN 1

SELASA

25/3/2025

PELANCARAN MINGGU KERJAYA

RABU

26/3/2025

PAMERAN KERJAYA

KHAMIS

27/3/2025

INTERVENSI MINGGU KERJAYA

JUMAAT

28/3/2025

PERTANDINGAN KERJAYA

-YOUNG MOTIVATOR

-REKA BENTUK GRAFIK KERJAYA

-VIDEO KREATIF

-POSTER KERJAYA

10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Jika berlaku masalah teknikal

PA Sistem tidak berfungsi dengan baik

Penggunaan lokasi lain atau menukarkan kepada portable PA Sistem

Guru bertugas

11.0     PENUTUP

Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang diharapkan  dan seterusnya menggalakkan murid untuk meneroka ke arah era kerjaya digital.

           

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(LOH CHIN YING)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

9 July 2025

KERTAS KERJA MINGGU PPDa 2025

KERTAS KERJA MINGGU PPDa 2025

 Baru sahaja tamat minggu PPDa , saya share kertas kerja oleh partner saya



1.0           PENDAHULUAN

Sambutan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.


2.0            MATLAMAT

2.1            Meningkatkan kesedaran murid bahawa dadah akan memudaratkan kesihatan serta membahayakan keselamatan dan nyawa  masyarakat.

2.2            Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkan gaya hidup ini dalam kehidupan seharian.

3.0   TARIKH /MASA /TEMPAT

                  Tarikh             : 8/7/2025-11/7/2025 

                         Tempat           : SMK Seri Bintang Selatan  

                

4.0            SASARAN

Semua murid SMK Seri Bintang Selatan


5.0            OBJEKTIF

5.1            Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua                        peringkat tentang bahaya dadah.

      5.2             Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan

                        penyertaan murid dalam proses pembelajaran pendidikan pencegahan                                     dadah.

5.3             Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam        kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.


6.0 KPI (Indikator Output  dan Outcome)

OUTPUT

Penglibatan sekurang-kurangnya 50% murid dalam aktiviti yang dirancang.

OUTCOME

Peningkatan  kesedaran murid dalam menyertai pertandingan-pertandingan program PPDa


7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH (RM)

1

2

3.

4.

Hadiah pertandingan

Pertandingan

-       Doodle Antidadah (individu)

-       Mencipta Puisi dan Lagu Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, HIV/AIDS (7 orang)

-       Video Public Service Announcement (PSA) PPDa

(4 orang)

-       Buku Skrap Digital Antidadah

(3 orang)

Cenderamata Penceramah

Token Rumah Sahabat

Token Unit K9

(Hadiah)

Johan          : RM 5.20 X 15

Naib Johan : RM 5.20 X 15

Ketiga        : RM 2.60 X 15

Keempat    : RM 2.60 X 15

Kelima       : RM 2.60 X 15

RM   78.00

RM   78.00

RM   39.00

RM   39.00

RM   39.00

RM 50.00

RM100.00

RM200.00

JUMLAH

RM 623.00



SUMBER KEWANGAN:

BIL

SUMBER KEWANGAN / CATATAN

 JUMLAH (RM)

1

       Sumbangan PIBG SMK Seri Bintang Selatan

RM623.00

                   Jumlah

RM623.00

8.0   JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi              : Puan Norlela binti A. Wahid (Pengetua)

Naib Pengerusi    : Puan Laili Norani binti Mamat (PK HEM)

                              : Puan Mardiana binti Md Nor (PK Pentadbiran)

                              : Puan Ummi Kalthum binti Haji Mohd Rais (PK Kokurikulum)

NAMA AJK

DESKRIPSI TUGAS

Penyelaras

Pn. Loh Chin Ying

·    Membantu dan bekerjasama dengan AJK program dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar.

  • Menyediakan segala keperluan program.

Teks ucapan

Pn. Wong Siew Kuon

  • Menyediakan teks ucapan untuk perasmi yang telah disemak oleh PK HEM.

Buku Program

Pn. Husmazurain bt Che Hussien

·       Menyediakan buku program untuk majlis perasmian.

Jurugambar

Pn. Loh Chin Ying

·       Mengumpul semua gambar untuk dihantar kepada AJK Dokumentasi.

·       Menyediakan kolaj program.

Pertandingan Poster Digital Antidadah

Pn. Nor Suryati bt Mohamad Tajuddin

·       Memilih 5 murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan.

·       Memberi nama pemenang kepada SU PPDa.

Pertandingan Melukis Doodle Antidadah

Pn. Loh Chin Ying

·    Memilih 5 murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL.

·    Memberi nama pemenang  kepada SU PPDa.

Pertandingan Mencipta Puisi dan Lagu Antidadah

Pn. Siti Hajar binti Ab Karim

·    Memilih 5 kumpulan murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL.

·    Memberi nama pemenang  kepada SU PPDa.

Pertandingan Video Public Service Announcement (PSA) PPDa

Pn. Nurhaiza binti Che Mat

  • Memilih 5 kumpulan murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL.
  • Memberi nama pemenang  kepada SU PPDa.

Pertandingan Buku Skrap Digital

Pn. Norfaizah binti Mohamad

  • Memilih 5 kumpulan murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL.
  • Memberi nama pemenang  kepada SU PPDa.

Ceramah dan Pameran Antidadah

En. Abdul Rasyid bin Zakaria (Ceramah)

Pn. Norfaizah binti Mohamad

(Pameran)

·    Menyediakan surat jemputan untuk menjemput penceramah untuk memberi ceramah Antidadah.

·    Menyediakan surat jemputan untuk menjemput agensi-agensi untuk membuat pameran antidadah di sekolah.

Pengucapan awam mesej  5 minit anti dadah

Pn. Aimi Athirah binti Muhammad Amin

·    Menyediakan murid yang akan menyampaikan mesej 5 minit anti dadah.

·    Menyediakan slaid yang akan dipapar di skrin LED.

Hadiah

Pn. Loh Chin Ying (Menyediakan Hadiah)

Pn. Husmazurain bt Che Hussien (Menyusun Hadiah)

·    Mendapatkan nama semua murid yang memenangi pertandingan Program PPDa.

·    Menyediakan hadiah kepada pemenang dan penceramah.

·    Menyediakan resit kepada penyelaras program.

Dokumentasi

Pn. Loh Chin Ying

·    Mendapatkan maklum balas setiap JK  selepas majlis berlangsung.

·    Mendapatkan salinan bahan hardcopy / softcopy daripada AJK.

·    Menyiapkan dokumentasi program selewat-lewatnya dua minggu selepas program tamat.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

    9.1        Mesyuarat Jawatankuasa

     9.2       Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti

     9.3       Majlis pelancaran

     9.4       Aktiviti Minggu Anti Dadah


9.1 URUS SETIA/ PENCERAMAH

   

               Unit  PPDa

9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

NO

TARIKH

AKTIVITI PPDa

AJK YANG TERLIBAT

CARA PELAKSANAAN

1

8/7/2025

(Selasa)

Pelancaran Minggu PPDa

1.Taklimat Penyelaras PPDa

2.Ucapan Pengetua

3.5 Minit Mesej Antidadah

4.Ikrar Antidadah oleh Wakil Murid

5. Nyanyian Lagu Dadah Dujana

Penyelaras

Dijalankan ketika perhimpunan rasmi

2

9/7/2025

(Rabu)

Pameran Info Lebih Baik Cegah: Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah

1.Pn. Norfaizah binti Mohamad

2.Guru-guru Kaunseling

3.Ahli SLAD dan Ahli KPJ

Pameran akan berlangsung mulai 11.00 pagi-1.20 tengahari.

3

10/7/2025

(Khamis)

Slot Unit K9

Ceramah :Penyalahgunaan Dadah

1.Pn. Norfaizah binti Mohamad

Bermula jam 11.20 pagi sehingga jam 12.30 tengahari

4

8/7/2025-22/7/2025

Pertandingan-pertandingan bermula pada 8.7.2025 dan tarikh hantar karya adalah sebelum 22.7.2025.

Penyelaras

pertandingan

Hebahan

diatas talian melalui Group Rasmi Sekolah dan setiap group kelas murid.



10.0 PENGURUSAN RISIKO

       

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Pertandingan yang dianjurkan tidak mendapat sambutan daripada murid.

Kekurangan masa untuk menyediakan hasil karya.

Tarikh akhir penghantaran karya telah dilanjutkan ke 22.7.2025.

Semua JK yang terlibat.


11.0  KAEDAH PEMANTAUAN

         a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti

              Borang penyertaan murid (Google Forms)

             

        b.   Pemantauan Pencapaian Outcome

               Borang maklum balas   (Google Forms)



12.0   PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan kesedaran murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(LOH CHIN YING)

Penyelaras PPDa

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh :

(LAILI NORANI BINTI MAMAT)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh:



KERTAS CADANGAN MINGGU PPDa 2025

__________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


         Meluluskan Kertas Cadangan MINGGU PPDa

                 Atau


         Tidak meluluskan Kertas Cadangan MINGGU PPDa

Ulasan :-

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( NORLELA BINTI A WAHID )

Pengetua

SMK Seri Bintang Selatan



 

Telegram Channel