8 December 2014

KL - Istanbul - Bursa

KL - Istanbul - Bursa

Jet lag





Tiba di lapangan terbang Kamal Antartuk Istanbul Turki dah pukul 10.50 pagi waktu Malaysia bersamaan dengan 5.30 pagi waktu tempatan. Kami diberi masa selama sejam untuk menyiapkan diri, menukarkan mata wang lira RM 1.50 = 1 TL dan 1.99 TL = lebih kurang 0.88 USD= lebih kurang RM 3.27 ketika ini. Di airport komisen yang dikenakan oleh pengurup wang agak tinggi.  Kami berhenti untuk menunaikan solat Subuh di surau. Kat sini mereka panggil surau dengan panggilan mesjid. Kami diperkenalkan dengan tour guide kami dari Renk United Travel iaitu Ms Gulhan Demirtas.







Panorama cantik menaiki feri
Keluar sahaja dari airport, kesejukan terasa. Kami menaiki bas untuk ke Bursa sekurang kurangnya 3 jam perjalanan dari Istanbul. Wahhhh...penat duduk je lar. Di dalam bas baru saya perasan kami bertiga sahaja Islam plus couple yang baru berkahwin dan berbulan madu di sini. Manakala 23 orang lagi berbangsa Cina yang mengikuti rombongan ini termasuk tour leader kami. 2 jam pertama kami bergerak dan tiba di jeti feri. Kami perlu menaiki feri untuk ke Bursa. Feri ini sangat besar dan membolehkan mengangkut bas juga untuk ke seberang dengan pelbagai kemudahan. Sampai sahaja di dalam feri, kami turun dari bas dan bergambar di atas feri. Subhanallah pemandangan menakjubkan melihat sekawan burung camar putih terbang dengan begitu banyaknya di atas feri dan mendekati kami. Feri ini dinamakan Seferi dan angin laut kedinginan yg sangat mencengkam menyebabkan tangan terasa beku hingga terasa kebas. Perjalanan selama setengah jam dengan menaiki feri  dan melintasi Marmara Sea. Tiba sahaja di seberang kami berada di Yalova.


Turki terkenal dengan Iskander Kebab. Oleh itu kami mencuba makanan Iskander Kebab disebuah restoran dan memang umphhhh. Turki negara kedua pengeluar minyak zaitun di dunia. Maka tidak hairan menu mesti dilengkapi minyak zaitun.Menu kami hari ini sahaja dah ada minyak zaitun sebagai pelengkap masakan.




Bursa terletak dalam Marmara region. Pernah menjadi ibu kota Turki pada zaman dahulu. Kami terus ke Ulu Cami atau Bursa Grand Mosque iaitu masjid tertua yg dibina pada 1399 dengan senibina Seljuk sewaktu pemerintahan Ottoman Sultan Bayezid dengan tulisan kaligrafi memenuhi dinding. Di Turki mesjid panggilan untuk surau manakala cami panggilan untuk masjid. Ulucami ini mempunyai 20 kubah yg bermaksud besarnya bersamaan 20 buah surau. Terdapat kolam air pancut di dalam masjid ini dan mengikut cerita orang tempatan kolam itu dibina sultan kerana murka dengan pemilik asal yang tidak mahu menjual tapak tanah rumahnya untuk pembinaan masjid. Maka kolam itu dibina agar tidak ada orang sembahyang di tapak itu. 



 Ulu Cami


Ulu Cami




Orait di sini saya faham peranan tour leader memberikan setiap info seawal kami menaiki bas hingga kini, mulut tour leader ini tidak letih memberikan info yang menarik mengenai apa sahaja mengenai Turki. 

Koza Han

Kemudian kami ke Koza Han yang dibina pada tahun 1491 sewaktu pemerintahan Ottoman Sultan Bayezid 11. Koza Han bermaksud silk cocoon market. Sewaktu pemerintahan awal kerajaan Ottoman, Bursa terkenal dengan pengeluaran sutera dan Koza Han merupakan pusat perdagangan sutera dan merupakan perhentian terakhir Jalan Sutera dari China. Ia dibina sebagai pasar jualan sutera dan cavanserai iaitu tempat rehat / ala ala hotel di zaman silam.   Bangunan ini masih lagi menempatkan bazar yg menjual pelbagai jenis sutera. Di sini kami berpeluang merasa teh Turki dan roti sesame yang  sedap.Turkish tea dihidangkan dalam cawan yang sangat kecil dan berharga 1TL bagi secawan teh. Roti sesame juga berharga 1TL dan kelihatan penjaja menjual roti ini dimana -mana. Menikmati teh dalam keadaan sekeliling yang cantik memang perfect untuk mengambil gambar. Di sini saya tidak membeli apa apa pun tetapi sibuk menangkap gambar kerana senibina Koza Han yang sangat cantik. Wah mungkin kami bernasib baik juga  mendapat tour leader yang pandai mengambil gambar dan melayan posing kami dengan ceria tanpa sekali pun menarik muka masam kerana keletihan melayan gelagat ahli rombongan.



Kemudian kami bergerak menikmati makan tengah hari di restoran Hunkar. Oh ya Bursa terkenal dengan Iskander Kebab dan kami dihidangkan Iskander Kebab bersama menu sup labu dan roti, kebab, sayuran salad di restoran berhampiran.

Green Mosque



Green Tomb
Selepas sejam disini kami berjalan kaki  ke Green Mosque atau  Yesil Came atau yg diberi nama kerana keunikan masjid ini berwarna hijau dalam senireka bentuk dalaman masjid ini dari senibina Ottoman yang dibina pada 1419 - 1420 oleh Sultan Mehmet 1 Celebi. Satu perkara yg agak membuatkan kami pelik kerana jika ingin mengambil air sembahyang, kami perlu berjalan keluar dari kawasan masjid dan membayar untuk masuk ke WC iaitu water cabin. Sesuatu yg tidak biasa bukan? Sepanjang saya merantau ke mana mana luar negara sekalipun hatta di Barat atau negara  bukan Islam..setiap masjid memang mengadakan tempat mengambil wuduk di dalam kawasan masjid. Kemudian kami berjalan kaki ke Green Tomb makam Sultan Ottoman ke lima iaitu Sultan Mehmed 1.





Destinasi kami seterusnya dengan menaiki bas ialah ke Cumalikizik perkampungan yang dilindungi oleh UNESCO. Diberi nama Cuma kerana kawasan ini merupakan tempat berkumpul setiap hari Jumaat. Terletak 10 km dari pekan Bursa dan di daerah Yildrim di kaki gunung Uludag.  Terdapat juga kizik (perkampungan) yang lain. Perkampungan ini sangat menarik dari segi rekaan bangunan yg unik dan tradisional yang masih mengekalkan senibina 700 tahun yang lalu di bawah kerajaan Ottoman.  Oleh kerana itulah tempat ini dilindungi oleh UNESCO sebagai warisan dunia. Masih ada lagi rumah -rumah yang dihuni oleh masyarakat disini. Aktiviti yang diadakan ialah jualan seni kraftangan sendiri dan buah buahan. Peniaga menjual secara kecil kecilan dan persaingan yg tinggi kerana mereka menjual barangan yg sama. Disini kami menghabiskan masa selama 40 minit untuk bersiar siar.


Cumalakizik
y

Perkampungan Cumalakizik



7 December 2014

Istanbul..Aku Datang

Istanbul..Aku Datang

TK 61
Semoga selamat pergi
Semoga selamat balik

Flight seawal jam 11.20 tengah malam. Ready fizikal untuk duduk for a long hours 11 jam..duduk sahaja! 
Ini merupakan kali pertama saya melancong menggunakan perkhidmatan travel agent. Pakej yang kami tempah dari Matta Fair menggunakan agen Apple Vocation  - Signature West. Well apabila menggunakan travel agent memang sangat rilex kami langsung tak buat homework untuk check harga tiket kapal terbang untuk booking, survey hotel atau survey tempat yang nak pergi untuk membina itenary sendiri seperti yang biasa kami sibukkan. 

Dari beberapa hari lepas, tour leader kami Mr Forester Ong telah menghubungi saya dan memberikan breafing yang agak detail tentang apa yang perlu kami lakukan dan email untuk update tentang aktiviti kami nanti. Check in hotel sangat smooth kerana tour leader sangat cekap dan cuba arrange kami mendapat tempat duduk mengikut klik.

Pengalaman pertama menaiki Turkish Airways. Semoga perjalanan selamat pergi dan balik. Beza jarak masa 6 jam lewat dari KL. Boarding flight je dah ready untuk serve kepada kami makan malam. Menu fillet ikan salmon, lemon butter, brocolli and cherry tomato with saffron rice. Dapat sepotong kek juga sour cherry cake.

Untuk breakfast menu seasonal fresh fruit. Orait tekak menolak balik so makan assorted cheese, scrambled eggs, chicken and cheese toast, sauteed mushrooms, roasted tomato and grilled green pepper. Bread and butter. 

Akhirnya selepas 11 jam 20 minit kami selamat mendarat di Istanbul dan sempat melayan movie Blended. How we wish to go Cape Town as our wishlist...huhu Turki pun belum jejak kami dah berangan dalam flight penangan movie Blended.


6 December 2014

Transformasi Kolej Vokasional

Transformasi Kolej Vokasional

7 -11am  drive from KL - Alor Pongsu 
4.30 pm - 6.00 pm rushing to airport Penang
8.20pm  flight Penang - KL
 

Isu Kolej Vokasional Malaysia antara isu yg menjadi topik minggu ini dalam whatsapp group. Memandangkan sekolah vokasional yang dilalui dahulu, memerlukan kelayakan akademik yg rendah dalam PMR atau SRP maka sekolah itu selalu menjadi pilihan pelajar yg berkebolehan dalam bidang kemahiran tetapi lemah dalam akademik. Syarat yg diperlukan juga ialah minimum D dan ada beberapa mata pelajaran sekadar lulus. Memandangkan keputusan PT3 akan keluar tidak lama lagi dan pelajar sudah mula key in untuk permohonan online KV isu ini di share ke merata media sosial. 

Walaubagaimanapun dengan penubuhan Kolej Vokasional Malaysia, para guru diingatkan bahawa pelajar yg memilih aliran KV ini pada masa kini bukanlah calon yang lemah akademik. Dalam melahirkan pekerja mahir dalam bidang kemahiran, kelulusan pelajar di PT3 ini diperlukan antara gred A / B/ C dan hanya dua kursus tertentu sahaja memerlukan gred D. Ini bermakna pelajar KV ialah pelajar yang bukannya tidak pandai tetapi pelajar yang bukan akademik. Kursus di KV menawarkan sijil pra diploma iaitu taraf skm tahap 1 dan diploma taraf skm tahap 4. Bahasa Melayu diiktiraf oleh LPM dan JPA setaraf BM SPM yg membolehkan lulusan KV bekerja dalam perkhidmatan JPA. Semua kursus kemahiran boleh dijalankan di KV , Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta. 

Dengan syarat kelayakan terbaru tersebut, pelajar yang terpilih perlu berminat mengikuti kursus di KV kerana kuota pelajar pada setiap kursus yang diikuti adalah terhad. Jika pelajar menarik diri pada tahun terakhir atau tahun kedua, ia telah menjejaskan peluang yang sepatutnya diberikan kepada orang lain yang boleh meneruskan pengajian hingga tamat. Oleh kerana itu, KV tidak lagi dipandang sebagai tempat pilihan terakhir untuk pelajar yang tidak minat belajar kerana pencapaian akademik PT3 yang sangat rendah seperti mana signifikannya sekolah vokasional di era 90an dulu untuk pelajar yang lemah pencapaian SRP dan seterusnya lemah PMR atau bermasalah disiplin memilih kemahiran dan seiring dengan kelayakan masuk juga yang sangat rendah serendah D untuk kebanyakan kursus yang ditawarkan.

4 December 2014

Kursus Minda Bawah Sedar Vol 2

Kursus Minda Bawah Sedar Vol 2

Rushing here and there

Bersambung kursus semalam. Hari ini lebih kepada praktikal dengan menggunakan fokus titik tertentu, menggunakan jari tangan, menggunakan pendulum dan memahirkan kami untuk menggunakan apa yg dipelajari semalam. Hari ni juga kami belajar teknik deepening. 

Melihat beberapa demo yg dijalankan oleh En Halmi yang dah pakar, bagaimana menggunakan teknik yg dipelajari hari ini untuk membantu sama ada mengubah ke tingkah laku yg lebih baik, atau cara berinteraksi sewaktu dalam minda bawah sedar untuk post mortem fikiran klien. 

Terus terang saya katakan saya memang terpegun! Tapi terus terang juga saya merasakan entah bila saya mampu ke tahap itu bermain dengan minda bawah sedar orang lain. Oleh kerana kami baru mempelajari kursus ini untuk 2 vol sahaja maka En Halmi meminta kami sentiasa mempraktiskannya untuk memahirkan sekurang kurangnya induksi, ujian kepekaan, teknik sugesti dan deepening. 


3 December 2014

Kursus Minda Bawah Sedar Vol 1

Kursus Minda Bawah Sedar Vol 1

Alhamdulillah! Operation done
We glad, you smile..Sepul.

Kursus bermula pukul 9 pagi di PPW Bangsar Pudu. Kursus dikendalikan oleh Encik Halmi coach kursus ini yang pernah memberi kursus pengenalan hipnosis ini pada kursus keupayaan minda di Melaka pada akhir Ogos lalu. Seronok jugak ilmu baru  ini. Kami belajar mengenai teknik induksi..teknik sugesti..teknik mengenal pasti klien yg mudah atau susah untuk dihipnosis. Coach Halmi mempunyai master dalam bidang hypnosis ini dan mempunyai klinik sendiri. Bayaran diambil serendah rm80 untuk kursus vol 1 ini selama 4 jam. Oleh itu untuk group kami yg majoriti ahli flying skuad kami perlu membayar sebanyak rm160 sahaja untuk dua hari berkursus yg diadakan di PPW Bangsar Pudu. 
Hari ini lebih kepada sejarah hipnosis dan pengenalan kepada tahap tahap dalam minda manusia. Kami berlatih skrip untuk membina rappo dengan klien seperti sesi penstrukturan pada sesi kaunseling. Keizinan juga diminta untuk memulakan sesi dan seterusnya mengenalpasti tahap keupayaan klien dihipnosis dengan menjalankan ujian terlebih dahulu. Ujian mengeraskan tangan dan membengkokkan tangan dengan mendengar arahan dari orang yg menjalankan hipnosis. 
Kemudian barulah memberi sugesti dengan mengikut skrip yg diberikan. Menariknya ilmu ini ialah ia mengajar bagaimana minda separuh sedar manusia dan minda sedar manusia berfungsi dan memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang. 
Menarik bukan? 

2 December 2014

Instrumen Fungsional Guru Kaunseling

Instrumen Fungsional Guru Kaunseling


The same boiling water
That hardens the egg
Will soften the patato
And makes coffee beans smell good
Depends upon an individual's reaction 
To stressful circumstances.

Hari ini boss menunjukkan instrumen penilaian bersepadu  pegawai perkhidmatan pendidikan untuk guru kaunseling. Instrumen yang sangat  jelas untuk kita check satu persatu untuk menilai kendiri terlebih dahulu sejauh mana dimensi, elemen dan aspek yang dinilai itu ada dijalankan atau tidak. Penilaian dijalankan melalui semakan bahan, temubual, pencerapan dan pemerhatian atau menggunakan dua kaedah penilaian bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Instrumen yang lebih lengkap boleh diupload melalui laman web.
                         Sila klik di sini  instrumen fungsional guru bimbingan dan kaunseling
 


INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP): INSTRUMEN FUNGSIONAL KAUNSELOR

KOD DIMENSI, ELEMEN DAN ASPEK.

DESKRIPSI 

KAEDAH PENILAIAN PEGAWAI PENILAI BOLEH MENGGUNAKAN SATU ATAU LEBIH DARIPADA SATU KAEDAH PENILAIAN BERDASARKAN KESESUAIAN UNTUK MENINGKATKAN KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PENILAIAN 

ARAS PENILAIAN: CEMERLANG, BAIK, SEDERHANA, LEMAH 

KAEDAH MENILAI : SEMAKAN BAHAN, TEMU BUAL, PENCERAPAN , PEMERHATIAN 



 KEMAHIRAN E1 PERANCANGAN A1.1 PERANCANGAN DAN HALA TUJU 

PERANCANGAN PROGRAM/ AKTIVITI
Keupayaan kaunselor untuk:
Mengenal pasti bidang tugas utama
Membuat analisis keperluan
Menepati kumpulan sasaran
Menyediakan anggaran belanja mengurus

Bahan semakan:
Surat/ memo arahan pekeliling berkenaan
Fail Meja
Manual Prosedur Kerja
Takwim
Instrumen analisis keperluan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Bajet tahunan
Perancangan strategik

Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut: 
paparan visi dan misi di bilik B&K, 
buku rekod B&K, 
papan kenyataan dan fail meja dokumen perancangan strategik 
dokumen perancangan tahunan soal selidik 
 kajian keperluan dokumen lain yang berkaitan 

Bagaimanakah anda merancang visi dan misi perkhidmatan B&K? 
Bagaimanakah visi dan misi perkhidmatan B&K boleh di capai? 
Apakah usahausaha yang dirancang untuk mencapai visi dan misi perkhidmatan B&K? 
Soalan-soalan lain yang berkaitan Jika perlu 

A1.2
PERANCANGAN PEMANTAUAN
Keupayaan kaunselor untuk:
Mengenal pasti kumpulan sasaran pemantauan
Mengenal pasti instrumen pemantauan
Menyediakan jadual/ takwim pemantauan
Memastikan perancangan mematuhi SOP pemantauan

Semakan Bahan:
Instrumen pemantauan
Takwim pemantauan
Data kumpulan sasaran
Surat / memo pekeliling berkaitan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)


E2;PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.1 PELAKSANAAN SESI KAUNSELING/ BIMBINGAN/ KONSULTASI/ADVOKASI

Keupayaan kaunselor untuk:
Mengendalikan sesi secara profesional
Menyediakan laporan sesi yang dijalankan
Memberikan maklum balas
Memberi konsultasi dan advokasi jika perlu
Mematuhi etika kaunseling

Semakan Bahan:
Borang-borang sesi kaunseling
Akta 580
Surat / memo arahan yang berkenaan
Sasaran kerja tahunan



A2.2 APLIKASI INSTRUMEN PSIKOMETRIK/ UJIAN PSIKOLOGI
Keupayaan kaunselor untuk:

Mengenal pasti instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Mentadbir instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Menyediakan profil dan laporan instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Membuat tindakan susulan berdasarkan dapatan instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Beretika semasa pengendalian instrumen psikometrik/ ujian psikologi

Semakan Bahan:
Borang perkhidmatan instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Buku log instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Instrumen psikometrik/ ujian psikologi
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)


PERLAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
Keupayaan kaunselor untuk:
Mengenal pasti program/ aktiviti
Mengenal pasti kumpulan sasaran
Menyediakan kertas kerja/ cadangan
Melaksanakan program/ aktiviti yang telah dirancang
Menyediakan dokumentasi program
Menganalisis impak program
Pekeliling/ surat/ memo/ minit mesyuarat yang berkaitan
Kertas kerja/ cadangan
Borang penilaian program/ impak program
Dokumentasi program
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)


E3 PENTAKSIRAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A3.1 PEMANTAUAN KES/PERKHIDMATAN

Keupayaan kaunselor untuk:
Mengenal pasti isu/ kes yang memerlukan pemantauan
Mengenal pasti kumpulan sasaran
Melaksanakan pemantauan berdasarkan prosedur yang ditetapkan
Laporan pemantauan
Tindakan penambahbaikan

Semakan Bahan:
Surat atau memo arahan yang berkenaan
Borang/ Instrumen pemantauan
Borang Maklum Balas/ Laporan Pemantauan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Jadual Pemantauan

1 December 2014

AJK Dokumentasi

AJK Dokumentasi


The negativity of the words
Can't put you down
UNLESS
You allow it to get inside you


Hari ini singgah sekolah sekejap walau tak lama tapi 3 jam juga. Dilantik selaku AJK Dokumentasi Sekolah memang hari terakhir sekolah hingga masuk cuti sekolah mengejar dokumentasi ini. Pengetua baru ni memang menitikberatkan laporan dokumentasi hingga meminta AJK program untuk membuat 3 salinan setiap program yg dijalankan dan diserahkan satu untuk simpanan pengetua sendiri, simpanan setiausaha program dan satu lagi simpanan AJK Dokumentasi sekolah. Siap dicatat nama saya di dalam borang penutup akhir tahun sekolah kepada semua guru untuk menyerahkan dokumentasi program kurikulum kepada saya untuk ditandatangani dan disahkan. Buku dokumentasi program kokurikulum kepada Pn Rozinani dan program HEM kepada Cikgu Padali.
Pengetua memandang berat dokumentasi sebagai eviden perlaksanaan program dan AJK yg menjalankan tugas. Pengalaman pengetua sendiri di sekolah lama menyimpan data dan eviden untuk memudahkan penilaian terhadap sekolah dan seterusnya mendapat bi'ah.
Nampaknya tahun depan saya perlu menyediakan format dokumentasi agar guru yg terlibat sebagai AJK Dokumentasi program dapat menyediakan laporan dengan seragam. Nampak cantik sikit bila dalam simpanan dan format isi pun memenuhi format penyediaan dokumentasi.

 

Telegram Channel