Ke Pulau Sibuan
Telegram Channel
10 November 2026
Day 2 : Semporna- Pulau Bohey Dulang- Pulau Sibuan- Mabul
Assalamualaikum
*DAY 02: SEMPORNA - BOHEY DULANG - SIBUAN- MABUL ISLAND (L/D)*
Morning Semporna!
Ambil breakfast dulu. Nasi kuning makan dengan ikan tongkol sambal dan telur rebus. Sedap gak.
Ready untuk ke next station Pulau Bohey
Pulau Bohey Dulang merupakan antara pulau paling cantik dan terkenal di Semporna, Sabah. Pulau ini sangat istimewa kerana mempunyai sejarah geologi gunung berapi purba yang membentuk lagun laut berwarna biru kehijauan. Kawah gunung berapi yang telah ditenggelami air laut membentuk lagun semula jadi. Lokasi: Semporna, Sabah, di perairan Laut Sulawesi. Keluasan: Kira-kira 313 hektar. Kedudukan: Pulau kedua terbesar dalam Taman Marin Tun Sakaran.
Ketinggian: Puncak tertinggi mencapai kira-kira 353 meter dari aras laut.
Kami berada di sini untuk hiking dan bagi yang tidak hiking tu melepak bawah dan bergambar dari pondok pondok. Huhu sayalah tu 😂😂
Menariknya, jika Bohey Dulang terkenal dengan panorama lagun dari puncak bukit, Kami bergerak ke. Pulau Matabuan pula yang lebih dikenali dengan keindahan dunia bawah laut. Pulau ini merupakan antara lapan pulau yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran, yang diwartakan pada Julai 2004 bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar dan sumber marin.
Pulau Matabuan (Mantabuan) ialah sebuah pulau kecil yang terletak di perairan Semporna, Sabah. Pulau ini terkenal dengan keindahan terumbu karang, air laut yang jernih dan kehidupan komuniti Bajau Laut. Keistimewaannya ialah suasana pulau yang lebih semula jadi dan kaya dengan ekosistem marin.
Kami berada di sini sekitar sejam ..Ada pantai dan boleh makan makan
Pulau Sibuan merupakan antara pulau yang sangat cantik di Semporna, Sabah. Pulau ini terkenal dengan pantai pasir putih, air laut biru kehijauan, pokok kelapa yang tinggi dan kawasan terumbu karang yang menarik.
Pulau Sibuan juga dikenali sebagai Battleship Island kerana bentuknya yang panjang dan unik seperti sebuah kapal perang apabila dilihat dari udara.
Snorkeling 45 minit di sini dan kami rushing untuk kembali ke Semporna sebelum gelap untuk masuk ke Pulau Mabul. Naik bot dari pulau sibuan ke Semporna dah hampir 5.30 petang.
Kami berlari lari melalui perkampungan Air untuk menuju ke masjid berhampiran. Maklumlah pukul 6 dah maghrib..Masjid Ar-Rahman mempunyai sejarah hampir 90 tahun jika dikira daripada pembinaan asal sekitar tahun 1937. Pada peringkat awal, masjid ini dikenali sebagai Masjid Kampung Air.Pada 23 September 1967, dinaik taraf dan dinamakan masjid baharu itu sebagai Masjid Ar-Rahman.
Selesai solat di Masjid , kami melalui bandar pula .suasana ramai orang yg masih lagi ke pasar dan kedai buah buahan
kami ke jeti meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul. Pemandangan di laut untuk senja nan merah memang wow. Allahuakbar cantik dan syahdu.
Orait koleksi gambar gambar dari kamera ahli rombongan dan agent. Majority dari Afiqah yang suka bergambar dan mengambil gambar hihi..
- Breakfast (8:00) pagi ambil direstoren yg kami dinner malam tadi.
Restoren ni ambik mood je kami bergambar ada udang besar ni hihi
- Proceed to *Bohey Dulang Island
Makan di Matabuan
Ke Pulau Sibuan
Terima kasih tembikai yg fresh
Kami begegas ke masjid dan melalui jln pasar dan org yg masih busy jual beli
- Transfer to *Mabul Island*
Day 1: Program Majlis Guru Cemerlang KL ke Tawau, Sabah.
Hari ini 6 Nov join MGC program komuniti flyyy ke Tawau Sabah untuk program 4 hari 3 malam program MGC bersama di Tawau Sabah. Kami menggunakan agen Wanago di KL. Sangat mudah berurusan. Ada 15 ahli rombongan yang turut serta. Program yang dirancang dari Feb 2026. Oh ada seorang GC dari Selangor join juga. Tq Shima
Ok laparrr last mkn roti pukul 3 petang.
Maka Kami jalan kaki ke Anjung Seafood Mengadap laut. Sangat meriah waktu malam. Saya Order udang lipan goreng garam hihi. Rasanya memang sedap bolehlah nak buat rasa rasa. Bila goreng isinya sikit je
Bergerak dari airport Tawau ke Semporna Sabah .
Subscribe to:
Posts (Atom)
NURHAIZA CHE MAT
Popular Posts
- Dibuang sekolah: Peluang Kedua?
- Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di Sek Men Harian Biasa
- SPM Serendah 3 kredit dan Gagal :Institusi Untuk Dituju
- Soalan Lazim: Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2016/2017
- Kepentingan Pendaftaran SPM Ulangan Bulan Jun.
- Borang Keberhasilan Akhir Guru Kaunseling 2021
- Takwim UBK SMK Cheras 2022
Blog Archive
Label
artikel/kajian
blackcoffeewithsugar
buku dan karya kreatif
Cherasian
counseling approach
course
dokumentasi
DWEN
google classroom
guru cemerlang
guru kaunseling
Guru Kaunseling Pudu
Guru Kaunseling WPKL
Guru Penyayang
inovasi
inspirasi MGKKL
kajian tindakan
Kelab & kerjaya
kelab kerjaya
kertas kerja
KLCA
kurikulum
MGKK
mind and soul
peer
pembangunan sahsiah
pembimbing rakan sebaya
pengurusan
pengurusan UBK
peningkatan disiplin
PERKAMA
portal DL
Program 3K
program minda sihat
projek permata
psikometrik
psikososial
Qa
sahsiah
sarana
sistem DeKS
Southern Star
SUIT
travel oversea
trip local
VLE Frog
Yayasan Pendidikan Cheras
youtube
Telegram Channel