21 November 2013

Homestay Kepimpinan di Parit Penghulu, Melaka




November dan Disember saya akan update mengenai tempat tempat menarik yang pernah UBK anjurkan untuk program kepimpinan dan lawatan. Program ini dianjurkan pada tahun 2010 untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya.

Homestay parit penghulu, melaka pertama kali kami ke mari. Pelajar dan guru ditempatkan di beberapa buah rumah yang terdapat di sini. Aktiviti homestay di sini memang meriah. Para pelajar yang tidak pernah mempunyai kampung akan seronok menikmati pengalaman baru. Kami mengadakan modul kepimpinan tetapi dengan pendekatan di homestay . Tidak ada masalah bagi peserta yang berbilang kaum ini untuk menempatkan diri mereka dengan suasana di sini dan bergaul dengan masyarakat setempat.

Sambutan kompang 

Demo perusahaan kampung


Team building

Aktiviti di kebun kelapa sawit


Berjalan menggunakan terompah gergasi

Lari dalam guni

Upih 

Teruja tengok ternakan kambing

Berbasikal di sekeliling homestay

Mencuba membuat berus dawai

Gagau belut

Aktiviti kebudayaan waktu malam



 

Telegram Channel