Salam Jumaat
Surah Al Kahfi
Surah Al Kahfi
Imbas kembali pelancaran program guru penyayang Januari 2013. Selaku setiausaha program Guru Penyayang saya memikirkan gimik untuk pelancaran program. Dan terlintas untuk menyediakan kek dan membuat acara suap menyuap. Apalagi..Saya dan exstudent PRS saya Zahidah Mohd Sharif bertungkus lumus di dapur rumah saya pada hari minggu untuk menyediakan cheese cake sebanyak hampir 36 kotak untuk program pelancaran guru penyayang ini. Melalui aktiviti ini, setiap mentor akan diberi sekotak kek yang diedarkan oleh ahli PRS saya. Semua mentor akan berada di hadapan kelas mantee masing- masing di tapak perhimpunan. Selepas ucapan perasmian, mentor akan menyuap kek kepada semua pelajar dalam kelasnya. Manakala ahli PRS dan pengawas akan menyuap kek kepada para pentadbir. Aktiviti ini meriah dengan suara ketawa masing- masing dan sangat happening! Semua orang sporting untuk memeriahkan acara ini. Ia simbolik yang bermaksud bahawa guru umpama ibu bapa atau ahli keluarga yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain.