Total Pageviews

7 December 2013

Kedamaian Tanah Aina Farrah Soraya: Family Day PRS F5/2012

Mendengar bunyi air sungai
Mengalir deras di sebelah
Bunyi unggas hutan
Dalam kesejukan hujan
Mendamaikan dan melenakan
Terjaga pukul 1.30 pagi
Mencoret catatan


Dah lama tak masuk hutan untuk bercamping. Last masuk hutan program Kem Kepimpinan itupun tinggal dalam chalet kem hanya nightwalk sekejap sahaja masuk hutan. Program akhir tahun ni merupakan program jalan jalan meraikan PRS Ting 5 yang telah menamatkan peperiksaan SPM 2013. Pada tahun ini, batch SPM ni memilih Disember untuk projek jalan jalan mereka.

Pemilihan Tanah Aina Farrah Soraya ini hasil dari rekemen kawan kawan dan pencarian google.
http://www.tanah-aina.com

Pada mulanya plan berjalan lancar sehinggalah hujan turun dengan lebatnya dalam minggu untuk ke sana sehingga isu Kuantan banjir. Pada ketika inilah huru hara persiapan nak pegi trip. Ibu bapa mula risau termasuklah saya. Berurusan dengan pihak resort sejak mid November lagi. Memandangkan pada tarikh tersebut tempat ini penuh dan yang available hanyalah khemah sahaja untuk penginapan. I just grab coz tgk kat web mmg selesa khemah yang disediakan dan deposit 50 persen dah dibayar untuk pakej RM 250 seorang bagi program 2 hari 1 malam. Tapi apabila isu Kuantan banjir semua pihak risau kerana trip ini di Pahang. Saya plan untuk tangguhkan dan partner pun setuju kerana dia baru balik dari pantai timur iaitu Kelantan dan melalui lebuhraya Karak. Cuaca juga semakin buruk kerana hujan berterusan minggu ini. Saya minta student set group whats app tanah aina untuk memudahkan komunikasi antara kami. Well minggu ni mmg busy layan whats app group ni sampai mlm...huhu sebab biasanya lately selepas pkl 8 saya memang tak suka dah nak berkomunikasi time weekdays...mujurla SPM dah habis dan cuti sekolah just attend sekolah untuk aktiviti tak formal je sek je bolehla layan whats app sampai ke mlm. Pada mulanya nak tukar date ke 11 -12 dis tapi pihak ecoresort kata bayaran tambahan 30 persen dikenakan dan mereka memberi jaminan mengenai tahap keselamatan air dan kawasan disitu barulah kami kekal dgn plan asal. 

Pada hari Sabtu kami menunggu di hadapan sekolah, sepanjang jalan hujan mula turun dengan lebat dan saya mula risau. Ramalan cuaca pun mengatakan sepanjang hari hujan akan turun..redha jelar. Sampai di pekan Bentong kami berhenti rehat dan makan kemudian menghubungi driver lori Tanah Aina yang akan menunngu di tepi jalan untuk membawa kami ke dalam resort. Pengalaman menaiki lori dengan student dengan jalan ala-ala four wheel drive tu mmg memeningkan dan kami asyik gelak saja dari mula hingga turun lori. Sampai saja di sana, layanan first class tak macam ecoresort yang pernah saya pergi. Walaupun kami hanya menginap di khemah sahaja, turun saja dari lori kami diberikan payung dan welcome drink menyambut kami. Pekerja yang sangat peramah melayan kami. Mengangkat beg dari lori hingga ke khemah macam dilayan tinggal di hotel ! Sementara menunggu makan tengah hari kami melepak di gazebo yang mempunyai binaan dari kayu yang cantik sambil membaca buku , menonton televisyen dan menangkap gambar.

Makanan tengah hari disediakan di ruang makan yang kemas dan sangat bersih dengan pilihan makanan buffet yang banyak. Kelihatan semua student puas hati. Surau disini adalah surau terbuka tanpa ada halangan bab ni je yang kurang selesa terutama bagi peserta perempuan. Oleh itu kami bersolat di dalam khemah sahaja. Tandas dan bilik air memang banyak dan kebersihan tandas dan deko setaraf hotel 3 bintang ke atas. Pukul 2.30 kami menunggu di dewan terbuka. Alhamdulillah cuaca baik dan hujan berhenti maka plan petang ni untuk trekking ke waterfall menyusuri sungai akan diadakan. Kami diminta memakai life jacket sepanjang masa dan menyimpan barang berharga di lobi dengan setiap beg ditag dengan baik. Journey bermula menyusuri air sungai dengan diawasi oleh beberapa pekerja resort ini yang sentiasa tersenyum dan sedia membantu membuatkan trekking menjadi sesuatu yang menyeronokkan terutama kepada student. Apa taknya kamera dan handphone tidak dipegang kena mintak ihsan la dari orang resort untuk sentiasa mengambil gambar mereka. Pengalaman menyusuri sungai yang deras walaupun hanya beberapa minit tetapi agak trauma bagi yang tidak berani untuk melakukannya walau pun bantuan tali dan orang resort di merata -rata. Kami menghabiskan masa hampir sejam di air terjun. Di situ ada pangkin terjun bagi yang berani mencuba. Apalagi peluang yang ada tidak dilepaskan oleh peserta yang berani. Teringat zaman belajar diploma perikanan dulu, terjun dari papan anjal dan kapal UPM setinggi tingkat dua blok memang gayat!! Cukupla pengalaman itu taknak lompat lagi..huhuhu. Cuaca mula mendung dan air mula kelihatan deras dan pekerja resort meminta kami semua bergerak pantas kembali semula ke resort melalui jalan trekking sewaktu kami datang ke situ. Kemudian kami menikmati minum petang yang menyelerakan ..buah durian dan bubur durian sampai berbiji -biji saya makan sampai terasa mabuk durian dah petang tu. Berehat di gazebo sambil berbaring mendengar aliran sungai yang deras sangat mendamaikan.

Pada waktu malam, menu makan malam ialah BBQ dan nasi goreng dengan pelbagai menu yang banyak. Kami menikmati makan malam sambil berbual dengan privacy kami sendiri kerana group kami makan di ruang makan yang agak terpisah dari group lain..haha keistimewaan datang awal jadi dari check in lagi tempat ni menjadi tempat lepak group kami. Orait malam ni agenda nightwalk tak dapat dijalankan kerana hujan  so student ambik kesempatan main indoor game macam ping pong dan menonton trekking petang tadi dan menonton DVD sahaja. Pada masa ini saya tak join mereka kerana masuk dalam khemah berbaring tetiba rasa best je..haha alasan sebab mendengar aliran sungai di sebelah je yang mendamaikan sebab khemah betul betul mengadap sungai, bunyi serangga hutan dan hujan yang turun memang melenakan. Terjaga pukul 1.30 pagi terdengar student masih berbual takpelah tak tido pun bukan program kem memang projek ni untuk suka-suka so its alright diaorg enjoy.

Esok pagi seawal pukul 6 pagi saya mengejutkan student untuk solat dan ready untuk trekking melihat matahari naik. Pukul 6.45 pagi kami ready dan trek ke atas. Cuaca memihak kepada kami kerana dapat membuat aktiviti ini. Subhanallah pemandangan yang sangat indah dari atas dengan kabus yang tebal dan udara yang sangat segar. Kami trekking selama 20 minit dan menikmati pemandangan di atas selama 45 minit bergambar dengan pelbagai aksi. Kami mula turun apabila hujan turun dengan renyai -renyai dan melalui jalan yang becak. Tiba di khemah, sarapan pagi telah disediakan dengan pelbagai menu. Kami melepak hampir sejam berbual sambil makan. Kemudian cuaca cerah dan hujan berhenti turun, apalagi masing -masing geram je nak mandi air sungai. So there we are...sejuknya.. Bersiap untuk balik kami mengemas khemah masing-masing. Sekali lagi pekerja resort datang untuk mengangkat beg kami ke ruang pendaftaran dan menaiki lori. Apa yang menarik ialah kejujuran dan layanan pekerja di sini, sewaktu kami tiba di tempat parking bas, student saya memaklumkan bahawa kasut sukannya tertinggal dan seorang student lagi memberitahu handphone nya tertinggal. Kami menelefon pihak resort dan 30 minit kemudian barang-barang yang diminta dibawa oleh pekerja resort. Sangat berbaloi pakej di sini walaupun pada mulanya saya merasakan pakej di sini mahal dengan RM 250 seorang untuk tinggal dikhemah selama 2 hari 1 malam sahaja. Tetapi bukan sahaja disebabkan oleh makanan yang sedap dan pelbagai menu, tetapi khemah yang selesa dan perkhidmatan dan layanan yang sangat memuaskan untuk datang lagi ke tempat ini dan rekemen kepada orang lain...betul-betul terasa bercuti!

No comments: