Total Pageviews

8 December 2013

Posing di Bukit Tinggi

Alang alang layan
Trip student habis SPM
Sampai terlajak ke Bukit Tinggi

Sesuaila dengan statement di atas, alang alang berjalan biar sampai balik malam huhu bila kami check out dari Tanah Aina pukul 11.30 pagi dan perjalanan hanyalah sejam sahaja maka student mulalah resah sebab sampai KL pukul 1 tgh hari which is bagi diaorang awal sangat sampai rumah sedangkan masa masih ada untuk singgah di mana mana.

Sehinggalah partner mencadangkan Bukit Tinggi http://www.malaysiavacationguide.com/bukittinggi.html

iaitu tempat pelancongan yg terletak on the way back to KL di Bentong, Karak so bas takde extra charge untuk ke sana. So there we are...orait yang tak bestnya masa bas menaiki bukit saya dah pening lalat dan bertukar jadi mabuk dah. Ya..saya mmg ada masalah tempat tempat tinggi ni mcm saya pernah pegi Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Fraser ke sebab saya akan pening dan mabuk perjalanan dan ia benar benar menjejaskan mood saya selepas itu. Sebab itu saya cuba mengelak kalau nak kena pergi lagi tempat macam tu. And again kena pegi tpt tinggi ni mcm terlupa pasal kelemahan tu..sampaila rasa pening nak muntah la alahai cikgu....
Sampai  di Colmar kami perlu menunggu shutter bus. Memang ramai beratur menunggu so kami bercadang menggunakan 2 kereta iaitu avanza dan viva exstudent yg join kami, untuk naik ke Japanese Village. Tiba di atas hujan dah turun renyai renyai. Mmg matlamat asal nak berposing je so apalagi main tangkap gambar je la. Di Japanese Village pakaian kimono disewa untuk menangkap gambar disekeliling tempat ini yang berlatarbelakang kawasan rumah budaya Jepun tapi takda seorang pun yang nak menyewa kimono tu. Kami berpeluang melihat istiadat Jepun minum air teh. Kemudian ke kedai cenderamata tempat wajib tu..dan tidak singgah ke Taman Botani just rush ke Colmar pula.

Di Colmar bangunan berbentuk senibina di Perancis pula. Kami berada di sini selama sejam sahaja. Di sini terdapat persembahan kebudayaan iaitu aksi akrobatik dari penari Cina. Kemudian kami melalui blok blok kedai di situ dan terus menuju ke tingkat tiga bangunan untuk menangkap gambar dari pemandangan atas pula. Puas menangkap gambar, kami turun dan pelajar berpeluang beramah mesra dengan moskot Tom and Jerry. Pukul 5.10 kami bertolak pulang ke KL dan hanya singgah sebentar di Hentian Gombak untuk solat sebelum meneruskan perjalanan dan tiba di sekolah pada pukul 6.50 petang.

No comments: