12 May 2014

Perkongsian Jabatan Penjara Malaysia

Alone....UBK
My first collague cuti kecemasan
My second collague cuti bersalin
My third collague cuti sakit

Hari ini ada program ad hoc. PK HEM minta arrange kan program di dewan masa hari Jumaat lepas. So buat jela.Memandangkan hanya ting 3 yg tiada exam, maka peserta perkongsian ini diambil dari tingkatan 3 kecuali 3A, 3B dan 3C. Perkongsian pengalaman yang menarik dari Encik Abdul Aziz Bin Abdul Jalil selaku Penyelia Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia. Menarik minat pelajar untuk bersoal jawab kes pesalah dalam penjara. Paling menarik bab dirotan. Rotan akan direndam dengan air garam agar esok lebih berat supaya rotan tidak tersasar ke tempat yang tidak sepatutnya. Jika dirotan lebih dari tiga kali contohnya 6 kali rotan maka rotan keempat akan disasar ditempat kulit yg pertama dirotan tadi...perghhh..pelajar yg mendengar masing masing mengerut dahi tanda sakit. Hukuman rotan juga serentak pada hari itu. Doktor akan check kesihatan pesalah. Jika dirotan 4 kali dan tetiba pesalah pengsan dan doktor yg check sahkan body pesalah dah tak dapat menerima rotan yg seterusnya maka hukuman rotan dihentikan dan tidak ditunda! Ia dianggap selesai walaupun hukuman yg dijatuhkan 6 kali rotan berbaki 2.

Satu lagi fakta menarik ialah wujudnya rumah perlindungan ibarat transit untuk banduan yg akan dilepaskan lagi beberapa bulan. Jika didapati bersalah sewaktu tempoh transit itu, maka akan diletakkan di penjara semula. Pelbagai agensi boleh melawat rumah ini dan adakan program ceramah dan perkongsian pengalaman dengan banduan di sana. Makanan juga disediakan kepada pelawat. Menarik pulak nak arrange satu trip ke sana.
 

Telegram Channel