19 February 2015

Terapi Ziarah Buat Insyirah

Kegembiraan bangsa Cina
Meraikan Tahun Baru Cina


Hari ini cuti umum. Saya terasa nak pergi menjenguk Rozi untuk melihat anaknya selepas biopsy tempoh hari. Hari pertama selepas biopsy Insyirah tak berapa ok...asyik muntah dan sakit dengan casing simen barunya atau dipanggil plaster of paris. Doktor mengesan ada ketumbuhan tetapi tidak mahu bercerita lebih lanjut dan menunggu keputusan biopsi selepas dua minggu proses tersebut dijalankan. Tengah hari saya dapat misscall dari Rozi, hairan kenapa dia menghubungi saya lantas saya cuba menelefon kembali berulang kali sambil hati risau kerana dia tidak menjawab. Apabila dia cuba menghubungi saya semula..laju je saya bertanya kenapa? Oh rupanya Insyirah bermain telefon dan menekan nombor saya. Macam tau tau sahaja budak tu saya akan menjenguk dia petang ni. 

Tiba di rumah Rozi dah pukul 6.45 petang, seronok tengok Insyirah dah aktif ..tak mengaduh sakit. Casing simen badannya juga sudah ditukar dan nampak dia selesa dengan casing baru itu. Selera makan ada cuma risau tengok baby Rozi pulak. Rabu lepas Rozi membawa baby ke klinik untuk discan X ray pula..dan doktor mengesan sesuatu pada paru-parunya sedikit jangkitan kuman..Satu persatu diuji di bulan Februari ini. Baby itu juga perlu dimasukkan ke wad tetapi Rozi meminta agar doktor dapat membekalkan ubatan agar dapat dijaga sendiri di rumah tanpa perlu ke wad memandangkan tumpuan pada Insyirah dan anak-anak lain. Sekarang perhatian saya pada baby tu pulak...semoga selamat dan bebas dari penyakit yang membahayakan ...doa dari sahabat dalam hati. 
 

Telegram Channel