11 March 2015

Aktiviti Kelab Kerjaya 3/15

Perjumpaan kelab kerjaya hari ini antara kelab yg diuruskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Perjumpaan ketiga pada tahun ini dan hari ini kami menggunakan modul Cita Cita Ke Kerjaya bagi sesi petang dan bagi sesi pagi 35 pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pelajar ting 5 bersama saya membuat persiapan Minggu Kerjaya. Ahli kelab ting 5 perlu mencari maklumat IPTA untuk dipamerkan sewaktu pameran hari kerjaya nanti. Manakala ting 3 dan 4 berpecah dua. Bagus juga ada cikgu cikgu praktikal ini yg sangat membantu mengendalikan ahli kelab ting 3 dan 4 dengan aktiviti faktor penarik kerjaya untuk dibincangkan dengan kelompok masing masing.

Keep our dreams alive
And we will survive



4 comments

salam
saya baru bersekolah di kolej vokasional tahum 2018 berumur 16 tahun dan mahu berhenti bersekolah pada pertengahan tahun 2018.

soalan saya,
bolehkah saya belajar di kolej vokasional hanya setengah tahun dan berhenti dan balik le sekolah harian lama?

adakah saya boleh bersekolah semula pada sekolah harian lama pada tahun 2018 tingkatan 4?

bolehkah saya bersekolah di sekolah harian lama pada tahum 2019 untuk menyambung pelajaran di tingkatan 5 dan menduduki di kelas yg mempunyai subjek tambahan?

Salam

Sila rujuk komen saya pada posting (dibuang sekolah, peluang kedua) kerana pertanyaan yang sama dari anda telah saya jawab di posting berkenaan.

Assalamualaikum, saya nak bertanya saya mempunyai masalah yuran tertungak anak saya di sekolah swasta dan ini menyebabkan keputusan upsr dan semua sijil di tahan, bolehke saya memohon untuk sekolah menengah tingkatan 1 kerajaan.
Saya buntu buat masa skrg memang saya tak dapat selesaikan, saya nak mohon bayar ansuran tahun depan pada sekolah itu.

salam puan.
Puan boleh memohon di Jabatan Pendidikan Negeri unit perhubungan untuk memohon kemasukan ke sek men kerajaan.

 

Telegram Channel