6 July 2015

Dekorasi pentas Hari Raya


Balik dari pertandingan pidato, geng cikgu kaunseling pulun dekorasi pentas sekolah. Jangan terkejut..ia bukanlah satu arahan wajib dari pengetua sekolah, tetapi sejak Program Guru penyayang diwujudkan dan saya selaku setiausaha menguruskan program sambutan perayaan di sekolah bersama team Jawatankuasa Sambutan Perayaan di bawah JK Guru Penyayang.  Selain jamuan perayaan mentor mantee setiap kali Tahun Baru Cina, Selamat Hari Raya dan Deepavali dan pemberian duit raya kepada yang kurang berkemampuan setiap kali perayaan kami akan menghias sekolah dengan konsep perayaan . Bagi hiasan di pentas perhimpunan, ia adalah idea yang spontan dari saya dan menjadi aktiviti wajib bagi kami geng guru kaunseling membuat dekorasi pentas setiap kali perayaan sejak 4 tahun lepas bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan. Padali biasanya akan deco kain rentang, Rozi dan saya akan membantu dari segi hiasan pentas dan tahun ini kami bertuah dapat geng kaunselor baru Kak Raudzah yang sanggup menganyam ketupat huhuhu biasanya kami beli je atau suruh PRS membantu menganyam ketupat.  

Terapi minda
Shopping Jalan TAR
Sorang-sorang :)

 

Telegram Channel