Total Pageviews

7 July 2015

Pelaksanaan Psikometrik IMK

UBK mengadakan pentaksiran psikometrik Tingkatan 3 Inventori Minat Kerjaya pada hari ini dari pukul 8.40 pagi hingga 9.40 pagi untuk Ting 3A, 3B, 3D,3E dan 3M. Semua kelas ditadbir di dewan oleh Cikgu Padali dan saya menguruskan pelajar 3M yang mengambil pentaksiran psikometrik di kelas. Pada pukul 11.20 pagi bagi kelas Ting 3C, 3G, 3J, 3L di dewan dan saya menguruskan pentaksiran psikometrik di kelas 3S. Ada juga murid Tingkatan 3 yang tidak hadir walaupun telah diingatkan dan nampaknya lepas ni adegan kejar student yang tidak hadir pula untuk kami jalankan sekali lagi pentaksiran psikometrik kepada mereka.




Doa Ramadhan hari ke 20 
Ya Allah ! Bukakanlah bagjku padanya pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah daku kemampuan untuk membaca Al-Quran: Wahai Yang Meredakan Ketenangan di dalam hati orang-orang yang beriman.

No comments: