Total Pageviews

16 March 2017

Panduan Mengisi Pilihan UPU sesi 2017

Good luck kepada semua penerima result SPM hari ini. Itulah result hasil usaha anda sama ada anda suka atau tidak. Dah terima result, mari kita move on dengan memilih pilihan sama ada ke universiti atau institusi kemahiran. Banyak pilihan yang penting kena move on dan memilih apa yang terbaik untuk result spm anda bagi anda melangkah ke step seterusnya iaitu melanjutkan pelajaran yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan anda.


saya kongsikan di sini power point modul panduan mengisi pilihan UPU di link berikut
KLIK LINK INI MODUL PERMOHONAN ONLINE UPU

Antara perkara yang penting ialah :
1) Wajib pilih 5 pilihan yang berbeza ( jangan letak nombor 1 hingga 5 tu sama je atau pilihan no 1 diulang balik di nombor 2 ) JANGAN!

2) Jika pilihan yang anda minat memerlukan anda ditemuduga, anda perlu meletakkan pilihan tersebut di pilihan 1 atau 2 sahaja. ( Jangan letak di nombor pilihan lain, kerana ia menunjukkan kurang keutamaan anda terhadap kursus tersebut berbanding orang lain)

3) Kemaskini permohonan banyak kali TANPA HAD. ( Tiada sekatan atau nombor pin diblock jika hantar banyak kali untuk tahun ini)

4) Dah mohon matrikulasi...takpe mohon UPU pun. Anda berpeluang mendapat dua kursus iaitu matrikulasi di bawah Pusat Matrikulasi dan universiti di bawah UPU. Tetapi jika anda mendapat tempat di universiti awam dan politeknik premier..anda TIDAK AKAN ditawarkan ke program sijil/diploma politeknik konvensional/metro, kolej komuniti & ILKA. Manakala jika anda ditawarkan ke program sijil/diploma politeknik konvensional/metro, kolej komuniti & ILKA,anda tidak dibenarkan membuat rayuan ke universiti awam dan politeknik premier.

5) Check syarat am dan syarat khusus anda. Jika sangkut salah satu tidak mencapai minimum gred yang diperlukan, jangan meletakkan di pilihan kursus walaupun anda sangat meminatinya. Ini kerana anda mengurangkan pilihan untuk kursus yang anda layak memohon

6) Check di link ini cara mengira merit yang betul dan berapakah merit anda untuk melihat potensi dan peluang anda untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

7) Bagi murid yang tidak mencapai 5 kredit minimum, anda masih lagi berpeluang untuk memilih dari polietknik metro/ ILKA dan jangan lupa mohon juga di luar UPU iaitu seperti Institut bawah MARA,  Institut Profesional Baitulmal dan banyak lagi tempat ( sila refer entri blog saya institusi untuk dituju bagi lulusan SPM 3 kredit dan gagal).



Power point diatas berdasarkan pekeliling pemilihan dasar ke upu selepas SPM di link berikut
KLIK LINK INI PEKELILING DASAR KE UPU SELEPAS SPM

dan

KLIK LINK INI PEKELILING PERMOHONAN UPU SELEPAS SPM


Good luck anak -anak SPM
Time to move on...

32 comments:

Unknown said...

Assalam cikgu, bole saya bertanya kptusan sy spm thun ini memperolehi 2B+ (Bm&Sn) 3B (Pai&PSV&ICT) 1C+ (Sej) 2D (Bi&PA) 1E (Mat) . jadi, bidang apakah yg perlu sy mohon? Sedgkn sy sudah memohon UPU bru² ini. Dalam bidang pendidikn, Kesasteraan Melayu, N Perkhidmtan. Iaitu pd Diploma pndidikan awal knak²(Upsi), diploma tknologi maklumat &Komunikasi (Utem), Diploma pengurusan seni (Uitm) . adakah sya berkelayakn untuk memohon bidang berkenaan? Dan apakah lagi bidang y berkesesuaian dgn result sy? Adakah tingkatan 6 saya layak? Hal ini kerana, saya masih lagi ingin menyambung pelajaran diperingkat bidang pendidikan. Adakah saya masih mempunyai peluang? Tolong beri pandangan cikgu. Dan maklum balas bagi setiap pertanyaan saya itu tadi. Terima kasih .

Unknown said...

Assalamualaikum...maaf nk tnya..layak tk dpt matrikulasi dgn result saya macam ni
B.melayu A
B.inggeris B
Sejarah A-
P.islm A+
Matematik A
Fizik B+
Kimia D
Biologi C+
Matematik Tambahan B

Unknown said...

Assalamualaikum...maaf nk tnya..layak tk dpt matrikulasi dgn result saya macam ni
B.melayu A
B.inggeris B
Sejarah A-
P.islm A+
Matematik A
Fizik B+
Kimia D
Biologi C+
Matematik Tambahan B

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Aliran sains minimum requirement untuk kimia ialah C. Jika anda tidak menerima tawaran matriks..menunjukkan kimia killer subjek anda walaupun subjek lain mempunyai gred baik.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Nampaknya killer subjek anda ialah Math dan BI. Pilihan yg anda pilih sekiranya melepasi syarat minimum, maka markah merit pula yg akan menentukan peluang untuk mendpt tempat yg mana math merupakan subjek yg menarik ke bawah markah merit anda. Cuba juga memohon institusi seperti MARA, Kolej Profesional Baitulmal, Kolej Polytech MARA dsb. Form 6 adalah tawaran automatik jika layak..tetapi harus cikgu ingatkn selepas stpm..kursus untuk ijazah akan melihat kpd result stpm bersama pakej spm tertentu terutama math dan BI yg boleh menjejaskan beberapa pilihan kursus ijazah anda nanti. Oleh itu walau dimana anda dpt melanjutkan pelajaran, ambil spm ulangan untuk dua subjek ini. Pendaftaran subjek ulangan masih dibuka.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Satu lagi Akma, untuk menyertai bidang pendidikan bukan setakat menjadi guru di sekolah shj, anda boleh menjadi pendidik untuk kelas vokasional jika anda berminat dgn institusi kemahiran serendah sijil skm tahap 1 hingga 4 dan akhirnya anda boleh dilatih menjadi pendidik kursus kemahiran.

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu, adakah result saya boleh dipertimbangkn utk mlnjut pljrn ke matrikulasi samada pst atau pdt? Keputusan saya;
Bm-B
Bi-B
Pen.islam-B+
Mt-B+
Bio-B
Fiz-C
Kim-C
Sej-D
A.math-E

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Nampaknya killer subjek anda ialah Add Math krn minimum C menjadi E. Dlm kes PDT Add Math min D dan satu lagi mestilah pengiraan merit mata pelajaran utama yg memainkan peranan anda mendapat tawaran atau tidak.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Nampaknya killer subjek anda ialah Add Math krn minimum C menjadi E. Dlm kes PDT Add Math min D dan satu lagi mestilah pengiraan merit mata pelajaran utama yg memainkan peranan anda mendapat tawaran atau tidak.

Anonymous said...

Salam cikgu..saya berminat dgn course engineering dan result saya seperti berikut
Bm A
BI B+
PI A
SEJ A
MATS B+
BIO B
KIMIA B+
FIZIK B+
ADD MATHS E

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, maaf ganggu.
Ada x kemungkinan saya ditawarkan modul yg lain di matrikulasi mengikut result saya yg lebih menepati syarat minimum walaupun semasa membuat permohonan sebelum result keluar, saya membuat permohonan modul lain.
Terima kasih cikgu.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Adakah result spm saya melayakkan saya ke matrikulasi ataupun mana2 upu?

Bm A
Bi C+
Sej A
Fiz C+
Kim C
Math A-
Math tam D
Pai A
Prinsip akaun B+

Terima kasih cikgu.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Penawaran berdasarkan permohonan krn untuk matrikulasi, elektif yg diambil adalah bersesuaian dgn pengiraan merit untuk aliran tertentu

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Result anda layak. Semoga dapat menyusun pilihan kursus yg sesuai dgn minat dan mencapai syarat minimum subjek untuk kursus tertentu

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda boleh menyusun pilihan kejuruteraan untuk kursus di institusi yg tidak meletakkan syarat utama Add Math. Ada pelbagai jenis kejuruteraan yg anda layak. Semoga berjaya

Anonymous said...

Assalamualaikum puan.
Betul ke kalau nak buat asasi means upu kena result spm sekurang kurangnya 6A? Ataupun hanya untuk sesetengah kos sahaja?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.Saya pelajar lepasan PKPV (Teknolgi Sistem Komputer) di Giat Mara selama 2 Tahun (2015 & 2016).Mengambil SPM 2 subjek dan mata pelajaran kemahiran 3 subjek.Dan juga ada kemahiran dalam bidang teknologi sistem komputer. Saya sekarang sedang bekerja sambilan di syarikat membaiki komputer. Adakah result spm saya melayakkan saya ke mana2 tempat peganjian? Layakah saya memohon UPU?

Result SPM :
BM - B+
Sej - E

Mata Pelajaran Kemahiran :
BI - A
Math - A
Pen.Islam - B

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Asasi dikenali juga sbg cream of the cream student krn kelebihannya murid sudah berada di alam universiti dan secure tempat di universiti jika mencapai syarat bergraduan asasi. Mereka tidak perlu memohon upu semula seperti pelajar lepasan matrikulasi. Asasi mengambil murid dgn pengambilan yg terhad. Bahkan bagi asasi untuk kursus profesional..sgt terhad berbanding pemohon yg mengemukakan banyak permohonan berbanding tawaran. Masih lagi mengguna pakai sistem meritokrasi, maka pemohon dgn merit yg tinggi akan diterima. Oleh krn itu, 6A result spm adalah merit yg dapat bersaing untuk permohonan ke asasi. Bukan bermskna 6A tidak boleh memohon, tetapi peluang tipis. Murid biasanya mengisi 3 pilihan utama upu untuk kursus yg dpt memberikan peluang mendapat tempat berdasarkan minat dan gred yg lebih baik dari yg syarat minima yg ditawarkan.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Aliran kemahiran berbeza dgn aliran perdana. Anda perlu memohon melanjutkan pelajaran ke aliran kemahiran juga untuk skm tahap 4 atau diploma kemahiran. Jika anda melalui upu lepasan spm..di kategori ILKA ..kursus yg ditawarkan adalah kemahiran untuk lepasan SPM tahap 1. Walau anda mendapat result yg baik dlm MPK tetapi silibusnya tidak sama dgn subjek bi, math dan pendidikan islam aliran perdana. Oleh itu jika berminat menyambung pengajian, anda perlu memilih institut kemahiran juga tetapi jika course yg sama terus memohon tahap 3 dan 4. Atau diploma lanjutan.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.
Ada ramai pelajar lepasan spm x yang dpt tawaran matrikulasi yg biasanya keluar pada bulan april tu walaupun dapat D add math untuk kos perakaunan? Lagi2 untuk pelajar aliran sains spm.
Terima kasih cikgu.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.
Betul ke mulai 2016/2017 pengambilan pelajar ke matriks untuk kos akaun kena dpt sekurang kurangnya C untuk add math?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya..add math min C untuk matriks akaun bagi syarat terkini

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Cikgu tidak pasti bil murid sains yg mendapat tawaran tpt bagi akaun jika Add Math D.

Unknown said...

Salam Sejahtera Cikgu, saya nak tanya, dalam permohonan UPU hanya pilihan 1 hingga 4 sahaja akan dipilih ke or mereka akan memilih program yang selain daripada pilihan 1 hingga 4, sebab saya tersilap letak program pengajian yang saya nak dekat pilihan 5 dan 10. saya pelajar lepasan STPM.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Semua pilihan yg ada dalam permohonan kamu akan dipertimbangkan. Bermula dgn pilihan 1, oleh sbb itu kursus yg paling kita minat berada di pilihan 1 dan menepati syarat kelayakan minimum yg ditetapkan.

Anonymous said...

salam cikgu untuk masuk UM(PASUM) ,saya mendapat straight As tapi A- bio jadi saya letak pilihan pertama UPU adalah sains hayat, dan yang kedua sains fizikal. Saya tkut sebenarnya nak letak sains fizikal sebab saya tak berapa minat engineering tapi saya letak sebab saya nak UM. Jadi cikgu adakah pilihan saya ni salah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Jika anda meletakkan pilihan sains fizikal, anda tidak perlu mengganggap cabang sains fizikal semata-mata untuk kejuruteraan sahaja. Sains fizikal adalah luas dan banyak fakulti yang menerima sains fizikal selain kejuruteraan

Anonymous said...

Cikgu kenapa tak boleh pilih kos yang sama? Kenapa kena pilih 5 kos berbeza?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

untuk permohonan tahun 2020, wajib sekurang kurangnya 6 pilihan. tak boleh pilih yg sama cth nak masuk uitm sains komputer..anda nak juga universiti tu anda susun 1 hingga 5 tu sama je. sepatutnya nama kursus yg lain atau nama universiti yg lain ada kepelbagaian agar jika tidak layak masih boleh berpeluang ke kursus lain. namun utk tahun ni single window sibgle offer iaitu permohinan matriks, IPGM atau universiti malahan poli dibawah satu sistem yg sama. dan upu memudahkn dgn hanya meletakkan kursus yg y
layak.sahaja untuk diklik.

Liza said...

Salam. 8A. Merit 86. Cita-cita tak jelas lagi. Lebih kpd sains kesihatan. Psikometri ISE. Patutkah pilih:
1) IPG... sbb ada interview tapi bukan pilihan utama
2) asasi uitm
3) matriks atau

1) asasi uitm
2) matriks
3) ipg

Anonymous said...

Salam. 8A. Merit 86. Cita-cita tak jelas lagi. Lebih kpd sains kesihatan. Psikometri ISE. Patutkah pilih:
1) IPG... sbb ada interview tapi bukan pilihan utama
2) asasi uitm
3) matriks atau

1) asasi uitm
2) matriks
3) ipg

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam. Jika anda berminat dengan sains kesihatan letakkan asasi uitm di pilihan pertama dan matrikulasi dan kemudian ipg ini kerana bidang perguruan dan bidang kesihatan dan perubatan adalah dua cabang yg sangat berbeza. merit anda tinggi jika melihat kepada subjek maka anda mempunyai byk pilihan kursus untuk dipilih. Namun murid aliran sains mempunyai 9 subjek SPM dan satu subjek lagi perlulah juga menepati syarat