Total Pageviews

14 June 2017

Cakna Ramadhan 1/2017: Cakna Masalah Ponteng

Sempena bulan Ramadhan..program dikurangkan dan fokus kami kepada Cakna Ramadhan iaitu lawatan ke rumah murid yg tidak hadir melebihi 25 hari sepanjang penggsl pertama 2017. Cakna Ramadhan merupakan gerak gempur kami ke rumah murid untuk bertentang mata dan berkomunikasi dua hala antara ibu bapa dan guru kaunseling. Strategi ini juga digunakan sbg satu petunjuk kpd murid bahawa kami serius dalam menangani masalah kehadiran murid di sekolah.
Ini krn kami mahu ibu bapa tau bahawa murid yg ponteng tetapi berada dalam rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa dianggap ponteng juga semata mata tidak mahu hadir ke sekolah krn malas bangun pagi, terlewat bangun tidur, atau sesuka hati nak pergi sekolah atau tidak tanpa kawalan disiplin ibu bapa malah dgn restu ibu bapa sendiri adalah suatu perkara yg membawa lebih  byk masalah di kemudian hari seperti tidak faham cikgu ajar, tidak siap kerja sekolah , tidak tahu silibus mana yg nak baca dan sebagainya akan membuatkan masalah ponteng yg lebih serius spt keluar rumah untuk ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain dan balik rumah berpura pura seperti baru balik dari sekolah.
Dan yg pastinya apabila kami sendiri tidak dapat menghubungi ibu bapa mereka dgn panggilan telefon yg tidak berjawab, maka lawatan ke rumah adalah mujarab :)
Oh ye guru tingkatan memang ada memberikan surat amaran tetapi surat amaran itu ibarat komunikasi sehala. Malah ada ibu bapa hanya membaca surat tanpa merespon atau hadir ke sekolah untuk berbincang. Dan dalam kes tertentu juga ibu bapa mengaku tidak tau krn tiada surat walaupun telah diberikan.
Hmmm kemana surat itu menghilang? Dilarikan oleh murid dari peti surat? , dinafikan ibu bapa walhal dah terima? Salah alamat? ...mari kita fikirkan.
Situasi 1 di rumah pertama: sebuah flat Sri Pulau Pinang Tingkat 3 tanpa lif...ketuk punya ketuk beberapa minit sambil tanya jiran depan. Jiran depan kata ada orang tu..ketuk je lagi..adeh..marila mengetuk lagi berketuk ketuk. Barulah ada org buka. Ada 5 penghuni rumah yg semuanya sedang tidur di ruang tamu. Waaa..dua org murid saya pun tgh sedap tidur di kala jam pukul 10.00 pagi. Sambil bertanyakan kpd si ibu mengapa anaknya tak hadir hampir sebulan? Walhal masalah keluarga tersebut pihak sekolah mengambilkira 2 minggu sahaja krn satu musibah. Jawapan si ibu...saya tak terjaga nak kejutkan anak saya dan diaorg pun tak bangun tidur pagi. Anak berumur 16 tahun dan 17 tahun yg saya anggap sudah cukup bertanggungjawab terhadap diri sendiri tanpa perlu dikejutkan atau diletakkan kesalahan pada si ibu yg tidak mengejutkan mereka di pagi hari. Maka bermulalah skrip konsultasi keibubapaan saya di pagi Ramadhan ini sambil meminta murid itu dikejutkan agar dapat mendengar tazkirah pagi saya :)
Situasi 2
Rumah tingkat 1 Flat Sri Johor pulak. Terdengar bunyi air dari dalam rumah sasaran ini. Hati berbunga sbb tak perlu ketuk lama lama mesti buka. Ketuk punya ketuk tak buka buka pun. Saya pun memanggil nama murid sasaran. Barulah pintu dibuka oleh ayah murid ini. Wah terkejutnya si ayah bila saya kata anak dia dah 50 hari tak dtg sek sepanjang penggal pertama ini krn anaknya setiap hari keluar memakai baju sekolah. Dan yg lagi buat si bapa terkejut bila saya kata anak anda bekerja ...krn sumber dari kawan kawan sekelasnya mengatakan demikian. Kami bertukar nombor telefon untuk kes follow up
Situasi 3
Rumah tingkat 17 di Flat Sri Sabah. Wuuu gayatnya..ketuk punya ketuk...lama jugak barulah susuk tubuh si ibu ternampak membuka pintu. Pintu tu susah nak buka sbb dari pintu tu dah ada orang tidur penuh satu ruang tamu dan sy nampak susuk badan murid saya pun syok tgh tidur.
Si ibu keluar dan mengaku tidak tau nak buat apa dah dgn anaknya yg tidak mahu ke sekolah. Walaupun sudah ditelefon berkali kali oleh guru kelasnya setiap kali mendapat surat amaran. Murid ini kerap tidak sihat, dan jika sihat pula sengaja tidak hadir ke sekolah. Maka konsultasi kpd si ibu dibuat diluar rumah dalam masa 30 minit sambil berdiri. Selepas satu kata sepakat diambil, saya menunggu lif hampir 10 minit dan frust betul bila tau lif rosak! Waaa turun 17 tingkat benar benar mencabar tekak saya yg tak berhenti bercakap dan skrg perlu latihan menurun tangga adalah satu dugaan di bulan Ramadhan.
Semoga saya diberi kekuatan keesokan hari untuk homevisit 3 rumah lagi.

#10 terakhir Ramadhan




1 comment:

Anonymous said...

ASSALAM KAK..SY PN MENGHADAPI SITUASI Y SAME. TIDAK MAHU KE SEKOLAH..SUKE LAWAT BLOG AKK NI..BNYK JD RUJUKAN DAN SUMBER..MOGE TRUS ISTIQOMAH YE KAK