15 June 2017

Cakna Ramadhan 2/2017 :Cakna Ponteng Sekolah

Hari kedua Cakna Ramadhan.
kami memilih 3 buah rumah lagi untuk dikunjung.
Alhamdulillah situasi 1 semalam, murid datang ke sekolah hari ni selepas 30 hari tak datang sekolah. Situasi 3 pula, ibu memilih untuk memberhentikan anak secara sukarela manakala situasi 2 pula, saya cuba menelefon bapa murid yg terkejut kerana tidak tahu anaknya bekerja..tetapi telefon saya tidak diangkat pun hingga kini.
Orait kita teruskan ke 

Situasi ke 4: Rumah tingkat 1 di Flat Sri Melaka, Rumah murid yg pernah dibuang sekolah dari sekolah lain  dan kes rayuan semula. Difahamkan murid ini kelihatan merayau rayau oleh rakan sekolah yg lain dan tidak seperti murid yg ingin bersekolah. Apabila Rozi mengetuk rumahnya, kelibat ibu keluar dari rumah tersebut. Soalan yg ditanya ialah..anak puan tidak datang ke sekolah mencecah 56 hari dari Jan hingga sekarang, ke manakah anak puan berada? Jawapan tipikal...oh saya pun tak tau anak saya merayau ke mana tapi dia mmg suka merayau. 
So, memandangkan lagi 3 hari dia akan mendapat surat buang sekolah, apakah yg puan inginkan dari anak puan? Mendapat surat buang sekolah atau menulis pengesahan berhenti sekolah?


Situasi 5:
Rumah murud Di Flat Sti Melaka
Ketuk punya ketuk pintu rumah tapi takda org. Murid org Cina tetapi runah tu dihuni oleh Melayu...alamat salah ke..atau pemberi maklumat sewaktu pendaftaran telah berpindah dari situ. Ntahla sampai 5 minit penat ketuk..surrender je balik sek sambil tulis note kat kertas saya..huhu kena tipu ;(


Situasi 6:
Rumah di Bandar Tun Razak
Tekan loceng berkali kali..nampak kelibat murid ..aikk lari pulak tengok cikgu datang. Tekan loceng lagi berkali kali..sampai ada kelibat org dewasa yg buka pintu pagar sekolah. Memperkenalkan diri sbg guru soalan yg ditanya masih lagi sama. Kenapa murid ini sudah tidak hadir sebulan?
Penjaga itu terkejut..haaaa!!! 32 hari ye cikgu..saya ingatkan 6 hari je dia tak dtg sbb dia pakai selipar pergi sekolah 6 hari tu. Hari lain ok je tetapi asyik pakai baju PJ sahaja. Untuk pengetahun ibu bapa dan warga pembaca, tidak ada aktiviti Pendidikan Jasmani setiap hari. Oleh itu curigailah anak anda atau anak jagaan anda jika dari hari Isnin hingga Jumaat asyik memakai baju PJ sahaja. Ada agenda tersembunyi.


Okey sampai sini saya share dulu. Kita
follow up esok apa yg berlaku ye.


20 Ramadhan
Submit RE KIK
First step to success
 

Telegram Channel