Total Pageviews

17 June 2017

Cakna Ramadhan 3/2017: Kes Ponteng Sekolah

Cakna Ramadhan hari ke tiga hari Sabtu yg bersekolah ganti


Kita follow up dulu kes kes yg dikunjungi masa Cakna Ramadhan ke 2.
Situasi 4; Bapa menelefon dan memaklumkan persetujuan untuk memberhentikan anak sekolah krn sudah tidak dapat menghentikan kehendak anaknya yg ingin kebebasan.
Situasi 5: Guru tingkatan terkejut kerana selama ini alamat itu yg digunakan untuk menghantar surat amaran. Guru tingkatan akan cuba mencari alamat sebenar.
Situasi 6: Oleh kerana murid berada dalam jagaan penjaganya, maka penjaga akan menghubungi ibu bapa sebenar murid ini untuk memaklumkan mengenai kes ini. Ibu akan hadir ke sekolah pada hari Isnin.


Orait mari ke rumah murid lain. Kali ni saya nak serahkan kpd pembaca ..rasanyalahkan salah IBU BAPA atau salah MURID. Persekitaran di rumah adalah penting pencetus kepada motivasi yg tinggi untuk bergerak ke sekolah , mencari ilmu dan mencapai matlamatnya. Dengan sokongan ibu bapa..murid gembira menikmati alam remajanya dan ke sekolah pula bersosialisasi dgn kawan kawan. Namun jika pincang institusi kekeluargaan maka pincang motivasi dalaman murid ini, melemahkan jati diri mereka. Jika mereka hadir ke sekolah maka guru kaunseling boleh memberikan kaunseling dan bimbingan untuk sokongan emosi mereka namun harus diingatkan sumber di rumah sendiri perlu memberikan sokongan yg berterusan bukannya pengabaian emosi. Ini menyukarkan pemulihan jiwa murid ini.  Namun jika murid memilih untuk tidak hadir ke sekolah, guru kaunseling tidak dapat membantu sokongan emosi dan pemulihan jiwa dan jati diri murid ini dan murid ini akan tenggelam melayan emosinya, amarahnya dan motivasi ke sekolah semakin tenggelam.

Surat buang sekolah adalah satu surat yg mengejutkan murid murid ini dari lena yg panjang. Begitu juga ibu bapa agar lebih berdisiplin dalam membesarkan anak dan mencari kaedah terbaik dalam mendekati anak remaja. dan kepada murid ini jika masih mahu berada dalam sistem persekolahan surat ini sbg amaran bahawa murid boleh dibuang jika masih lagi leka dgn dunianya dan meremehkan isu kehadiran ke sekolah.

Mari kita lihat kes kes hari ketiga Cakna Ramadhan;

Situasi 7: Murid tinggal bersama datuk nenek. Tiada idola ibu bapa yg  mengambil hak menjaga anak malahan murid diberikan penjagaan kpd datuk nenek yg sudah tua. Murid berpindah dari sekolah lain yg berhampiran shj dgn sekolah kami. Mempunyai masalah disiplin dan berpindah ke sekolah ini dgn harapan penjaga, sekolah baru azam baru. Namun harapan datuk disia siakan. Saban hari dihantar ke sekolah oleh datuknya tetapi murid ini memilih untuk melencong ke stesen bas menaiki bas ke rumah kawannya iaitu murid sekolah lamanya dan bersama sama mereka ponteng sekolah.  Sewaktu kunjungan di hari persekolahan smlm, murid masih lagi tidur di ruang tamu. Terkejut apabila kantoi dgn guru menceritakan bilangan hari pontengnya. Menitik air mata neneknya dgn mengatakan kesian atuk..nak uruskan ke sana ke mari.




Situasi 8 : Murid slow learner dan in fact murid ini sekiranya diletakkan di bawah pengawasan bantuan OKU boleh sahaja jika mendapat pengesahan dari hospital. Dengan keadaan matanya yg kurang nampak..pihak sekolah sudah habis daya memaklumkan agar ibu bapa bertindak segera. Pihak sekolah boleh membantu tetapi murid ini perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Namun sia sia konsultasi yg pernah diberikan kpd ibu bapanya. Bapa tidak bekerja tetapi tidak mahu dan masih bertangguh tangguh menguruskan borang bantuan untuk pendidikan anak malahan borang perubatan anak..bertangguh hampir setahun !
Si anak sukar berjalan kaki ke sekolah. Menaiki teksi pula, dibebani masalah kewangan. Tetapi..si ayah tidak bekerja. Menghantar anak ke sekolah sekali sekala. Mengapa tiada disiplin dalam menghantar anak ke sekolah? Sayang sekali..anak ini mmg ingin bersekolah. Jika tidak hadir, murid hanya duduk rumah. Menurut si ibu..dia pun tidak tau nak cakap apa mengenai suaminya sendiri. Keengganan dan suka bertangguh suaminya. Akhirnya anak yg menjadi mangsa...dibuang sekolah.




Situasi 9: Bapa berkahwin dua sejak berbelas tahun dahulu meninggalkan ibu dgn 6 org anak. Tinggalkan begitu sahaja dan menetap bersama isteri kedua. Anak ini pernah merayu kpd bapanya sendiri agar menjenguk rumah yg tiada makanan pun untuk dimakan. Ekonomi rumah ini semakin teruk bila ibu jatuh sakit dan dgn usia 40an dan sakit pula, tiada pekerjaan yg boleh dipohon. Murid aktif bersukan dan mempunyai kehadiran yg baik tetapi apabila ekonomi keluarga semakin fakir miskin...murid lebur jati dirinya..stress dan murung dgn nasib diri. Diburukkan lagi dgn sikap MALU apabila kawan sekolah mula mengetahui bahawa murid ini fakir miskin. Bantuan kewangan dan alatan dapur yg diterima menambahkan lagi MALU murid kerana dipandang murid fakir. Murid menyalahkan ibunya kerana bercerita nasib keluarga pada orang lain. Bahkan murid ini tidak mahu ke sekolah dan mengurung diri di rumah malahan bersukan dan bersosialusasi di luar rumah pun semakin terbatas krn MALU.




Situasi 10:
Murid mempunyai adik beradik yg ramai  9 org. Murid anak yg sulung berumur 15 tahun. Murid pernah dibuang sekolah dari sekolah lamanya. Komitmen menjaga adik adik bila ibu bapa bekerja. Pernah berbual dgn bapanya..dan bapanya mengaku yg murid menjaga adiknya di rumah tetapi apabila kekerapan tidak hadir semakin tinggi, plus sebab sebab lain maka murid ini dibuang.
Murid ini kembali sekolah ke sekolah..dgn harapan baru. Tahun ini ibu bersalin lagi tetapi ibu tidak bekerja lagi. Bapa juga bukanlah mempunyai kerjaya yg tetap. Sewaktu kunjungan ke rumah, seusai mengetuk pintu terjengukla baru 6 budak kecil mungkin berselang tahun je usianya dgn ceria membuka pintu. Hasil konsultasi dgn ibu..ibu mengaku yg anak mmg tidak ponteng ada sahaja di rumah. Dgn sebulan tidak hadir ke sekolah..krn sudah betah duduk di rumah menguruskan rumah. Tahun lepas sejak dibuang dari sekolah lama pun, murid ini sudah selesa duduk di rumah menguruskan rumah dan adik adiknya tanpa mengadap pelbagai jenis bahan akademik. Survival murid ini kesekolah pun rendah..dgn 'redha' ibu bapa apabila anak tidak ke sekolah. Malahan apabila surat dibuang sekolah ditunjukkan kepadanya, murid ini tersengih



Berbuka lemang and rendang
For my bff doorgift prasyawal :)
Salam Ramadhan ke 21

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum...
Betul sgt dengan situasi yg diceritakan..pengalaman saya murid yg kerap ponteng adalah dr golongan yg ada masalah keluarga dan tidak ketinggalan juga murid yg dah selesa bila berada dirumah dan ibu bapa yg kurang effort tuk bagi motivasi kepada anak.
Kesian pada anak2 yang tak tahu apa yg bakal dihadapi kelak jika tak bersekolah.