Total Pageviews

13 July 2017

Cakna Kesihatan Murid

Homevisit bukan semata mata nak tengok kes ponteng murid kemana dan mengapa. Guru kaunseling juga bantu homevisit untuk kes kes seperti perubatan.
Skrg musim doktor menjalankan suntikan untuk murid ting 3. Apabila doktor memeriksa kesihatan murid A ini, tahap darah tingginya terlalu tinggi dan tidak normal untuk murid dgn usia yg demikian. Guru kelas cuba menghubungi ibunya dan ayahnya tetapi gagal. Murid ini selalu mengatakan nombor tersebut sudah tidak boleh digunakan, terluoa nombor telefon, ibu sibuk dan mcm mcm lagi. Kemuncaknya apabila doktor sendiri yg mengarahkan agar ibu bapa datang ke klinik membawa murid A itu untuk konsultasi perubatan..dan murid tersebut tidak muncul juga di klinik kesihatan..maka saya nekad berjumpa dgn ibu bapanya.
Tengah hari ..saya ke rumah A dan mengetuk ngetuk pintu rumah hingga pintu dibuka. Susuk tubuh ibu keluar dan terkejut dgn tingkah laku anaknya yg menipu mengenai nombor telefon.  Versi cerita murid A kpd guru adalah berbeza dgn versi cerita anak kpd ibunya. Ini menimbulkan kemarahan si ibu apabila dia mendapat tau yg anaknya menipu mengenai kes temujanji dengan doktor. Kepada guru kelas, dikatakan yg dia telah ke klinik tetapi tidak bejumpa doktor krn lambat sangat maka murid dan ibu pulang ke rumah. Kepada si ibu, murid mengatakan bahawa guru memaklumkan tidak perlu berjumpa doktor pada waktu temujanji tersebut..huhuhu. Memang ligat murid saya ini create cerita.
Akhirnya hasil konsultasi dgn ibu, murid ini bermasalah. Bermasalah disiplin dan masalah kesihatan buah pinggang yg memerlukan murid berdisiplin dalam pengambilan ubatan. Adakah ubat ini yg menyebabkan murid ini mengalami darah tinggi yg tidak normal krn twrlalu tinggi untuk umut sepertinya..krn itulah doktor memerlukan penjelasan mengenai perubatan murid tetapi murid tidak mahu memberikan kerjasama dgn doktor yg datang ke sekolah tetapi memberi pelbagai alasan.
Selain itu peluang ini saya gunakan untuk memberi laporan masalah disiplin murid ini untuk pemantauan ibunya pula. Akhirnya kata sepakat diambil, saya meminta ibunya ke klinik dengan memberi surat temujanji yg telah dipesan oleh doktor, manakala ibunya akan memantau kehadiran murid ke sekolah setiap hari dan memberikan nombor telefonnya kpd doktor tersebut untuk menghubunginya secepat mungkin.
Sesi follow up oleh saya nanti untuk mengetahui mengapa murid ini mengelak dari bekerjasama dgn doktor?

Not to say
But if you only know
More than words





No comments: