17 August 2017

Garis Panduan Penghasilan Projek KIK





Hari kedua berbengkel pemurnian KIK. Beza KIK ni..bertitik tolak dari masalah. So apa yg kita nak bantu untuk mengatasi masalah tersebut. Proses menyelesaikan masalah mempunyai step tertentu dari proses pembinaan kumpulan lagi. Setiap step mempunyai tools atau alat untuk mengesan permasalahan tersebut. Terima kasih kpd fasilitator kami iaitu Pn Maznah yg membantu kami dgn kepakarannya melatih pasukan KIK.
Bahan bahan garis panduan adalah ihsan dari Pn Maznah berkongsi kepakaran. 

Beza dgn pertandingan amalan terbaik, segala aktiviti yg dibuat dan meninggalkan impak yg tinggi diberikan fokus. Manakala pertandingan inovasi mementingkan penghasilan produk yg menawarkan faedah yg lebih banyak kpd pengguna. So nampak tak pertandingan KIK tidak memerlukan dokumentasi yg sejengkal atau berdepa panjangnya penulisan seperti pertandingan amalan terbaik. Ia hanya memerlukan persembahan power point yg mantap yg mempunyai ciri ciri pemarkahan KIK.
Hari ini sampai 5.15 petang kami memurnikan bahan KIK mengikut format yg diberikan. Sangat teknikal penghasilan penulisan dokumentasi untuk KIK ini dalam bentuk power point. Ia memerlukan tools dan analisa data dan pelbagai pembuktian dalam bentuk sokongan surat, dokumen dan gambar. So kami decide..setiap slaid go thru satu persatu. Tidak dibuat berasingan. Kerana ia sgt berkaitan antara satu sama lain.
Hari ni juga kami jadi boria..pakai seragam untuk pasukan kami bergambar bagi memenuhi tuntutan persembahan power point dan photo cover untuk menghantar penyertaan pertandingan. Pertandingan KIK ni, persembahan power point kena mantap kerana perlu print slaid power point ini dan dihantar terlebih dahulu kepada juri. Andai kata saringan berjaya, barulah kami akan membuat pembentangan secara viva pula.

Bersin..bersin..bersin
Apa tandanya? Waaaaa..


























 

Telegram Channel