Total Pageviews

18 August 2017

Pemarkahan Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif KPM

Sepatutnya hari ini kami hanya berkursus hingga pukul 12.30 tengah hari tetapi memandangkan ada byk lagi slaid yg perlu dikejar, dan belum dibentangkan lagi di hadapan fasilitator Pn Maznah, maka tup tup dah pukul 5.00 petang. Kami membentangkan slaid dihadapan Pn Maznah pada pukul 3.20 petang dan pukul 4.45 petang barulah slaid demi slaid dapat dimurnikan. Dan rasa lelahnya ...bila byk benda nak kena ubah. KIK adalah satu perkara yg berbeza. Bukan sekadar agihkan setiap org untuk fokus penulisan dan mencari bahan setiap bab seperti yg saya amalkan dalam pertandingan  amalan terbaik. Bab pendokumentasian ada bhgn masing masing yg perlu disiapkan. Tetapi KIK adalah proses menyelesaikan masalah satu persatu dan perlu ada kesinambungan antara slaid dgn slaid dari bab 1 hingga 8. Apabila dibuat secara berasingan, kelihatan janggal di situ apabila ia kelihatan tiada sefahaman mengenai masalah sebenar dan perkara yg perlu diselesaikan. Maka kami perlu duduk bersama sama dan menyelesaikan bab demi bab dgn flow yg seia dan sekata oleh semua ahli KIK. Selalu yg jadi stuck ialah pemahaman menggunakan tools problem solving yg sesuai. Dan juga perlu dikaitkan dgn Blue Ocean Strategy. Dan kami juga tidak begitu mahir dalam menggunakan design thinking. Bagaimana tools ini saling berkaitan antara satu sama lain. Disinilah point penting dalam kejayaan sesebuah KIK.
Hari ni berlalu hingga pukul 5 dan kami memegang borang pemarkahan penilaian untuk semakan kendiri slaid bab mana yg perlu dimurnikan lagi.
Saya share borang pemarkahan markah untuk rujukan bagi yg berminat menyertai KIK ini.


When there is a will
There is a way
Tell your mind 
You can thru the obstacle
With desire to complete
With hundred list to do!!














No comments: