Program Holistic Youth Camp 2017 ini merupakan satu program anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa IYC dan Pusat Kecemerlangan Perniagaan University Malaya (CBE UM). Terbuka kepada orang awam yang diiklankan dengan harga tertentu dan untuk pakej kuota sekolah juga kepada sekolah yang berminat. Terima kasih kepada Puan Lahaniz iaitu penganjur LahaZone yang mengendalikan program ini yang merupakan AJK PIBG sekolah yang mencadangkan mengenai program ini.
Seramai 7 orang murid SMK Cheras yang terdiri dari pemimpin sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan PRS menyertai program yang berbaloi ini dengan pengisian mantap dan speaker yang hebat.
Antaranya slot 1: ice breaking
Slot 2 : Snake And Ladder (Misi Kita Bersatu Mencapai Kejayaan)
Slot 3 : Siapa Saya? Bersama Dr Hj Mohd Maliki (Misi Cetuskan Potensi, Lonjakan Prestasi)
Slot 4 : IQLICIOUS ( Misi Saya Bijak Dan Saya Cekal)
Slot 5 : Kuasa Pilihan ( Saya Progresif Dan Saya Proaktif)
Slot 6 : Catch The Dice ( Saya Mempunyai Daya Fokus Yang Tinggi)
Slot 7 : Lets Get Fit ( Misi Saya Bersemangat Waja)
Slot 8 : Teknik Memori Smart Study ( Tn Osman Affan)
Slot 9: Catch Your Dreamboard ( Cikgu Jinggo)
Slot Osman Affan dengan Teknik Memory Smart Study dan saya pernah menjemputnya ke sekolah dan memang menarik minat murid untuk megamalkan apa yang dikongsikan. Guru -guru kaunseling jika anda menjemput Tuan Osman Affan ini, murid akan menerima buku nota iringan sambil mencatat nota ceramah yang disampaikan pada buku nota tersebut
Cikgu Jinggo dengan Catch Your Dreamboard dengan misi mempunyai matlamat yang jelas dan menguasai 7S. Teknik perkongsian cerita dan bagaimana menguasai 7S. Saya sempat mengikuti bengkel bersama Cikgu Jinggo ini dan duduk di belakang dari pukul 3.00 hingga 4.30 tersebut. Sangat terkesan dan berbaloi dengan tajuk yang diberikan. Cara penyampaian yang santai dan pelbagai intonasi dan gaya menyebabkan pendengar akan mendengar lagi dan lagi.
Seronok tengok hasilnya, murid -murid saya sangat energetik selepas program ini, berani ke depan dan berkomunikasi di atas pentas. Mereka juga tanpa segan silu memberikan kerjasama dengan sukarela. program 2 hari ini mempunyai pengisian yang menghiburkan dan bermotivasi. Tidak terlalu lama mengikuti ceramah sahaja, tetapi permainan motivasi dengan pelbagai ganjaran hadiah disediakan mendorong murid -murid ini meneroka dan berani mencuba.
Di sesi penutup, 2 murid saya iaitu Nisa dan Syarifah memberanikan diri ke pentas dan berkomunikasi sendiri dengan pengarah iaitu Dr Ahmad Zahiruddin pengarah CBE untuk sesi penutup. Well done! Terima kasih bagi ucapan penghargaan terima kasih kat cikgu kerana menghantar kamu mewakili sekolah ke program ini.
Tahniah kepada Zahidah penerima hadiah untuk like di media sosial. dan tahniah kepada Zahidah, Syarifah, Khairunisa dan Muhammad Farietz kerana menerima anugerah HYC Star Saya Hebat !
Usah dijolok sarang tebuan
Dari diam terus menyengat