28 November 2017

Program Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA DBKL

Hari ni ke Institut Latihan DBKL. Ingatkan bengkel guru rupanya dgn pengusaha bas sekolah percuma, ahli PUSPAKOM, KDNKK, Majlis Perwakilan Penduduk dan mcm mcm lagi NGO.
DBKL mengadakan bengkel penambahbaikan program bas percuma untuk murid PPR dan Perumahan Awam DBKL. Yg menariknya ialah tahun depan merupakan tahun kedua projek ini dijalankan dan DBKL memerlukan feedback dan idea idea mengenai kelemahan dan kenkangan program ini. Maka kami dibahagikan kpd 4 kumpulan untuk berbincang mengenai 4 topik penting. Dan setelah perbincangan diadakan, sesi pembentangan dibuat untuk memberikan input kepada yg lain. Satu usaha murni yg baik untuk murid murid di bawah projek DBKL.
Tetapi terus terang saya katakan saya sendiri tidak tahu siapakah murid saya yg menaiki bas percuma ini untuk sesi 2017. Ingatkan saya seorang sahaja yg tak tau rupanya hampir semua guru terutama guru sekolah menengah yg terlibat dgn bengkel ini tidak tahu siapakah murid mereka yg menaiki bas percuma ini. Ini kerana urusan pendaftaran melibatkan ibu bapa dan persatuan penduduk sahaja. Seingat saya sepanjang setahun duduk kat pagar di awal pagi, mmg tak nampak bas sekolah percuma ini menurunkan murid saya apatah lagi memakai tag kuning yg mereka penumpang bas sekolah percuma DBKL. Samaada murid saya yg di sekolah menengah sesi pagi ni mmg tak ada yg naik atau mereka naik tapi bas sekolah tu park di celah celah taman perumahan yg saya tak nampak.?


Hari ni yg bagusnya saya mengumpul semua nombor phone pengusaha bas sekolah percuma group saya utk survey trip lawatan sekolah. 

Maka antara cadangan penambahbaikan untuk tahun 2018 yg dipohon sewaktu sesi pembentangan perbengkelan ialah:
1) senarai nama murid yg mengikuti program bas percuma diedarkan ke sekolah agar pihak sekolah mengetahui bahawa murid ini tidak ada alasan lewat sbb menunggu bas atau alasan tidak ke sekolah krn tiada duit bas atau sbgnya.
2) mengadakan 2 pickup point berbanding satu pickpoint untuk setiap PPR kerana blok yg jauh agak memakan masa untuk berjalan.
3) Pengusaha bas hanya boleh menunggu 15 minit sahaja di pickup point di awal pagi dan jika terlewat, pengusaha bas tidak dipersalahkan krn tidak mengambil anak mereka.
4) Waktu balik, pengusaha bas hanya boleh menunggu 5 hingga 10 minit sahaja di setiap sekolah, dan jika ada kelas tambahan atau kokurikulum maka perlu dimaklumkan kpd ibu bapa bahawa pengusaha bas tidak menunggu untuk mengambil mereka.
5) Pengusaha bas memastikan semua murid turun di sekolah masing masing.
6) 2 trip diperuntukkan untuk setiap bas di kawasan PPR tersebut dan murid diminta mematuhi trip masing masing untuk tidak menggangu trip yg lain. Jika murid tidak mematuhi masa trip tersebut, pengusaha bas tidak dipersalahkan.
7) Rider DBKL diminta menguruskan aliran trafik di kawasan hadapan sekolah.
8) booklet perkhidmatan bas percuma diedar kpd ibu bapa dan sekolah
9) bantuan dari pihak sekolah untuk menyampaikan info ttg bas sekolah percuma semasa perhimpunan.
10) Public engagement dan turun padang. 

Terima kasih DBKL.

Silent mode
Keep calm :(






















1 comments

selamat pagi tuan/puan, saya simita
dari shah alam.
sebagai pemandu bas sekolah,saya mempunyai
satu mini bas 20 seater. jika ada lagi
memerlukan bas sekolah percuma di wilayah
saya ingin memmohon sebagai pemandu bas sekolah percuma.

 

Telegram Channel