15 January 2019

Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan Kokurikulum SMK Cheras 2019


Bengkel Kokurikulum yg dijalankan kepada pengerusi dan setiausaha unit kokurikulum iaitu badan beruniform, kelab dan permainan sebelum perjumpaan pertama unit kokurikulum.

UBK menerangkan tugas pengerusi dan setiausaha. Membimbing pengerusi menjalankan ice breaking dalam unit masing masing agar dapat berkenalan dengan semua ahli sewaktu perjumpaan pertama kelakm Ahli PRS bertindak selaku fasilitator memberikan bimbingan. Seterusnya saya membimbing pengerusi dan setiausaha menjalankan aktiviti membina logo, misi dan visi dalam kumpulan kecil. Simulasi dijalankan agar mereka tahu mengendalikan aktiviti tersebut.

Manakala slot dari setiausaha kokurikulum ialah taklimat bagaimana menulis buku pengurusan kokurikulum dan keceriaan papan kenyataan.


Saya kongsikan kertas kerja untuk rujukan.

KERTAS KERJA

BENGKEL KEPIMPINAN PENGURUSAN  KOKURIKULUM 2019

SMK CHERAS




1.0  PENGENALAN
Bengkel Pengurusan AJK Kepimpinan Kokurikulum diadakan seawal minggu ketiga
persekolahan sebaik sahaja berakhirnya Mesyuarat Agung Kokurikulum. Bengkel ini
dirancang untuk melatih AJK murid agar dapat meningkatkan kepimpinan mereka dalam
memimpin  ahli pasukan persatuan, kelab, badan beruniform dan permainan masing-
masing. Melalui latihan pengurusan, diharapkan AJK murid dapat mengendalikan pasukan
kokurikulum masing – masing ke arah kelancaran program bagi mencapai objektif
perjumpaan mingguan dan mencapai visi dan misi pasukan kokurikulum masing – masing. 
  Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan
kerohanian dan  identiti nasional dapat dicapai.

2.0           MATLAMAT
Melahirkan pemimpim kokurikulum yang berwibawa, komited dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.


3.0           TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 15 Januari 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Dewan Kris Mas SMK. Cheras

4.0     SASARAN
          Pengerusi dan Setiausaha setiap Unit kokurikulum

5.0     OBJEKTIF
1)    Agar AJK murid dalam aktiviti Kokurikulum dapat  menguruskan aktiviti  unit kokurikulum
dengan lebih terancang
2)    Agar guru  dapat membimbing murid menguruskan aktiviti kokurikulum masing – masing
dengan betul.

6.0   KPI (Indikator Output dan outcome)

Output
Penglibatan 100% pengerusi dan setiausaha yang baharu menyertai bengkel ini. Mereka mengikuti aktiviti yang dirancang untuk persediaan dir isebagai pemimpin dan membimbing pasukan kokurikulum masing-masing.
Outcome
100%pengerusi dan setiausaha pasukan kokurikulum mengaplikasikan ilmu dan maklumat yang diperolehi semasa perjumpaan kokurikulum kelak demi kecemerlangan pasukan kokurikulum.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            TIADA


8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi                                :       En. Jamil Bin Jamaludin   
                                                (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                 :        Puan Salehah Binti Ali
                                                         (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha                              :        Cik Hufaidah Bt Zakaria
                                                          (Setiausaha Kokurikulum)

  Penyelaras                            :         Puan Rozinani Bt Awang
                                                (Guru Bimbingan dan Kaunseling)



 AHLI JAWATANKUASA



Nama
   BidangTugas
Cik Hufaidah Bt Zakaria
       Pendaftaran

          Menyediakan Borang Pendaftaran
       Menyediakan Buku Program
       Menyediakan skirting meja pendaftaran

      Puan Rozinani Bt  Awang
AJK Pengacara Majlis

Selaku juruacara program
       Puan Rozinani Bt  Awang 
AJK Penilaian , Dokumentasi Dan Post Mortem


       Mengedarkan borang penilaian format spsk kepada peserta
       Membuat rumusan dari borang penilaian program
       Mengedarkan post mortem program kepada AJK



Pn. Raudzah Bt. A. Rahman

       
AJK Jurufoto

M  Mengambil gambar sepanjang program dan mencetak gambar untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi



Puan Nurhaiza Bt Che Mat

AJK Modul dan Fasilitator

Menyediakan Modul
Bertindak selaku fasilitator pengurusan sukan dan kokurikulum



 9.0    STRATEGI PERLAKSANAAN


9.1       URUSETIA /PENCERAMAH

1)    Unit Kokurikulum
2)    Unit BimbingandanKaunseling



9.2       TENTATIF PROGRAM


15 JANUARI 2019

10.00 pagi       : Pendaftaran
10.30 pagi     : Taklimat penyelaras program
10.40 pagi     :  Bengkel Aktiviti Ice breaking Dan Cara Mengendalikan Ice Breaking Kepada Badan Kokurikulum masing -masing.
 11.40 pagi     : Aktiviti Energizer
12.00 t/hari     :  Membina logo, menyediakan misi dan visi badan kokurikulum masing-
                     masing serta pembentangan wakil dari badan beruniform, persatuan kelab 
                           dan permainan.
12.35               : Taklimat dari Penolong Kanan Kokurikulum
12.45 ptg  :         Pengurusan buku laporan kokurikulum dan papan kenyataan oleh 
                            Setiausaha Kokurikulum  : Cik Hufaidah Bt Zakaria
1.30 ptg           : Bersurai



10.0     PENGURUSAN RISIKO


Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kecairan maklumat dan maklumat tidak sampai sepenuhnya
Ketidakhadiran pengerusi atau setiausaha
Naib pengerusi dan naib setiausaha mewakili kelab persatuan, unit beruniform dan kelab permainan
Penyelaras
Setiausaha kokurikulum







11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

a)    PemantauanPelaksanaan Program/Aktiviti
1)    Borang Penilaian Peserta
2)    Borang Maklum Balas AJK

b)    Pemantauan Pencapaian Outcome
1)    Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
2)    Rekod skor pencapaian murid secara individu dan kumpulan


PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang disasarkan. Setiap peserta dapat memimpin unit kokurikulum dengan lebih mantap.

Disediakan oleh :


ROZINANI BINTI AWANG
Guru Kaunseling
SMK.Cheras

Tarikh  :

Ulasan :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Diluluskan/ Tidakdiluluskan


JAMIL BIN JAMALUDIN
Pengetua,
SMK.Cheras, Kuala Lumpur


Thanks PRS









































 

Telegram Channel