17 January 2019

Pelan Operasi SPOT :Kaunseling Berfokus Murid Ponteng Tegar SMK Cheras 2019





PELAN TINDAKAN
SPOT MURID PONTENG TEGAR
KAUNSELING BERFOKUS MURID PONTENG SEKOLAH
 SMK CHERAS 2019








Minggu ini diteruskan dengan perjumpaan murid murid berisiko dalam ponteng sekolah, ponteng kelas, lewat tegar dan sebagainya. Perjumpaan pertama dengan pengetua yg baru untuk berkenalan dengan murid ini. Murid diberikan borang maklumat diri untuk portfolio masing masing dan diasingkan mengikut kes.

Taklimat pengetua dan taklimat ketua guru disiplin bagi bimbingan dan motivasi seterusnya menerangkan mengenai hukuman yg akan dikenakan jika meneruskan aktiviti salah laku lagi.

Guru kaunseling menerangkan mengenai aktiviti SPOT dan murid ponteng tegar dimasukkan dalam kelompok kaunseling berfokus ponteng dgn perjumpaan sesi kaunseling bermodul dan intervensi.




1.0       PENGENALAN
            Program SUIT Sahsiah Unggul Individu Terpuji merupakan satu program di bawah JPWPKL untuk memupuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid sekolah. Salah satu dari kategori SPOT ialah kategori ‘the butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.
            Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT pada awal tahun lagi untuk memantau murid yang ponteng tegar dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu, projek SPOT ini menjadi salah satu dari aktiviti di bawah kategori Butterfly. Terdapat 3 kriteria dalam projek SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng kelas, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau salah laku murid. Murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh  guru disiplin dan guru kaunseling sendiri.

Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid dalam kategori ini dibuat minimum setiap tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.

2.0       MATLAMAT
            Mengurangkan kes buang sekolah dan bilangan surat amaran ponteng
            berbanding tahun 2018 melalui intervensi meningkatkan kehadiran murid ke
            sekolah.
           
3.0       TARIKH/ MASA/ TEMPAT
            Januari – November 2019 di SMK Cheras

4.0       SASARAN
            40 orang murid ponteng yang mendapat surat amaran ponteng sekolah kali         kedua dan ketiga serta kes buang sekolah tahun 2018.


5.0       OBJEKTIF
            a) Guru kaunseling dapat memantau tingkah laku murid secara maksimum
                dengan aktiviti kaunseling berfokus murid ponteng sekolah secara konsisten
                dan terancang.
            b) Memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan yang
                baik dalam sahsiah mereka

6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
OUTPUT
Murid sasaran yang berisiko tinggi dapat dipantau dan mengikuti setiap modul kaunseling berfokus ponteng sekolah untuk meningkatkan motivasi diri dan keberhasilan murid dalam pembangunan sahsiah.
OUTCOME
Murid mempunyai peratus kehadiran yang lebih baik iaitu 75% dalam tahun 2019, peningkatan sahsiah dan disiplin diri tanpa surat amaran disiplin dan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum sekolah.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN


Pendapatan
Bil
Sumber Kewangan
Butiran
Kos
1
SUWA
Ganjaran Perubahan
RM 10 x 10 orang x 2 kali ganjaran = RM 200
2
UBK
Intervensi Motivasi
RM 100 x 3 kali                                = RM 300

Jumlah

                                                        =  RM 500

Perbelanjaan:
Bil
Butiran
Kos
Jumlah
1
Ganjaran Perubahan
RM 5 x 10 orang x 2 kali ganjaran
RM 100
2
Intervensi Motivasi
RM 100 x 3 kali                                
RM 300


Jumlah
RM 500
           

8.0       AHLI JAWATANKUASA
            AJK INDUK
                Pengerusi                  : En Jamil Bin Jamaludin
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi :  Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                Penolong Kanan HEM
            Naib Pengerusi           : En Raheman Bin Abdul Rahman
                                                Penolong Kanan Petang
                                                : Cik Lee Swee Ching
                                                Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
                                                : Puan Saleha Bt Ali
                                                Penolong Kanan Kokurikulum
            Setiausaha                  Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling

            AJK KERJA
             
AJK KERJA
SENARAI TUGAS
En Mohd Noor Bin Mat Deris
(Ketua Guru Disiplin Pagi)

Puan Noraida Bt Mohamad
 (Ketua Guru Disiplin Petang)

1) Memilih murid berisiko tinggi ponteng sekolah
2)  Memantau masalah disiplin murid tegar melalui SSDM untuk pembentangan laporan disiplin.
3) Mengambil tindakan disiplin berdasarkan buku kawalan kelas.
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

1) Merancang aktiviti bermodul dan menetapkan masa perjumpaan
2) Menyediakan kad kawalan murid
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Awang
Puan Raudzah Bt Ab Rahman

1) Menjalankan modul kaunseling berfokus ponteng sekolah melalui modul KPM atau rujukan modul lain.
2) Membuat laporan bulanan murid kaunseling berfokus ponteng selama 6 bulan melalui kad kawalan murid,
3) Menjalankan sesi kaunseling dan konsultasi keibubapaan.
Puan Nafsah Bt Mohd Shah (Setiausaha HEM)
Puan Murni Bt Mat Jali
(Setiausaha SUIT)
1) Menyediakan ganjaran untuk murid sasaran yang telah menunjukkan perubahan positif
Puan Farah Hanum Bt Ramly
Puan Rita Indirani Bt Mohd Surip
Puan Salina Bt Mohd  Isa
Puan Haliza Bt Halid
Puan Norazah Bt Aris

(Penyelaras Tingkatan)

1) Memaklumkan kepada guru kaunseling pendaftaran murid rayuan semula dan kes disiplin murid baru
2) Memaklumkan kepada guru kaunseling kes murid ponteng sekolah dari  setiap tingkatan.
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
(Setiausaha Kebajikan)
1) Bekerjasama dengan guru kaunseling untuk kebajikan murid SPOT yang melibatkan masalah kewangan dan keluarga.


9.0       STRATEGI PELAKSANAAN
9.1       URUS SETIA/ PENCERAMAH
            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling
            2) Unit Disiplin Sekolah

9.2       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN

1
Mengenal pasti murid sasaran
Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
Penyelaras Tingkatan

2
Taklimat Program SPOT bersama Ketua Guru Kaunseling, Ketua Guru Disiplin dan pengetua

-    Melengkapkan profil diri murid
Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling

3
Sesi kaunseling kelompok/individu:
-Menandatangani surat aku janji perubahan sikap
-Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT   
  berwarna merah.
Guru kaunseling
4
Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin pada masa 1 dan tandatangan dari guru kaunseling pada masa akhir sesi persekolahan setiap hari dalam tempoh minimum tiga bulan.

Ketua Guru Disiplin
Guru kaunseling
5
Sesi bimbingan atau kaunseling kelompok dan individu dijalankan sekurang-kurangnya satu kali sebulan.
Guru kaunseling
6
Laporan kemajuan sahsiah murid dihantar kepada ibu bapa setiap bulan sepanjang memegang kad SPOT dan borang maklumbalas ibu bapa disertakan untuk penilaian dan ulasan ibu bapa terhadap pemantauan anak.
Guru kaunseling
7
Perjumpaan dengan sela masa enam minggu sekali bersama pentadbir. Kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum balas dari kad SPOT akan dibentangkan.
Pengetua/PK HEM/ PK Petang
8
Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
 jika tidak berpuas hati dengan kehadiran iaitu melebihi 3 hari tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, lewat ke sekolah atau masalah salah laku murid seperti penampilan diri dan ponteng kelas.

Kad kuning:
Jika terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku

Kad hijau:
Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada masalah salah laku.

Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
9
Konsultasi dan tindakan susulan dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah yang berterusan

Guru kaunseling
10
Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah akan diberikan kepada murid yang menerima kad hijau sahaja.
Setiausaha HEM
11
Intervensi melibatkan polis , pegawai pusat pemulihan akhlak dan agensi dadah dalam bentuk ceramah atau lawatan akan dilibatkan sepanjang tahun untuk sesi kesedaran motivasi.

Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
12
Kajian keberkesanan program untuk 2019 pada akhir sesi persekolahan 2019 mengikut kaunseling berfokus guru kaunseling masing-masing.

Guru kaunseling


                          
10.0    PENGURUSAN RISIKO
RISIKO

PUNCA
PENYELESAIAN
TANGGUNGJAWAB
Penipuan tandatangan
Ingin mengelak dari guru mengetahui murid tidak hadir atau ingin ponteng kelas, atau mengelak kerana lewat ke sekolah.

Pemantauan harian dan jika tidak berjumpa murid tersebut, pengesanan melalui buku kawalan kelas mengenai kehadiran, lewat ke sekolah atau ponteng kelas.
Ketua Guru Disiplin dan Guru Kaunseling

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
            1) Borang Penilaian Keberkesanan Program Kaunseling Berfokus
            2) Kad Kawalan SPOT
           
12.0    PENUTUP

            Program SPOT merupakan inisiatif pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang diharapkan dapat menjadi satu aktiviti bagi mencari murid yang berpotensi untuk murid sasaran kategori Butterfly bagi program Sahsiah Unggul Individu Terpuji iaitu program di bawah Unit HEM JPWPKL.  Melalui aktiviti ini murid yang mempunyai masalah disiplin akan dibimbing dan dipantau agar berubah ke arah yang lebih positif.


Disediakan oleh,     

(NURHAIZA BT CHE MAT)                                                                                               
Guru Kaunseling
Tarikh:                                                                       


Ulasan,
__________________________________________________________________

Diluluskan oleh/Tidak diluluskan oleh,

(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


Semoga murah rezeki
When you really hungry and
You receive food from your friend
Who always take care of your meal



3 comments

harap mereka dapat berubah

In sha Allah jika semua pihak dapat memainkan peranan dan kesedaran murid juga untuk ingin berubah. Kita doakan agar mereka tidak tergelincir

PERKONGSIAN YANG SANGAT BERMAKNA.. TQ KAK HAIZA

 

Telegram Channel