Total Pageviews

26 July 2019

Intervensi Murid Merokok : Ceramah Doktor Perubatan


Jumaat yang berkat dan intervensi murid yang merokok dijalankan di bilik mesyuarat. Intervensi untuk murid-murid seramai 25 orang bagi yang hadir hari ini. Oleh kerana ada lagi murid yang memerlukan intervensi tetapi tidak hadir hari ini saya meminta ihsan doktor untuk memberikan slaid kepada saya bagi digunakan dalam sesi intervensi saya pula dengan murid petang dan beberapa murid sesi pagi yang tidak hadir hari ini. 

Terima kasih kepada Unit Kesihatan yang membekalkan nama nama murid yang disaring hasil rawatan gigi murid. Yang memang sedia ada dalam list unit kaunseling untuk intervensi murid merokok memang sahih peserta bengkel intervensi. Nama murid yang tidak disangka-sangka juga yang menjadi bonus untuk kami kenalpasti. Jaringan perkongsian maklumat dengan Klinik Kesihatan Pergigian Cheras. 

Orait panduan untuk menjalankan intervensi dengan murid merokok

1. Ask : Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada
2. Advise: Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang efektif, jelas dan personal
3. Assess: Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti 
4. Assist : Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya
5. Arrange: Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan merokok agar dapat mengikuti sasaran berhenti merokok.
Modul ini menerangkan mengenai persiapan awal berhenti merokok dan borang -borang untuk mengenal pasti tabiat merokok dan tahap ketagihan murid melalui Ujian Fagerstrom dan Ujian PMSM 1-2016 di bawah. Modul ini juga memberikan aktiviti yang perlu dijalankan sewaktu aktiviti bimbingan kaunseling sama ada untuk murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah.


Boleh klik link untuk menonton keburukan merokok di sebelah Keburukan merokok

Klik Video berhenti merokok di Indonesia pada link sebelah Video berhenti merokok di Indonesia


  Klik link di bawah untuk slide kaunseling

Power point di bawah saya perolehi tahun 2016 hasil bengkel guru. Saya share untuk kita gunakan bersama-sama dan sudah tentu modul intervensi terancang menangani murid merokok juga telah mempunyai garis panduan untuk diikuti. Soal selidik Furgeson membantu guru kaunseling memahami klien dengan lebih baik.

POWER POINT BERHENTI MEROKOK

Modul menangani murid merokok oleh guru kaunseling (KOTAK)
 



9.00 - 10.30 pm
Sorry kids...fell sleepy


Borang Ujian Fagerstrom untuk menilai tahap ketagihan
Borang Penilaian PMSM 1-2016/ Tabiat Merokok

















No comments: