Total Pageviews

7 August 2019

Bengkel di Sabah: Kajian Tindakan Intervensi Murid Di Kelas Berisiko Tinggi Keciciran Sekolah Melalui Mentoring Kelas








Hi Guru Guru Kaunseling Sabah
Mendapat mesej dari KPM selaku Jurulatih Utama untuk intervensi murid cicir dan berisiko cicir menyebabkan saya perlu ke Sabah pada 5-7 Ogos 2019 untuk bertindak selaku fasilitator dalam slot khas mengendalikan kajian tindakan dengan tajuk menangani murid berisiko cicir hadir ke sekolah.
Layaan yang baik dari JPN Sabah menyebabkan kami sangat selesa. Terdapat dua bengkel serentak yang dijalankan dengan sasaran yang berbeza dan slot yang berbeza. Namun untuk slot kajian tindakan saya, bimbingan kpd kedua -dua kumpulan. Kumpulan pertama 6-7 Ogos sahaja untuk guru kauseling berdekatan iaitu Kota Kinabalu , Penampang dan sekitarnya untuk bengkel murid berisiko cicir dan membina modul kelas ganti terancang. 

Manakala untuk slot 6-8 Ogos pula bengkel dengan guru kaunseling yang terdiri dari JU peringkat daerah di seluruh Sabah. Oleh kerana slot saya hanya melibatkan tarikh 6 Ogos untuk kumpulan guru kaunseling yang akan menjadi JU murid berisiko cicir manakala 7 Ogos pula untuk kumpulan kesihatan mental dan perkembangan kerjaya. 

Saya kongsikan juga di sini kajian tindakan saya yang melibatkan data projek mentoring.



















INTERVENSI MURID DI KELAS BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH YANG TINGGI MELALUI MENTORING KELAS

OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT
 SMK CHERAS, JALAN YAAKOB LATIFF, CHERAS,KL
nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com


1.0           REFLEKSI YANG LALU

Pada akhir tahun 2018, analisa peratus kehadiran murid dari setiap kelas menunjukkan peratus kehadiran murid di tingkatan 4 IR hanyalah 70% manakala kehadiran ke sekolah pada bulan Januari hingga Julai 2018 adalah 75.5%. Peratus kehadiran ini amat membimbangkan kerana dikhuatiri peratus kehadiran ini akan semakin merundum sewaktu mereka berada di Tingkatan 5 tahun 2019. Berdasarkan kajian tindakan Nurhaiza Che Mat (2015), pengkaji mendapati peratus kehadiran murid-murid di kelas-kelas tingkatan empat SMK Cheras tahun 2013 adalah lebih tinggi berbanding sewaktu mereka berada di tingkatan lima SMK Cheras tahun 2014. Oleh itu sejak tahun 2015, intervensi untuk murid-murid tingkatan 5 lebih banyak dijalankan berbanding tingkatan lain.




2.0           ISU KEPRIHATINAN

Bagi pengesanan awal latar belakang murid-murid kelas 5IR tahun 2019, Rubrik Instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir telah dijalankan kepada semua murid-murid kelas 5 IR. Didapati murid –murid kelas 5 IR tahun 2019 merupakan murid –murid berisiko cicir memandangkan 86% dari mereka adalah berisiko tinggi keciciran sekolah


3.0     OBJEKTIF
           
            3.1       Objektif Umum

                        Melalui intervensi yang dijalankan, diharapkan

                        1) Peratus kehadiran murid ke sekolah semakin meningkat


            3.2       Objektif Khusus
                       
1)           Mengenalpasti intervensi yang sesuai untuk kelas yang mempunyai majoriti murid berisiko tinggi iaitu melebihi 85 % murid –murid di dalam kelas tersebut adalah murid-murid berisiko tinggi keciciran sekolah.
2)    Meningkatkan peratus kehadiran murid berisiko cicir ke sekolah melalui intervensi yang dijalankan oleh guru kaunseling.
.
                                   
4.0       KUMPULAN SASARAN

            Kaunseling berfokus kepada semua murid kelas 5 IR


5.0       PERLAKSANAAN KAJIAN

            5.1       TINJAUAN MASALAH         
   
                        Tinjauan masalah berdasarkan aduan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan guru kelas mengenai tingkah laku murid –murid dari kelas 4 Ibnu Rusyd sewaktu tahun 2018. Purata Kehadiran murid ke sekolah pada akhir sesi persekolahan hanya



            5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH         

1)                      Analisis peratus kehadiran murid 4IR ke sekolah pada tahun 2018
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
July
Ogos
Sept
Okt
Nov
87.5%
73%
74%
77%
71%
68%
78.4%
80%
86%
90%
62.5%

2)    Analisis bilangan murid 4IR ponteng sekolah pada tahun 2018
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
July
Ogos
Sept
Okt
Nov
13/24
16/21
17/21
16/21
19/21
20/21
19/21
17/23
18/23
13/23
21/22
                      
3)    Analisis peratus murid 4IR ponteng sekolah pada tahun 2018
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
54%
76%
81%
76%
76%
95%
76%
73.9%
78%
56.5%
95.4%
                      






            5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kaedah Perlaksanaan Berdasarkan surat siaran KPPM Bil 4 tahun 2012, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang            
1)    Guru dengan penuh rasa kekeluragaan melaksanakan aktiviti mentor mantee
2)    Strategi perlaksanaan
i)               Dua mentor bagi setiap kelas (guru kelas dan guru kaunseling)
ii)             Perjumpaan dua kali sebulan
3)    Aktiviti perjumpaan
i)               Menyapa
ii)             Menyemak latar belakang diri mantee
iii)           Membimbing mantee menyelesaikan masalah
iv)            Membimbing mantee membina hala tuju kerjaya
v)             Membimbing mantee membentuk jati diri dan sahsiah


5.4       PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN IMPAKNYA
           
            5.4.1      Keberhasilan

Impak Intervensi Dijalankan
4)    Analisis peratus kehadiran murid 5 IR ke sekolah pada tahun 2019
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Julai
95.67%
89.61%
89.77%
88.53%
77.92%
77.27%
86.3%

5)    Analisis bilangan murid 5 IR ponteng sekolah pada tahun 2019
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Julai
8/22
8/22
11/22
13/22
16/22
12/22
10/20

6)    Analisis peratus murid 4IR ponteng sekolah pada tahun 2019
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Julai
36%
36%
50%
59%
72%
54.5%
50%




Rajah 3: Graf Perbandingan Peratus Kehadiran Murid tingkatan 4 IR tahun 2018 berbanding semasa mereka di tingkatan 5IR tahun 2019
Dari graf di atas jelas menunjukkan program mentoring berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan mengurangkan bilangan murid berisiko cicir ke sekolah.


Rajah 4 : Peratus Murid Ponteng Sekolah Bagi Tahun 2018 dan 2019

Dari rajah 4 menunjukkan intervensi mentoring berjaya mengurangkan peratus murid ponteng sekolah pada tahun 2019.


5.5       Refleksi Kajian
Program Mentor Mantee yang dijalankan bertujuan untuk membangunkan sahsiah diri murid, membina jati diri murid dan mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah.
Antara aktiviti yang dijalankan
1)           Sesi ramah mesra
Minggu pertama persekolahan mentor menjalankan aktiviti sesi perkenalan dan ramah mesra sewaktu program mentor mantee. Pada ketika ini pengkaji selaku mentor menetapkan matlamat kelas serta visi kelas untuk tahun 2019 iaitu peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Ganjaran akan diberikan jika murid berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid di dalam kelas tersebut.

2)           Sesi makan bersama
Sebanyak dua kali aktiviti sesi makan bersama telah dijalankan sebagai ganjaran kerana peratus murid ponteng sekolah semakin menurun dan insentif kerana memperolehi anugerah kelas terbersih sebanyak 6 kali pada penggal pertama tahun 2019. Pada tahun 2018, lebih sepuluh kali kelas ini didenda oleh Unit Kebersihan sekolah kerana merekodkan markah kebersihan kelas yang corot. Pada tahun ini, hanya sekali baru direkodkan dendaan kerana kebersihan kelas yang corot dan menerima pula kelas terbaik keceriaan di blok A.

3)           Meraikan hari lahir
Murid –murid diraikan hari lahir mereka melalui majlis sambutan hari lahir yang diadakan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

4)             Bimbingan hala tuju hidup
Melalui bimbingan kerjaya, murid dapat dibimbing untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai bidang akademik dan kemahiran untuk melanjutkan pelajaran walau apa sahaja kelulusan akademik murid tersebut. Yang penting, murid masih berada dalam sistem persekolahan dalam usia yang sepatutnya mereka berada dalam sistem persekolahan. Bimbingan pengiraan merit untuk kemasukan ke kolej kemahiran dan politeknik. Bimbingan ini memberikan celik akal kepada murid untuk berusaha lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2019 untuk mereka mendapatkan sijil SPM. Ini kerana kolej kemahiran menerima murid serendah 3 kredit atau lulus SPM. Yang penting murid mempunyai peratus kehadiran yang baik untuk dicatat pada sijil berhenti sekolah dan menamatkan pelajaran sehingga tamat tingkatan lima.
Murid kelas ini juga di bawa mendengar taklimat dari Kolej Automotif  TOC yang menawarkan biasiswa untuk murid melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma selepas SPM berkaitan dengan kemahiran automotif.
Murid kelas ini juga dibawa melawat pameran institusi pengajian pada Karnival Kaunseling Kerjaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.

5)    Ziarah Keluarga atau konsultasi ibu bapa
Mentor pertama iaitu guru kelas menjalankan konsultasi memandangkan mentor pertama sudah menjadi guru tingkatan kelas ini dari tahun lepas lagi.

6)    Sesi perkongsian masalah melalui sesi kaunseling individu
Pengkaji menjalankan sesi perkongsian masalah melalui sesi kaunseling individu. Pengkaji meneroka masalah sebenar murid dan membantu meningkatkan jati diri murid. Pengkaji membantu murid mengenalpasti sumber yang boleh didekatinya untuk membantu merealisasikannya matlamat hidup dan bertindak terhadap masalah sebenar yang menyebabkannya tidak hadir ke sekolah.




.
6.0       Cadangan Kajian


Kajian ini perlu diteruskan lagi selama 3 tahun lagi kepada kelas-kelas berisiko tinggi yang mempunyai majoriti murid berisiko tinggi keciciran sekolah dengan intervensi –intervensi guru kaunseling yang lain pula selain dari intervensi mentoring perlaksanaan amalan guru penyayang yang diaplikasikan dalam kajian ini. Melalui cara ini guru kaunseling dapat memperlbagaikan kaedah intervensi dan memilih intervensi yang paling sesuai untuk menangani murid –murid berisiko keciciran sekolah yang tinggi melalui signifikan impak yang lebih sesuai untuk digunakan. 

Thanks Kak Ema with the treat
wonderful experience
MH KK-KUL with lalalalalala












































No comments: