13 September 2019

Persiapan Laluan ACP/Program Anti Rasuah


Jumaat yg berkat. Hari ini saya perlu ke mesyuarat Guru Kaunseling di SMK SBS untuk membincangkan program motivasi ting 5 yg telah kami dapatkan tajaan.
Namun oleh kerana surat pada mesy itu mempunyai dua nama AJK dari sekolah saya, saya meminta partner untuk ke mesy itu dan saya stay sekolah mengerjakan laluan ACP atau laluan Pencegahan Rasuah. Maklumlah hari Rabu hadapan adalah perasmian dan saya pula tiga hari tiada di sekolah minggu hadapan kerana ke Terengganu untuk perkongsian ilmu.

Saya share rubrik pemarkahan sudut dan laluan SPRM di sekolah. Yang pastinya itu menunjukkan sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan diletakkan di bawah tanggungjawab Unit PPDa SMK Cheras.
Laluan dan Wakaf yang sesuai dikenalpasti di bahagian bawah UBK dan pondok Minda Sihat saya perlu melalui transformasi untuk dijadikan Wakaf Sudut SPRM. Aktiviti mengecat pondok dijalankan oleh murid murid di bawah team Cikgu Mas Atikah dan mengecat laluan adalah team PRS saya.
Hari ini saya mengaut 6 masa cikgu cikgu yg tiada di sekolah untuk saya relief dan sudah semestinya kelas yg mempunyai ahli PRS saya. Maka aktiviti relief PJ untuk 4 Alpha dan bersambung dua masa relief untuk cikgu BI  saya gunakan dgn mengecat laluan SPRM. Bersambung relief 1 Imtiyaz untuk kemasan cat yg digunakan. 
Bersambung 12.30 hingga 1.30 tgh hari pula untuk gotong royong oleh PRS yang bertugas.
Tadaaaa...jadilah ini hasilnya untuk hari ini sebagai persiapan perasmian Wakaf dan Laluan SPRM.

NILAM  AlIkhlas
Sg Chua, Kajang. 






























 

Telegram Channel