29 November 2019

Kertas Kerja Mentor Mantee Relaksasi Lepasan SPM



Akhirnya tamat juga persekolahan hingga ting 5 bagi murid murid 5 Ibnu Rusyd ini, habis paper Sains Rabu lepas saya memenuhi janji kepada mantee ini untuk mengetuai lawatan terakhir mereka sbg murid SMK Cheras bermotif santai. 

Umpama ketua konvoi dgn 10 motor mengikut dari belakang..maklumlah majoriti murid kelas ini memang penunggang motorsikal ke sekolah. 
Sbg mentor kelas ini, yg mempunyai 20 murid lelaki dan hanya 2 murid perempuan tentulah havoc jadinya. 

Murid kelas aliran MPV seni reka tanda dan jahitan pakaian ini memang murid yg selalu kena pujuk, marah, pujuk dan marah. Saya memulakan perkenalan saya selaku mentor sewaktu program mentor mantee dgn harapan agar semua murid kelas ini mempunyai sahsiah yg baik..tidak pandai tidak mengapa. Tidak mendapat A B C pun tidak mengapa untuk subjek SPM yg susah bagi mereka walau mereka dah cuba. Tetapi cuba mencari 3 kredit untuk subjek yg boleh bantu seperti BM, MPV atau Agama. dan Sej mesti lulus. Fokus kpd subjek tersebut dan subjek yg boleh bantu kredit. Saya tunjukkan kepada mereka senarai Kolej Kemahiran atau politeknik yg masih mengambil murid yg 3 kredit bahkan ada juga institusi kemahiran yg menawarkan tempat untuk mereka yang gagal. Nampaknya mereka berminat dan nampak jalannya...yg saya minta agar sahsiah dijaga. KURANG ponteng kelas dan ponteng sekolah untuk mendapat testimoni terbaik tamat ting 5. 


Maklumlah kelas ini semasa di ting 4 adalah kelas yg bermasalah kehadiran top 2 the bottom sekali. Hampir sering kali juga murid muridnya dirujuk kerana bermasalah disiplin lalu saya yg volunteer kpd PK HEM untuk menjadi mentor kelas ini pada tahun 2019 memandangkan ramai murid SPOT The Butterfly dalam ini. Bersama dgn guru kelasnya Cikgu Azis yg komited orangnya menguruskan hal ehwal murid ini,  saya membantu umpama ibu pula yg mendengar masalah anak anak ini

Saya memantau perkembangan mereka di ting 5 agar semua murid ini dapat tamat ting 5. Wah jauh di sudut hati saya, saya rasa seronok kerana anda semua survive ting 5 sekurang kurangnya mengubat kecewa saya terhadap dua murid yg tidak survive untuk menghabiskan ting 5 mereka. 

Aktiviti kami memang santai memancing di kolam ikan, mandi kolam, mandi sungai, BBQ dan buat saya tersenyum dan saya rasa sejuk hati apabila saya minta mereka bersolat dan baca Yaasin malam Jumaat mereka dgn senang hati melakukannya. 

Tentu saya akan mengingati mereka, merindui jeritan, usikan, tangisan mereka. 
Anak anak yg baik..


Alhamdulillah 
Dipermudah urusan 

















KERTAS KERJA
RELAKSASI MINDA MENTOR MANTEE
PROGRAM CUTI SEKOLAH


1.0      PENGENALAN

Program cuti sekolah yang dijalankan untuk mengisi masa murid dengan bermanfaat agar mentor dapat meraikan mantee di hari terakhir sesi persekolahan mereka. Program relaksasi minda sesuai dijalankan memandangkan program ini adalah program untuk merehatkan minda setelah tamat peperiksaan SPM. Aktiviti yang dijalankan juga adalah aktiviti yang memerlukan komunikasi antara murid dalam keadaan harmoni dan diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka.


2.0     MATLAMAT

Mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor dan mantee dan dalam kalangan

murid dalam suasana tidak formal.
           

3.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :

28 - 29 November 2019 di LOPO BLUE RIVER CHALET AND KEM, LOT 3463, KPG ORANG ASLI, SG LEPOH, KUALA PANGSOON, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR                                                                                                                
                                            
4.0       SASARAN

            20 murid kelas 5 Ibnu Rusyd


5.0       Objektif

1)             Meraikan hari persekolahan  terakhir sebagai murid sekolah
2)             Mencipta kenangan untuk kejelekitan masing- masing sebelum berpisah.


6.0       KPI

Output
Murid merasa diraikan dan dihargai kerana tamat persekolahan dengan sahsiah yang lebih baik sebagaimana kontrak antara mentor dan mantee pada awal persekolahan.
Outcome
Menjalinkan silaturrahim walaupun setelah tamat persekolahan antara mantee dengan mentor



7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan


Bil

Perkara

Sumber

Kos

Jumlah






Makanan
RM 15 x 20 orang

RM 300
RM     300
2.
Penginapan
RM 20 x 20 orang

RM 400
RM     400

Jumlah



RM     700


Perbelanjaan


Bil

Perkara

Kos

Jumlah Kos

Sumber










1.
Makanan
RM 15 x 20 orang

RM    300
Yuran murid
2.
Penginapan
RM 20 x 20 orang

RM    400
Tabung Kelas

Jumlah


RM     700


         


8.0     AHLI JAWATANKUASA

                      Pengerusi                 :         Encik Jamil Bin Jamaludin
         
 Timbalan Pengerusi          :         Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                                                               
          Setiausaha                         :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          Naib   Setiausaha              :         Puan Rozinani Bt Awang
           


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN
           
9.1       URUS SETIA
           
            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2     TENTATIF
           
            28 November 2019
            10.30 pagi       : Pendaftaran
11.00 pagi       : Bertolak dari SMK Cheras ke Blue Lopo Chalet, Hulu Langat, Selangor.
12.00 tgh hari  : Tiba di Blue Lopo Chalet, Hulu Langat, Selangor.
                        : Makan tengah hari
1.30 tgh hari    : Solat Zohor
2.00 petang     : Pertandingan memancing di kolam ikan
5.00 petang     : Pertandingan memancing tamat
                        : Solat Asar
                        : Minum petang
5.30 petang     : Sukaneka
7.00 malam     : Rehat/ Solat Maghrib
8.00 malam     : BBQ makan malam
10.00 malam   : Tidur

           
29 November 2019

            6.00 pagi         : Solat Subuh
            7.00 pagi         : Senaman pagi/ Walking sekitar kampung
            8.30 pagi         : Sarapan pagi
            9.00 pagi         : Aktiviti Air Di Kolam Renang/ Di Sungai
            11.30 pagi       : Check Out Chalet    
            12.00 tengah hari        : Bertolak ke SMK Cheras, KL
            12.50 tengah hari        : Tiba di SMK Cheras, KL







10.0     PENGURUSAN RISIKO

           
Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan

Kecuaian
Bawa ke hospital
Guru pengiring
Hujan
Faktor cuaca
Bawa permainan dalaman untuk aktiviti di chalet
AJK Murid



11.0     PENUTUP

Diharapkan agar program relaksasi minda program cuti sekolah ini berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi memori terindah pada hari terakhir persekolahan


Ulasan
________________________________________________________________  
________________________________________________________________         
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)

























 

Telegram Channel