8 April 2020

24 Kaedah Intervensi Guru Kaunseling Sewaktu PKP Covid -19



Assalammualaikum dan selamat pagi. Nampaknya hari ini kawasan saya banyak sekatan jalan raya maklumlah dah red zone. Doa yg baik baik semoga cepat wabak ini ditangani.

Hari ini perkongsian saya mengenai intervensi yg boleh dijalankan oleh guru kaunseling, hasil pemerhatian saya kepada aktiviti yg dijalankan oleh GBK GBK lain ia boleh memberikan kita idea untuk menjalankan aktiviti ini dari rumah. 
Terima kasih saya ucapkan kpd guru guru ini yg menyebarkan aktiviti yg mereka jalankan jadi gbk lain mendapat idea aoa lagi yg mereka boleh laksanakan dari rumah. Dari 23 aktiviti ini sekurang kurangnya satu aktiviti mestilah boleh dijalankan oleh GBK dari rumah. 
Oh ye jika ada lagi aktiviti GBK lain yg tiada dalam list ini, dila maklumkan ye. 

Sharing is caring 😗
1) Outreach melalui poster. 
ada yang post setiap hari di group sekolah. Ada yang post sekali sahaja dan ada yg post seminggu sekali.
     Menarik bukan..bagi yang kreatif dan mahir dalam rekabentuk grafik bolehlah menyumbang untuk sekolah sendiri dan jika tidak mahir MGK Negeri ada menerbitkan poster -poster dan ahli MGK Daerah atau Negeri akan menggunakannya untuk disebarkan dalam group sekolah.


Contoh dari MGK Daerah Kota Tinggi 
Klik facebook norazizah dari johor page Elementary School Counseling (SK Bandar Mas)





 inisiatif Majlis Guru Kaunseling Sabak Bernam





poster atas inisiatif sendiri oleh guru kaunseling untuk sekolahnya sendiri

SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur


Dari guru kaunseling SK Kuala Pegang, Baling, Kedah


2) Aplikasi Video Yang Disebarkan Ke Media Sosial

Menggunakan aplikasi video mengenai kesedaran dan penjagaan diri sewaktu tempoh berkurung ini. 
dikongsikan oleh En Pilus pegawai unit kaunseling KPM

Inisiatif sekolah dari GBK SMK Kemumin Kelantan: Roslina Bt Mustapha

Klik link Video Ini Pengurusan Masa Sewaktu Tempoh PKP Covid19
Klik link video ini Menguruskan Stres Dengan Berkesan




3) Menyebarkan maklumat atau motivasi melalui youtube
Atas inisiatif guru kaunseling sendiri dan youtube adalah public  dan kita boleh menghantar link link youtube mereka ke media sosial sekolah dan group telegram atau whatsapp malahan dalam link google classroom.


Klik Ceramah Motivasi dari DJ Hanif Hamzah SMK Puchong Perdana, Selangor
Klik di sini akaunnya Youtube cgbob channel




Klik Slot Motivasi Oleh Noorhisham Hamzah dari SK Beranang, Selangor
https://youtube.com/c/shamtvmedia


Klik link ini akaun youtube D'Qalbu oleh En Jafny Dari SMK Seafield. Ceramah motivasi bersiri


4) Menyebarkan maklumat dan kesedaran melalui buletin

Inisiatif Cikgu Noorhisham dari SK Beranang siap kongsi link lagi untuk yg berminat nak mendapatkn tapak buletin ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyVYca_bYbmsAWvvwpxM-7AEOQ2Q_YwtTcqAC03Zqzi4ZpbQ/viewform



5) Menggunakan aplikasi sistem online untuk psikometrik seperti

SMK Cheras


SMK Puchong  Perdana, Selangor





6) Menggunakan online untuk menjalankan sesi kaunseling menggunakan skyPe

Muhammad Hazim SK Desa Tasik


7) Menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling menggunakan telefon

GBK SMK Seafield, Selangor


GBK SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman , Kedah mengaktifkan peranan PRS  dalam perkhidmatan menolong dgn memberi nombor telefon GBK dan PRS untuk dihubungi. 




8) Menggunakan sesi bimbingan dan kaunseling menggunakan telegram dan instagram

SMK Paya Rumput, Melaka


SMK Jeram, Selangor menggunakan telegram juga dan menawarkan aktiviti melukis guna teknik AD- HTP
Antara hasil lukisan



9) Memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menggunakan temujanji sistem online dan memberikan perkhidmatan dalam bentuk membalas email atau menghubungi murid


SMK Cheras WPKL



10) Menjalankan aktiviti pertandingan

GBK SMK Seri Intan , Kluang, Johor : Kempen Kesedaran Bahaya Covid 19

Menjalankan pertandingan yg menawarkan hadiah kpd murid 

SMK Seri Bintang Selatan WPKL: Pertandingan Video Kreatif

SM Sains Alam Shah KL : Pertandingan ASIS Got Talent



SM Sains Alam Shah, KL  : Pertandingan Poster Digital


11) Menjalankan lawatan bantuan ke rumah
GBK SK Rampangi Sarawak



GBK SEMESTA Perak



12) Menggunakan aplikasi google classroom untuk sebaran maklumat dan aktiviti bersama murid

SMK Cheras menggunakan perisian google classroom untuk kesejahteraan mental dan memuatnaik ujian DASS dan sebaran info dlm power point menggunakan tapak google classroom. 


Guru kaunseling sekolah rendah Cikgu Noor Hafiza dari SK Setiawangsa menggunakan platform google classrom untuk outreach



13) Menjalankan latihan dan kursus bersamPRS

Latihan pRS Bongsu: 
GBK Muhammad Hasnan Mohd Salim dari Selangor

SMK Tun Rahah : 

Cikgu Suriani dari Puterajaya

14) Menjalankan aktiviti bimbingan kelomPok menggunakan google classroom
GBK Negeri Sembilan Cikgu Melati



15) Menjalankan aktiviti kerjaya bersama Kelab Kerjaya atau murid -murid di sekolah

Mengadakan aktiviti untuk kelab kaunseling atau kerjaya seperti kuiz kerjaya dalam google classroom yg menawarkan hadiah.

SMK Cheras WPKL

kuiz kerjaya dalam borang google form seperti SK Oran Mata Ayer Perlis

SM Sains Alam Shah: 
pertandingan e- buku skrap kerjaya


16) Mengutip dana untuk membekalkan keperluan kepada hospital/klinik sama ada peringkat sekolah, daerah atau negeri




17) Menubuhkan tabung Cakna peringkat sekolah dengan kerjasama antara Unit kaunseling, Unit Kebajikan dan PIBG sekolah
GBK Simpang Renggam, Johor


18) Selaku agen dalam menguruskan kebajikan murid di sekolah dengan bantuan NGO
GBK SMK Jerai Kedah



19) GBK yang membantu menyampaikan kebajikan bukan sahaja murid tetapi juga pekerja di sekolah
GBK dari Kedah



20) Menggunakan fb live samaada fb ubk, fb sek atau fb kita sendiri dengan mengundang personaliti atau aktiviti kecergasan seperti yg dijalankan oleh GBK Pulau Pinang.




21) Menyebarkan maklumat keibubapaan selaku konsultasi keibubapaan menggunakan poster untuk disebarluas





22) Menggunakan sistem online untuk ibu bapa memberikan komen dan aduan bagi bantuan perkidmatan antara UBK dan PIBG sekolah

button e-temujanji kaunselor untuk ibu bapa






23) Menyebarkan video maklumat membantu ibu bapa mennagani kebimbangan anak ketika tempoh kawalan pergerakan ini

Klik link video di sebelah Panduan Ibu Bapa Menangani Kebimbangan Anak






24{Menggunakan modul untuk ibu bapa membimbing anak di rumah 

Cikgu Lenny dari SMK Ketengah Jaya, Terengganu

Boleh klik di sini
https://anyflip.com/kaup/ozkq/ 
contoh lembaran 
Kajang red zone
Surat arahan tutup jalan
Semoga tak full lockdown









10 comments

mohon share ye cikgu

Sangat berinspirasi. Syabas Sifu Haiza .usaha mu
In sya Allah yang memberi Kerahmatan dan kasih Sayang

Terima kasih Elly. Semoga Sy istiqamah menyebarkan sesuatu yg bermanfaat

KAEDAH LAIN MENGUNAKAN KAEDAH MYLINK DAN PADLET UNTUK SEBARAN INFO DAN HASIL KERJA MURID

https://mylink.la/cikgunizamskp


contoh saya buat di sekolah saya

terima kasih cikgu nizam. nanti jika saya berpeluang untuk up entri ttg intervensi guru kaunseling PKP 3.0 ni saya akan guna bahan cikgu ye.

Subhanallah, terkejut saya.
saya 'ter' buka blog ni hari ini..sebab keperluan pengajian berkaitan startegi GBk menjalankan perkhidmatan ketika dan pasca covid...
terima kasih cg haiza atas keprihatian,

saya turut bersyukur kerana rakan2 GBK menjalankan pelbagai intervensi bagi memastikan perkhidmatan B&K dapat 'sampai' kepada murid walau kita x dapat ke sekolah atau lebih tepat bersemuka ketika awal2 PKP dulu

terima kasih cg haiza
smg cg terus cemerlang

semoga kita mendapat idea dari intervensi yg dijalankan di sekolah sekolah yg lain untuk dilaksanakan di sekolah sendiri bagi yg sesuai.
Terima kasih juga Cikgu Zurina kerana menyebarkan program yg boleh menjadi rujukan guru

 

Telegram Channel