6 April 2020

Youtube Kaunselor Nurhaiza Che Mat

Hari ni spent time lama juga mengadap youtube...tutorial memasukkan video secara live atau rakaman untuk slot memberi ceramah. Maklumlah selama ni tgk youtube saja saja suka suka upload video sahaja. Dah 2 tahun tak jenguk yiutube dan upload bahan.

Boleh tonton di sini 
Youtube Kaunselor Nurhaiza Che Mat

Ya saya suka menulis maka blog lebih menyebabkan saya passion update setiap masa. Namun bila musim PKP ini, dan apabila majlis guru cemerlang meminta team guru guru cemerlang beraksi untuk dimasukkan ke portal JPN...first reaksi saya..adoi haha. Saya mmg berat mulut untuk beraksi haha. Memberi ceramah selama 30 minit lebih berat dari saya menulis selama 4 jam. Ya itulah perumpamaannya. 

Orait membelek youtube ini yang menariknya saya dapat mengenalpasti byk juga function dan boleh susun label mcm blog tapi dipanggil playlist. 

Ok kita cuba pelan pelan kayuh untuk tahun 2020 ini. Target seminggu satu pengisian. Kena pelbagaikan kaedah penyampaian time PKP ini. 

Saya try dulu buat power point dan bersuara dulu..hihi

Selamat berbuka puasa
Take care frontliners


 

Telegram Channel